Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".
hahahahahhahaaaa.........klu aku lyn jer christina aguilera 2......tp psl ati yg mulia pak ali ttp pak ali......dah tau la katakan kederat pun dah x da......
Tp lagi bgus klu Pak Ali mntk tambah britney,oprah,alicia keys..sbbdema tu kaya2..Pak Ali xpyh nk pk cri nafkah tanggung depa tp depa y tanggung pak Ali nnti..
ketika mat the matik berjalan-jalan kesorangan dalam hutan tu, beliau terjatuh ke dalam tasik. Pari-pari tu menunggu saja kat atas tasik agar ada orang datang menanya atau mencari mat the matik.
Tiba-tiba, seekor tenggiling kunyit telah melalui tasik itu. Pari-pari pun bertanya kepada tenggiling tu kalau ada benda yang hilang.
Pari-pari : Kenapa dengan kau wahai tenggiling kunyit?
Tenggiling Kunyit : spender busuk saya dah jatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam ke dalam tasik dan kembali semula dengan spender Calvin Klein.
Pari-pari : Inikah spender kamu?
Tenggiling Kunyit : Bukan, spender saya yang busuk, buruk dan terdapat kesan cirit tu...
Pari-pari pun menyelam ke dalam tasik dan kembali semula dengan spender perempuan Sloggy.
Pari-pari : Inikah spender kamu?
Tenggiling Kunyit : Bukan, spender saya tu ada tanda 'made in siam' kat sebelah kanan.
Selepas beratus-ratus kali pari-pari keluar masuk tasik mencari spender tenggiling tu, pari-pari tu pun putus asa dan membawa naik Mat the matics yang tenggelam dalam tasik tu.
Tenggiling Kunyit : Yaaaa, benar sekali, inilah spender saya yang amat najis tu.... lihatlah rupa parasnya, amat buruk sekali, sungguh sesuai dijadikan pelapit buntut saya ni...
Pari-pari : Wahai tenggiling yang jujur, aku kasik balik spender najis ko ni, lain kali spender tu simpan la elok-elok.... ni main letak je tepi tasik, kan dah hanyut, buang masa aku je duk cari benda buduh cam ni (sambil menunjukkan mat the matics)
Tenggiling Kunyit : Baik mak encik... lepas ni saya akan pastikan spender saya sentiasa saja berada di buntut saya ni....
Lalu tenggiling tu pun menyarungkan mat the matics di area celah kangkang dia tu...
ak rasa klu ak jadi pak ali ak pun bt begitu....ohohohho....takut plak nnti pari2 tu bawak gab ataupun ariepin...klu x pon jubin....uih takut nya ngeri3
kalau aku jadi pak ali aku terima jer Christina Aguilera... Britney Spears...dan isteri..... lagi pun miskin bukan penghalang untuk merasa ulam baru. hahahahahhahahaha lelaki kan bleh kawin sampai empat.
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!