Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: beza antara majerin dan mentega


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
beza antara majerin dan mentega


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya? anda tentu tertarik!

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan?

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.

Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak daripada memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.

Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

ala.... beza 2 menda nih sebutan ngan ejaan ler... takkan tu pon tatau... ahahks....!! hapa la....!! kanak2 OKU ngan down syndrome pon tau nih...!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Sbb ko xtau ler si mamat Amir ni tlg ajr ko..2la ms kt tadika dl sk sgt monteng nil er akibatnya..


__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

true..true....tu la akibatnye selalu memonteng ketika waktu tadika dulu....yang ko ikut aku wat per??? aku nak mandi lombong, ko nak ikut....aku nak g main2 nyorok2 kat hutan, pon ko nak ikut...

tu la, kan dah terlepas tadika....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

hmmmm..tu la..si MAT ni mmg suke makan majerin dan mentega tu..tu le tiak dia pun bau masam..kalau dah tiak dia bau masam, ape lagi la dgn spentot kudus dia tu..uweeeks..

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

la beza nye perkataan la biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin he ehm


__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

ooooo..baru la oden tau,beza ayat jer..tp ayu ske mentega dr majerin...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

kenapa ayu suka majerin...terangkan skit.....ha ha ha

__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

ayu ske mentega la bkn majerin,nak tau sbb ape..bila salut dgn roti sedapnye,pastu kalo nak msak x yah guna minyak kita leh gantikan dgn mentega,pastu kalo nak wat kek ke biskut ker kan guna mentega..ape la tu pon x tau ker syaf..ape la hang ni...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

aku tau....tapi tinggi sgt la kolestrol nye........ko pun tau kan itam seksi ha ha ha

__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

kita leh kurangkan kuantitinye,bkn slalu guna pon..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

hee biasa time raye la yg banyak guna kan heeeeee

__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

tu x per..sekali setahun..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

yelah setahun sekali..nanti dah naik semua baru nk diet ke heeeee

__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

apsal suma topik ada korang bersembang berdua hah???

orang lain pun nak posting gak...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

ah! ko cemburu dgn kemesraan mereka berdua kan. X pe, meh cni ko bermesra dgn aku pulak.

Abg cipan dah mkn blm. OOooo.. abg cipan x posa eaaa.... repot kat askar kang baru tau.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

heee jgn la mara abg cipan heeee ni kak BMW ckp ye heee......
x pe posting je banyak lagi bagus heeeee

ha aku tgk semalam kak BMW x pose betul ke....

__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

oit gg kuning, ko klu nk bergayut pakai tepon rumah boleh x. klu takat nk ckp heeee heeee heeeee jer baik x payah.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

dah la ellyza.. pedulikkan die... mari sini kita besembang bedua je...

ko apa kaba ellyza??? lunch kat mana tengahari ni... hihihihi... kelakar la saya ni kan....


(selepas menanyakan soalan sedemikian rupa, Jofrie pun telah mengalami sawan untut)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

ala....abg amir oii.... kalu nak kata plastik.... abih maggie n seangkatannye tu semua di salut dgn wax (dr golongan keluarga plastik gak). sbb tu kalu lepas makan maggie make sure dlm masa 3 ari jgn makan maggie lg, sbb perut mngambil masa 3 ari utk menguraikan semua sisa2 wax tu. wp maggie tu di masak dgn air panas sekalipun wax itu tak akan terurai masa tu gak...

dan satu lg sape yg ada bl bwg goreng segera tu make sure betul2 liat ke tak liat bila makan...kalu liat tanda disalut dgn plastik.... baik gorng bawang sendiri...  ye tak abg cipann

(bila ckp pasal bwg goreng ni..ngape aku teringat sup je..... ish..ish... jom kak elly kita gi lunch)

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Nk lunch pekebendanyer, dh pukul 7 dh ni. g brekferst r.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

patut la ariepan belang2 tu dah bertukar jadi kaler ijau pusing2..kesan dr makan megi hari2 la tu yer?? tu la..brekpes makan megi.. lunch makan megi..kang dinner makan megi..pendek kate megi je..cian ariepan...lenkali makan la makanan yg berzat..cian beliau kan..

eh..eh..bukan aku ke yg slalu masakkan megi utk beliau?? hehehe bini ape aku nih..!!

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

majerin..mentega....
majerin...mentega....
mentega....majerin.....
majerit...mentega.....
butter cup....

confius..confius...confused.gifconfused.gifweirdface.gif

__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

bercakap pasal mejerin, haku ada la membuat ujikaji terhadap binatang yg bernama majerin nie seperti yg disarankan oleh shah tadi... haku pun beli la semangkuk hayun majerin ... dah tu haku letak di satu tempat tersembunyi....

selepas beberapa hari majerin tu berkhalwat, haku dapati binatang majerin berkenaan tidak men'tranfomer'kan dirinya menjadi plastik atau tapawer.... haku pulak yg men'transfomer'kan diri haku menjadi marah.... lalu haku pun makan betik betina yg tak pakai brazil tu.... padan muka betik betina itu, sapa suroh tak tutup aurat....!!!furiousfurious

-- Edited by asberionz at 20:48, 2007-10-03

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard