Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SUSUK?


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
SUSUK?


Susuk? Saya rasa semua orang pernah dengar racun ini. Tak perlulah saya jelas lebih panjang mengenainya. Walaubagaimanapun, saya agak tertarik dengan kebodohan peminat-peminat susuk. Bagaimanakah mereka boleh tergila-gilakan untuk menanam susuk pada tubuh badan terutamanya muka? Tak cukup cantikkah ciptaan tubuhnya?


Allah SWT berfirman

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah at Tin : 4)

Pengamal Susuk Yang Huduh dan Bodoh

Marilah kita hayati sebentar ayat al Quran ini. Tak cantikkah rupa paras mereka? Siapakah yang menafikan kecantikan mereka kalau bukan nafsu mereka yang mengakui kehodohan mukanya sendiri. Bukankah manusia telah diciptakan dengan bentuk yang sebaik-baiknya? Kalau kasar saya sebut di sini, tak cukup besarkah payu dara yang ada? (antara kelebihan susuk ialah membesarkan payu dara), nak besar mana lagi?

Masalah ini semakin ketara kerana ramai wanita dan sebilangan lelaki yang meninginkan kesempurnaan diri sedangkan diri mereka sudah sempurna, dan hakikat ini telah diakui sendiri oleh Allah SWT selaku Tuhan Yang Mencipta mereka. Bukankah Pencipta mereka lebih mengetahui? Mengapa perlu mengubah ciptaan Yang Maha Esa?
(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)

Segala ciptaan, susunan, reka bentuk tubuh, kesenian wajah dan sebagainya adalah bersesuaian dengan diri dan fitrah mereka sendiri. Mana mungkin seorang yang tinggi, gayat dengan ketinggiannya. Pernahkah anda dengar kata-kata kenapa muka aku tak sehensem Beckham?. Berani saya sebut, bahawa inilah soalan bodoh yang diajukan oleh seorang yang bodoh kepada dirinya yang bodoh.

Di dalam dunia ini, berapa ramaikah yang mengakui kehenseman Beckham? Mungkin anda seorang ataupun beberapa peminat-peminat yang menggilainya. Satu ketika, pernah saya ajukan soalan kepada sahabat saya yang berbangsa Senegal, kamu minat perempuan yang cerah atau gelap?. Tanpa ragu-ragu dia terus menjawab HITAM seperti aku. Mungkin pada pandangan anda, perempuan yang gelap langsung tidak memikat, tetapi anda perlu ingat, berjuta-juta orang lain yang mengakui kecantikan perempuan gelap.

Pernah timbul satu ketika dahulu, sebuah teknologi perubatan yang mampu menambahkan ketinggian seseorang. Apakah yang terjadi kepada pengamal teknologi tersebut? Mereka terpaksa berjalan sambil menempel pada dinding seolah-olah bayi besar yang baru berjalan! Ketinggian barunya itu tidak serasi dengan sistem tubuh badannya.

Samalah juga dengan susuk, mengapa mereka tidak meyakini dengan kecantikan dan kesempurnaan yang ada pada diri mereka? Bukankah ini membuktikan bahawa mereka sendiri tidak yakin dengan Allah SWT? Perkara ini sudah jelas. Bayangkan, diri anda menepati semua ciri-ciri tubuh yang anda ingini dan impi, anda harus sedar bahawa anda akan tua, setua-tuanya, nyanyuk dan perangai kebudak-budakan.

Pengamal Susuk Yang KEREPOT !!!

Allah SWT berfirman

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (Surah at Tin : 5)

Sesudah umur mencapai tahap nyanyuk, kulit jadi macam cekodok yang sudah sejuk, gusi dijadikan gigi, mata kabur, telinga sumbat, rambut macam padang tiada rumput dan dahi semakin luas. Tak bimbangkah? Tengoklah sendiri, berapa ramai artis kuno yang dahulunya beriya-iya mempamerkan kecantikan yang dibuat-buat. Hari ini, siapakah yang mengakui kecantikan mereka?

Pengamal susuk bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang cuba menolak ketuaan dirinya. Sudahlah berumur, muka yang sudah tak laku, tetapi berusaha sedaya upaya untuk melakukan mukanya. Bayangkanlah kehidupan mereka yang sentiasa dipenuhi dengan membuat-buat cantik. Setiap kali keluar, sentiasa mengharapkan dirinya menjadi perhatian ramai walaupun ramai yang hendak muntah melihat nenek tua yang dihiasi dengan perhiasan orang muda.

Waktu inilah mereka akan memikirkan semula perbuatan mereka. Sudah terhantuk baru nak tergadah. Inilah moto mereka. Walaupun tidak perlu ditunggu ketuanya, mereka masih menghadapi risiko yang besar kerana bahayanya susuk tersebut. Apa yang akan terjadi kepada pengamal susuk?

SUSUKlah Sampai Mati!!!

Pengamal susuk dikatakan sentiasa digilai dan dipuji kecantikannya. Benarkah? Tidak mengapalah, memadai saya menjawab persoalan ini dengan contoh. Cuba perhatikan sebuah kereta Porche menggunakan enjin 50 an? Berapakah kelajuan maksimum yang boleh dicapai? Bertambah teruk sekiranya dikatakan bahawa mereka ibarat najis yang dipataya dengan telur kemudian dihidangkan kepada anda? Bodohlah sekiranya dia menikmati keenakan najis pataya tersebut!

Sekiranya anda merujuk kepada penjelasan di dalam akhbar Berita Harian, 17 Jun 2007, artikel yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid dan Siti Fatimah Mohamed Anwar berkenaan susuk, anda akan mendapati bahawa susuk itu sendiri mendatangkan kemudharatan yang besar kepada pengamalnya. Mengapa sanggup menanggung risiko untuk sedikit kecantikan yang dibuat dan akan lapuk ditelan umur?


Di sini disebut di dalam akhbar tadi lagi, berkenaan fakta susuk :
  • Susuk terbahagi kepada dua iaitu susuk logam dan susuk ayatSusuk logam menggunakan bahan seperti jarum emas, berlian, buluh dan kaca
  • Semua bahan susuk logam mempunyai kebolehan dan fungsi sama bergantung kepada minat individu
  • Susuk boleh dipasang di mana-mana bahagian tubuh individu
  • Ilmu susuk yang paling tinggi adalah susuk ibu
  • Susuk logam perlu dikeluarkan selepas tiga hingga lima tahun ia ditanam
  • Susuk logam seperti jarum berkarat berikutan yang lama tertanam dalam badan akan memudarat kesihatan individu termasuk sakit urat, sendi dan tulang
  • Individu yang memakai susuk sebenarnya boleh menikmati sate namun lidi sate tidak boleh digunakan untuk cungkil gigi, muka dan mencucuk bahagian tubuh
  • Susuk ditanam untuk melindungi diri, pengasih, pemikat dan menguatkan tenaga batin
  • Individu perlu mandi susuk tiga kali sebelum menanam susuk pada tubuh

Jenis susuk ayat

  • PemanisSeri wajah
  • Penyeri diri
  • Pelaris Perniagaan
  • Penarik batin
  • Pemikat umum
  • Payu dara
  • Pulih dara
  • Penunduk
  • Kelihatan muda
  • Pendinding diri
  • Suara merdu
  • Kelamin suami isteri
  • Pasak tenaga batin
  • Pengikat kasih
  • Susuk logam
  • Berlian
  • Jarum emas
  • Buluh
  • Kaca
  • MutiaraPantang larang susuk logam
  • Merahsiakan pemakaian susuk
  • Tidak boleh makan pisang emas dan buah kundur dalam tempoh dua hingga tiga bulan
  • Selepas aktiviti pasang
  • Tidak boleh lalu di bawah ampaian yang disidai kain basah
  • Tidak boleh mencucuk lidi sate pada tubuh dan sekitar wajah kerana lidi sate berbisa dan sifatnya berlawanan dengan bahan susuk

KESIMPULAN

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus (Surah at Tin 4-6)

Hentikan pengamalan susuk! Apalah gunanya susuk kalau diri sudah tua? Anda tetap tua! Janganlah tertipu dengan kecantikan dunia. Janganlah diperkudakan oleh syaitan-syaitan yang sentiasa mengingini dan mencari temannya seNERAKA! Matilah pengamal susuk dengan terseksa dan terhina di sisi Allah SWT.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

aku pown taw gak psl susuk2 ni..klu xsilap aklu plakon die degawan kan??yg nyanyi lagu dlm citer gile2 remaje tu.xsangke suare degawan tu sedap erk.
cane ending citer susuk tu ha?aku xdpt tengok r..potong betol

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Susuk???? aku suke betul pasal nie...kadang kala leh wat aku ghairah....tambah Susuk si kaktus bulu tu...tp kalo Susuk si nadia pon ok gak...tambah kalo Susuk beliau tambah dialasi seurat benang pon...

Alangkah indahnye Susuk Tubuh diorang...menawan kalbu..dan disukai ramai....

kelekung...kelekang...(efect kene baling ngan mangkok ayon)

Nad : woi mat!!! nie cite pasal susuk emas la...yang ko cite pasal susuk tubuh aku nie pehal...

Mat : ttrrr..trrr...ye ke...mane tau...si amir nie tulis susuk jer...aku ingt susuk tubuh...

Nad : pe lak...beliau cite pasal susuk sanggul laa....

Mat : ooo...paham...paham....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Apela ko nih.. ko ni tngk cuck sanggul arwah nenek tiri aku wasiatkan pun ko dh berangan bukan2..ape kejadah cuck sanggul dgn susuk tubuh aku & kaktus berbulu tu..err setau aku kaktus dia pny susuk mcm tiang jer..tegak.

__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard