Plz ignore this joke to whoever had been read this before.....it is just for joking....no other intention.....
Thank You Seven*
Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
*Pemuda ;* ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati. *Mat salleh ;* Oh, I'm sorry *Pemuda ;* It's ok, never min. Thank you. *Mat salleh ; * Thank you too. *Pemuda ;* ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three. *Mat salleh ;* ( hairan ) what for? *Pemuda ;* ( four..four hmm five ) thank you five. *Mat salleh ;* Are you sick? *Pemuda ;* ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . *Mat salleh ;* ( bingung )
Wanita dan Lelaki Tua
Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"
"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.
"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?
"Dua puluh empat."
Disko XYZ
Seorang lelaki dalam keadaan kelam kabut, masuk berjumpa seorang teman yang boleh dipercayai untuk meminta nasihat. "Bini aku dah berlaku curang terhadapku. Setiap malam dia ke Disko XYZ untuk mencari jantan. Malah. dia akan meniduri mana-mana jantan yang mengajaknya. Arghhh!!! Dah naik gila aku. Apa yang patut aku lakukan?".
"Bertenang", kata si teman. "Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan. Sekarang, cuba kau beritahu aku pukul berapa bini kau biasa pergi kesana dan lokasi Disko XYZ itu."
UNTUNG
Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut..
*Pemberita*: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?
*Tokey*: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih untung wooo...
*Pemberita*: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung... .?
*Tokey*: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa..
*Pemberita*: "Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..Tokey???
*Tokey*: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun..