Sebenarnya aku ini mengapa ya? Sering sangat berubah laku dengan tidak menentu Kadang ketawa penuh berlagu hingga melebihi jangkauan batasan kelucuan Dan tiba-tiba sahaja berarak mendung di wajah kelabu Menjadi diri sendiri tidak mengerti Bencana apakah yang telah menimpa diri? Sebenarnya kau ini, kenapa ya? Sering sekali mengganggu ruangan hati yang sempit Dengan permainan di sebalik warna tinta Tanpa ada sebarang perutusan perkhabaran berita Sekadar namaku tertera pada penulisanmu Terlalu sukar untuk aku memahami Kelakuan dalam bicara penamu itu terlalu abstrak Terasa sungguh menyulitkan keadaan hati!
Sebenarnya keadaan kita ini apa ya? Sering sahaja bersikap begitu dan begini Sesama kita seperti tidak mahu menghuraikan Suatu tafsiran dari kitab hati untuk diterjemahkan Menjadi satu baris ayat yang panjang Tetapi terfikirkah kita Betapa lama waktu dan musim kita persiakan Sampai bilakah kita harus meneruskan sandiwara Di pentas kepura-puraan berpanjangan Tanpa ada titik permulaan Tanpa ada nokhtah pengakhir kisah!
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
sebenarnya aku ini mengapa ya?? sedarlah bahawa aku ini mempunyai emosi aku, hambaNYA Sebenarnya kau ini, kenapa ya? sedarlah bahawa dia juga beremosi dia juga hambaNYA Sebenarnya keadaan kita ini apa ya? sedarlah bahawa kita semua adalah hambaNYA dari itu..insaflah, sedarlah, taqwalah, berserahlah kepadaNYA.
bez tak??
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
ada pon yoyo itu adalah permainan gayahtri satu ketika dulu. gayahtri jugak pernah menangis berguling2 dan jugak menghempas2kan badannya ke lantai supermarket maiden akibat tidak mendapat yoyo yg setimpalnya....
manakala di pilipina yoyo merupakan sejenis senjata ntuk membunuh dan mencederakan pihak lawan, tak kira la lawan tu jahat ke baik atau beriman... tapi kalau dah berwrestling tu pastinya akan merasai yoyo..... dan barangsapa yg kena mustinya meng'adoih' kesakitan...
yo...yo hip hop lak.... errr.... er......er.... ya a auw..... ya a auw...!!! cenggitu ler kut..!!