Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua
orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana
mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang
selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah.
Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di
bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh
minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di
bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang
itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku
ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat
tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia
jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan
jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena
berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma
tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada
perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya
sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku
tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik
tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak
tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau
kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke!
sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.
Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah
sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma
tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak
dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!
rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh
sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup
Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu
dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun
bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni,
selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun
maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum
aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual
hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.  Ketika matanya terasa
berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus
Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat
sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?
Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim,
lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,
aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku
ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah
tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih
kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabarcry


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Naim tue bkn hantu kan?dia cm bygn y wjd dlm dri Raiz..huh sesedar pg ry je tido kt kubur mau msk sepital pas2.Xsmpt beraya ler teman!

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

BEST CITER NIH....
timer kasey bro

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

meremang bulu dada aku baca cerita nie.. Sob.. sob..

Moral of the story.. Hargalah persahabatan anda & selalu2 lah pulang ke kampung..

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

ha ah.. aku pun turut sama meremang bulu dada sama cam fie punya dada... tapi apsal bulu dada ko halus2 aaa fie?? pondan ke ko ni???

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

sedihnye citer ni,teringat aku pd kwn2 lama..cam ne la keadaan diorg ek,lg 2 mgu lebih je lg nak raye harap2 dpt la jumpe mereka..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

Maunye tak halus2.. baru lepas cukur.. siap cukur bulu ketiak ngan bulu2an yang lain tadi.. tu yang halus bak sutera.. tak caya try la cukur bulu dada ko rie.. ni tak, asyik dicukur bulu yang itu jerk manelah org leh nampak kalo ko cukur buat bentuk love sekali pun.. kasi cukur bulu dada la.. eh.. ko ada bulu dada ker rie? eeeeee... geli2.. buwekk!!

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

giler... gilerr... abih terus puasa aku hari ni duk melayan napsu serakah minah ni... tau la ko tak posa sebab luka dalam... tak perlulah ko menodai puasa aku dengan menunjukkan bulu dada ko tu..


TIDAKKKKK!!!! TIDAKKKKK!!!!!

(lalu rie pun makan peha kentaki menandakan masuknya waktu berbuka bagi kawasan Timor Leste)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

Aik.. pasal cukur bulu ketiak pun leh batal puasa.. mmg tak kuat iman betul ariepin nie.. tu belum cerita pasal keharuman ketiak eliza misbun lagik.. kalo dibukaknye cerita tu konpom si ariepin terus cari si semung utk dijadikan mangsa.. insapla ariepin.. aku sedia membantu.. :)

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

[fie] wrote:

Aik.. pasal cukur bulu ketiak pun leh batal puasa.. mmg tak kuat iman betul ariepin nie.. tu belum cerita pasal keharuman ketiak eliza misbun lagik.. kalo dibukaknye cerita tu konpom si ariepin terus cari si semung utk dijadikan mangsa.. insapla ariepin.. aku sedia membantu.. :)






anda lihatlah tuan puan... macammana la puasa saya tak sempurna, ayat-ayatnya terus menjurus ke arah pornografi dan mampu membuatkan kepala hutak saya biol dan kumpulan Gersang...

tapi mak saya cakap memang elok bantu-membantu ni... so adik fie... meh la bantu abang Jofrie...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard