Alkisah suatu ketika dahulu, Kapak, Gergaji, Palu, dan Nyala Api sedang mengadakan suatu perjalanan bersama-sama. Di suatu tempat, perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalang jalan. Mereka berusaha menyingkirkan besi wajatersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing-masing.
Itu dapat aku singkirkan, kata Kapak. Pukulan-pukulannya keras sekali menghentam besi yang kuat dan keras itu. Tapi setiap hentaman hanya membuat kapak itu lebih tumpul sampai ia terpaksa berhenti.
Sini, biar aku yang urus, kata Gergaji. Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasaan, iapun mulai menggergaji. Tapi terkejut dan kecewa ia, semua giginya jadi tumpul dan jatuh.
Lihat, aku sudah cakap, kata Palu, Kan aku sudah cakap anda semua tak dapat lakukan. Sini, sini aku tunjukkan caranya. Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya terpantul sendiri, dan besi tetap tak berubah.
Boleh aku cuba? tanya Nyala Api. Dan iapun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, membelai, memeluk, dan mendakap besi itu erat-eratnya seperti tak mahu melepaskannya lagi. Besi yang keras itupun meleleh cair.
Renungan :
Ada banyak hati yang cukup keras untuk melawan kemurkaan dan amukan kemarahan demi harga tinggi. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat. Betapa kebijaksanaan ada dalam sebuah kelembutan dan kehangatan, seperti api mencairkan hati yang dingin. Ah, tak ada yang tahan berhadapan nyala cinta kasih.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
adeeehhh amir, ni pehal ni..sedang bercinta ke?? cinta ni harus pada setiap insan dan terpulang kepada insan itu sendiri menilai dan memanfaatkannye bak kata pepatah " tepuk dada tanya iman"
cinta jugak ibarat api, mampu menghangatkan jiwa yg lesu dan dingin. tapi awas!! kalau terlalu marak, BAHAYA..
saya tak bercinta..tapi sekadar bercerita di ruangan ini.mekasih
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
hapa la nak jadi ngan gergaji, tukul, api bagai..... apa la nak susah... cari jer jalan alternatif lain... banyak lagi jln yg benar dan diredhai... pilih ler... apasal la susah2 nak pukul besi waja tu.
Tak pun amik besi tu pegi jual, skang nie sekilo dah cecah 6 hingget dah... kalau 18 kilo dah 108 hingget kalau 888 kilo..?? wuuu... bersamaan banyak tu...!! duit tu nanti boley la pegi berpoya2 parti buih ke hapa.....!! ngeee..............!!!