Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.
Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.
"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."
Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.
Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.
"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."
Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.
Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.
"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."
"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."
Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.
"Tok! Tok! Tok!"
Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.
"JAIS... JAIS..."
p/s : Jabatan Agama Islam Selangor
Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.
"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."
Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.
Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
Nasihat org lain kemain lagi Cik Mat ni.. Marah2 bila org posting benda yg dh diposting dulu.. Sekarang beliau pulak yg lembam fikiran, posting benda lama.. Bnyk lagi mende lain boleh buat kalau boring.. spt korek hidung ke.. makan nasik ke.. garu pusat ke.. Itu adalah lebih afdhal dari bukak posting baru, tapi benda yg org dh posting dulu.. Kalau Chikun saman ko rm2 juta pound sterling duit Mozambique sbb ciplak posting beliau, sapa nk jawab? Abih la papa kedana ketiak ko Cik Mat!!
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
ko ingat bertamadun ke perkara yang ko buat ni cik mat the kostangen... kalau ko boring ko cuba-cuba la private message ngan abang gab ko tu... gerenti dia akan menghilangkan boring ko... tapi dengan perbuatan ko mengulang cetak benda yang sama... ko akan aku saman RM 2 Juta Yuen pound Sterling matawang Zimbabwe... baru padan ngan kentut ko.... makan rumput la ko lepas ni cik mat the aljebra.
trrr...trrr.....bro2 MOD suma, marah ka??? bukan aku mau wat rupa ni.... saja suka2.... buat hilang boring laaa....xkan tu nak marah kuutttt.... jangan marah noo...jangan kalut2.. hangpa bawak2 la bersabaq....
nanti saya kenai kan marka kat hangpa....boleh la hangpa menarik slalu... mau ka???
jgn marah abg gaboi... jgn marah abg jofrie... MAT tu cuma nak menyatakan kehamjadahan beliau tu.. dah le melakukan kesalahan merempit pastu siap cuba melakukan onar pulak dgn manisayu.. padan muke dia jatuh flat...
al fatihah untuk MAT..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
Nasib baik ko pandai mengrasuah aku awek cun sorg.. tak jadi nk marah. Len kali ingat tau, jgn lewat sgt kasi nombor tepon awek tu kat aku.. Ini tidak, ada ramai awek, simpan sorg2.. Amat tak bertamadun sungguh akhlaq ko..
Kat Rie Cipan, jgn lupa kasi gak nombor.. tapi nombor Bangla keje kontrak buat bangunan kat sana la.. Beliau mmg suka layan jantan2 Bangla yg call dia mlm2 sebelum tido.. Siap buat supersavers prepaid call lagi nk bermnja2 dgn abg Bangla tu sampai subuh..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
Kepada Gab Tunyut, Aku ingin memintak maap kepada teramatlah banyak sangat.. Oleh kerana berlaku musibah terhadap aku baru2 nie iaitu h'phone aku telah pon selamat dikebas aka dicurik orang.... dan nombor2 tipon awek beriban2 didalam sim card tersebut, turuk hilang bersama h'phone tersebut...
oleh itu, aku ingin memintak maap kerana tidak dapat memberi no tipon janda yang ko ingin2kan...
Yang Bener,
_____________________________ Matematik Tambahan Menengah Atas
Aku jua ingat meminta maap dari hujung rambut hingga hujung bulu ketiak kerna kesalahan aku pd ko juga amat besar. Oleh kerna ingin mendapatkan nombor2 awek cun dlm henset ko setelah ko war2 pada masyarakat ko ada ramai awek, maka aku dgn tidak malunya telah mencilok henset ko tempohari.
Tapi apalah malangnya, rupa2nya harapan ku hancur musnah tatkala ku buka henset ko tu. betapa laknatullahnya sekali pabila aku dapati nombor2 yg ko maksudkan hanya2 nombor2 jantan gay (nombor Mie Pulau Pinang pun ada!) saja! Paling tidak bermaruah, pabila segala photo yg menghuni ruangan photo henset ko, hanyalah gambar2 jantan Bangla pekerja kontrak tgh berpeluh2 menyiapkan sebuah bangunan..
Oleh itu, aku amat menyesali diri ini kerna sanggup berkawan dgn jantan tak bertoma'ninah mcm ko Cik Mat!
Yang insaf, GaBRiEL (Tokey Modesto's GC)
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
Kepada Gab Tunyut, Wahai sahabatku yang bijaksana(uwekss...uwekss...)...jangan la ko melemparkan tuduhan yang xbermoral terhadap aku....ini kerana h'phone aku yang hilang tersebut adalah model nokia 3315(bodo betul perncurik tu...hp aku yang murah nie pon nak curik...hp motorola member aku yang ader 3G tu xnak lak curik...)..mane mungkin hp aku bulih menyimpan gambar porno...
tapi jika ko ader melihat name lelaki didalam sim card aku, itu adelah name yang aku ubahsuai supaya aku xterkantoi ngan awek aku...aku menterbalikkan name mereka supaya kelihatan seperti name lelaki...contohnye jika ko ternampak ali, sebenarnye ila name sebenar beliau...