Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kasihnya Anak


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Kasihnya Anak


"Jgn kau sakit hati IBU AYAH, Jgn kecewakan mrka.. Kerdhaan ALLAH x 
kan hdr tanpa keredhaan Kedua Ibubapa... Ya-ALLAh ampunilah dosaku, 
Ibubapaku, adik beradik, kaum muslimin & uslimat & org2 yang aku 
kasihi.. AMIIN YA Rab..."

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan 
bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya 
dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang 
suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam 
(ala anak mamak gitu). Kebetulan adikku juga perempuan yang mempunyai 
kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah 
dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah
 
kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang 
lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang 
akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas 
torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu 
aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri 
aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci
 
oleh ibu. Sedih rasanya.

Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi 
terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika 
menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak.Hanya 
hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan 
berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku 
sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan.

Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan 
dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun 
begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium 
tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku berjaya menjadi antara 10
 
terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi 
disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu.

Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 
aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan 
satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan
 
aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah 
memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku diberikan 
standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama
sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa 
menungguku pulang dari sekolah.

Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku 
tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama 
penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila. Alhamdulillah 
aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa 
aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang 
peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku 
walaupun jauuuh di sudut hatinya.

Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu. Sekembaliku dari luar negeri 
aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata 
katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di 
sini.

Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku 
ceritakan disini.

Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar 
ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di 
dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau 
dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana 
ayahku telah tiada).

Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu 
ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah-tengah
 
orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha ibuku 
disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari
pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang"

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa didalam
 
jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada 
cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .panjang lagi doaku.
 
Kalau tidak kerana anak-anakku menangis mau rasanya aku solat sunat di
 
lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari 
Mekah, aku yang ditujunya.

Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan
dicium.

Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci.
ALHAMDULILLAH.
Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala 
itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati.

Ku jaga dengan penuh hati-hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku
 
jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah 
bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku 
nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang 
mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu 
penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau 
didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat 
membalas jasa ibu . . .

Bertaubatlah. Sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . ... . Apa yang 
ingin di kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita 
dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap 
dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah.

cerita ini adalah sumbangan dari rakan amir,kalau dah terpostting harap jangan marah..ma'asalamah


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 62
Date:

sedih jugak cite ni.
tp apepun syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

bagus la ko pos citer2 spt ni,teringat aku pd mak aku..hari raye nak menjelang rs x sabo nak blik jumpe mak dan adik beradik,masakan mak yg sedap...mmmm..rindunye...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard