Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kadang2 kita TERlupa....


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Kadang2 kita TERlupa....


 1.       Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
    berikan  kebaikan  dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi.
    Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2.       Sesiapa  yang  berselawat  tidak kiralah banyak mana hitunganya
    setiap  hari  akan  dapat  keberkatandalam  apa  jua  dengan syarat ia
    berusaha mencari keredhaanNya.
  3.       Sesiapa  yang  berselawat  41  kali  sehari,  insyaALLAH,  akan
    dihindarkan  daripada  sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya
    dalam dirinya.
  4.       Berselawat  33  kali  sehari  dapat  menjernihkan  hati,  mudah
    memahami   akan  sesuatu  ilmu  yang  diajarkan,  di  samping  beroleh
    ketenangan fikiran.
  5.       ALLAH  akan  hapuskan  dosa-dosa  kecil dengan kita mengamalkan
    berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6.       Sewaktu  menghadapi  hidangan,  Nabi  membiasakan  diri  dengan
    mengambil  makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
    lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7.       Amalkan  membaca  selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
    akandi  kurniakan  kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
    untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8.       Sesiapa  yang  berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
    pakaian  terbaik  &  wangian  lalu  solat jumaat, dosanya akan diampun
    hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9.       Sesiapa  yang  mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
    izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10.      Uthman  bin  Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
    beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11.      Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan
    dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
    pemberian orang lain.
  12.      Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu
    jari  telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @
    5 jari kecuali ada keperluan
  13.      Menurut  Sayyid  Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali
    pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti
    yang dihadapi oleh para nabi
  14.      Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
    air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15.      Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
    fadhilat.  Hadith:  Sesiapa  yang  berwuduk  dalam keadaan suci, ALLAH
    catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16.      Sesiapa  yang  mengamalkan  membaca  selawat  tiga  kali setiap
    selepas  solat  lima  waktu  akan  dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
    menghadapi apa jua masalah
  17.       Nabi  SAW  sering  menghadap  kekanan  sedikit  setelah  solat
    berjemaah   supaya  makmum  dapat  melihat  wajahnya.  Sebaiknya  imam
    berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18.      Allah  akan  hapuskan  dosa-dosa  kecil dengan kita mengamalkan
    beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19.      Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan
    dengan  duduk  condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
    kenyang & mudahkan penghadaman
  20.      Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
    solat  subuh,  Maghrib  dan  isyak,  ALLAH  akan  menghindarkannya drp
    sebarang bencana
  21.        Nabi    sering    beristinsyaq   air   kedalam   hidung   dan
    menghembuskannya.  Selain  membersihkan,  ia juga mengelakkan sebarang
    penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22.     Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga
    kali-Muslim.  Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
    kali sehari
  23.      Sesiapa  yang  amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
    ALLAH  akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
    fitnah
  24.      Apabila  Nabi  tidur,  ia  dahulukan  mengiring sebelah kanan ?
    Bukhari.  Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
    berada di kiri badan) mengepam darah
  25.      Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
    kekeruhan   jiwa,  dipermudahkan  ALLAH  segala  urusan  dan  mendapat
    keampunan daripadaNYA
  26.     Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas
    lalu   meniup  telapak  tangan  serta  menyapu  keseluruh  tubuh)mohon
    perlindunganNYA) ? Bukhari
  27.      Membaca  selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
    memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
    ALLAH
  28.      Wuduk  dahulu  jika  ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
    Nabi  menyarankan,  cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
    perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29.      Munurut  As-Shawi,  sesiapa  yang membaca selawat secara rutin,
    akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
    melalaikan
  30.     Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi
    berbaring  di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang
    terdedah aurat) ? Bukhari
  31.      Sesiapa  yang  membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
    Jumaat   berturut-turut,   ia  bakal  mendapat  syafaat  (pertolongan)
    daripada baginda SAW
  32.     Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ?
    Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
    tetapi maknanya yang menyeluruh
  33.     Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
    dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34.      Setelah  bersolat  Nabi  SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim)
    tiga   kali  ?  Muslim.  Dalam  riwayat  yang  lain,  Nabi  adakalanya
    beristighfar 75 kali sehari
  35.      Nabi  seorang  yang  berpsikologi  dalam  memberi nasihat. Nabi
    memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
    bosan (atau tersinggung) ? bukhari
  36.      Ada  riwayat  yang  menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
    tiap  selepas  solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
    dosa-dosa kecil seseorang
  37.      Menutup  mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
    Nabi  bersin,  beliau  letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
    dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud
  38.      Jiwa  yang  gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
    berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39.     Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100
    kali  pada  hari  jumaat,  maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
    keadaan bercahaya ? Abu Naim
  40.      Nabi  tidak  pernah  menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
    hadiah & amat menghargainya ? Bukhari
  41.      Sesiapa  yang  sering  mengamalkan berselawat pada setiap hari,
    ALLAH  akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
    baginya
  42.      Selalu  memilih  yang  lebih  mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
    jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih
  43.      Berdiri  apabila  melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
    sekalian  melihat  jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
    penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44.      Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
    kira  berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
    penyakit berbahaya yang lain
  45.       Bersujud   syukur  jika  dapat  khabar  gembira.  Nabi  sering
    melakukannya  ketikaberoleh  khabar  yang  menyenangkan  sebagai tanda
    syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud
  46.      Membaca  selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
    meenghilangkan  keresahan,  rasa  dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
    hajatnya
  47.      Beri  salam  hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
    mendatangi  rumah  sahabat)  beri  salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika
    salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48.      Menurut  para  ulamak,  sesiapa  yang inginkan saat kematiannya
    dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap
    selesai solat Maghrib
  49.     Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu
    adalah sedekah-Ad-Dailami
  50.      Para  ulamak  berpendapat,  ALLAH  sempurnakan  hajat yang baik
    dengan  senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
    dengan usaha yang berterusan.


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda.

2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 62
Date:

VERY GOOD INFO

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard