Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: menangis bukan kerana rugi


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
menangis bukan kerana rugi


Pada zaman dahulu ada seorang ulamak terkenal namanya Ali bin Fadhil.
Beliau seorang yang warak dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Pada suatu hari beliau telah pergi ke Makkah untuk menunaikan haji.
Sedang beliau tawaf di kaabah tiba-tiba seorang pencuri telah mencuri
duit dari kantongnya. Perbuatan pencuri itu dilihat oleh bapanya.

Ali bin Fadhil menyedari duitnya telah dicuri tetapi beliau tenang
saja dan meneruskan tawafnya. Bapanya hairan melihat sikap anaknya itu.

Setelah selesai mengerjakan tawaf, Ali tiba-tiba menangis.
Bapanya bertanya,"adakah kau menangisi duitmu yang hilang itu wahai
Ali?"
Ali pun menjawab"tidak ayah, sudah takdir duit saya akan hilang.
Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenang nasib pencuri itu.
Dia tidak akan berupaya membela perbuatanya itu di hadapan Allah swt
di hari akirat kelak".

Demikianlah perihal orang yang beriman, sentiasa memandang kecil
hartabenda dunia yang tidak kekal. orang yang kurang beriman akan
menganggap itu satu kerugian besar.

dipetik dari himpunan cerita2 ugama.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard