Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Ada..slh sorg'yer adalah bakal laki aku..hehe..ko jgn nk rembat lak ita..kang aku pelempang je..cinta x memerlukan sebab..tp kita perlukan sebab utk jth cinta..antara'y:
i)masih solo/janda/duda ii)dah kepingin nk b'couple / nk khwn iii) mak pak,tok nenek n org2 kg dh bising tny bl nk khwn iv)tkt di cop sbg xlaku v)dh jmpa marka / balak y blh bt ati korang cair
indahnya dunia klu semua yg kita hajatkan kita boleh dpt kan? suami yg baik, kekayaan, keluarga yang bhg. tp kita kena berusaha untuk mendapatkannya. tak boleh hny berserah.
mcm suami jugak. klu kita nak dptkan pasangan yang baik, diri kita jgk mestilah berusaha jadi yang terbaik. barulah keluarga tak pincang. cinta itu sukar dimengerti. kdg2 ia hadir tnp dipaksa. kdg2 kita terpaksa belajar untuk mencintai. cinta juga indah. kita tak perlukan sebab yg tertentu utk jatuh cinta. hny dgn pdgn mata,hati terpaut.
dan kdg2 manusia tidak memerlukan sebab utk membenci seseorang.hny tgk muka je dah boleh bc isi hatinya. perempuan tidak mengenal erti pertengahan. bila bercinta, dia akan menyayangi sepenuh jiwa dan raganya bila kecewa, dia akan berdendam sepanjang usianya.
Ada..slh sorg'yer adalah bakal laki aku..hehe..ko jgn nk rembat lak ita..kang aku pelempang je..cinta x memerlukan sebab..tp kita perlukan sebab utk jth cinta..antara'y:
i)masih solo/janda/duda ii)dah kepingin nk b'couple / nk khwn iii) mak pak,tok nenek n org2 kg dh bising tny bl nk khwn iv)tkt di cop sbg xlaku v)dh jmpa marka / balak y blh bt ati korang cair
hehe...takpe, aku jamin aku takkan rembat nyer..ko bg pun aku tanak..bukan sebab tanak ko bg aku pelempang..sebab aku x kenal pun bakal laki ko tuh..hehe, aku sokong smua sebab2 utk jatuh cinta yg ko bg! tp semua x kena kat aku..sebab aku x rasa nak jatuh cinta lg kot..
perempuan tidak mengenal erti pertengahan. bila bercinta, dia akan menyayangi sepenuh jiwa dan raganya bila kecewa, dia akan berdendam sepanjang usianya.
aku pernah mencintai & menyayangi dia dgn sepenuh jiwa raga ku.. dan yup! aku masih berdendam hingga hari ini..
Amboi ita..dasyat ko ni bdendam hingga ke hujung hyawa..bak kata erra emran dlm filem'yer..tedy bear ko tue bekas balak ko kc erk?
* aku bukan nak sgt berdendam..tp takde makna aku nak melafazkan maaf kalo hati aku masih sakit..tedy bear tu member aku punye la..tp, bekas balak aku pernah cakap..'comey la bear tu u touch up..' huhu! kan dah terkenang dah..