Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Suami Mithali Idaman Isteri


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Suami Mithali Idaman Isteri


SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang
 dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam
 satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada
 semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan
 sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
 
 Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi
 pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba
 memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat
 pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk
 menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
 
 Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan
 anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati
 apa yang dicari golongan hawa.
 
 Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling
 bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama
 dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
 

 Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini
 ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu
 anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
 
 1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
 dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
 terlupa mengenai hal ini.04.gif
 
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
 pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
 untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.40.gif
 
3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
 sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
 yang boleh dibanggakan isteri anda.40.gif
 
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
 Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
 yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?40.gif
 
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
 tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
 turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.40.gif
 
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
 semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
 suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.40.gif
 
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
 anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
 dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.40.gif
 
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
 yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
 hubungan suami isteri.40.gif
 
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
 menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
 mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.40.gif
 
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
 mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami
 isteri.40.gif
 
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
 meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
 pasangan anda.40.gif
 
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat
 menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
 masalah.40.gif
 
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
 ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
 penampilan diri sendiri. Mana adil ?40.gif
 
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
 cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.40.gif
 
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
 kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
 Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
 dan rumah tangga terancam.40.gif
 
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
 kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
 membentuk keluarga sejahtera.40.gif
 
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
 juga patuh kepada Tuhan.40.gif
 
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
 orang lain. Ini wajib dihentikan.40.gif
 
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
 membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
 memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?40.gif
 
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
 dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
 apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.40.gif

 21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
 suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.40.gif
 
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
 merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
 suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.40.gif
 
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan
 sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan
 menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
40.gif
 
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
 tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
 daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
40.gif
 
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila
 berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
 isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
 suami meninggal dunia.
40.gif
 
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
 mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
 serta berteraskan iman dan takwa.
40.gif
 
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
 keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
 berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
40.gif
 
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
 tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
 tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
40.gif
 
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
 waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
 masalah.
40.gif
 
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
 cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
 suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
 pembantu rumah.
40.gif


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

harap2 lah...bakal suami aku kelak ada ciri2 seperti di atas....amin...

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 464
Date:

moga bkal suami ku jua ade sume cri2 ni...amin....
utk izzati pun same...biggrin

__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Jeng jeng jeng...

Doa korang berdua dah dimakbulkan... kini tibalah bakal suami korang berdua iaitu aku....
Aku bukan saja mempunyai ciri-ciri seperti yang korang idamkan, malah aku jugak mempunyai cirit-cirit halus yang buleh dibuat perhiasan di kamar mandi. Oleh yang demikian, sebagai menunjukkan cinta mulus suciku ini.... aku hadiahkan untuk nur izzati dan adik roy keane seutas rantai untuk setiap sorang... tapi rantai beskal la... nak beli rantai Poh Kong takde duit...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

hep..hep..

wah2 kemain yer siap ade efek jeng jeng jeng...
eeiii geramnya aku ngan pe'el laki aku yg dah tahap sezen ni..tua kutuk x sedar diri yer..meh..meh..sy nak bawak awk ke bilik..meh..meh..

di bilik..
riepan: amboi2 kemain kasar awk kutuk sy kaw2 yer..marah ni..marah ni..
cactus: trr..trr... maap bang..maap..sy eksen je td..

(takut laki rupenye cactus tu.. cett)

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 464
Date:

ape r rantai beskal plk...
xnk r...
skrg ni nk rntai emas...1g RM91...
ble x de duit leh la gadai...
cpt abg rie...
kc kmi berdua...
hehhee

__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

huh! tipu je abg rie ni...
saya dgn she keane tgu sampai berjanggut dah ni...
mane rantai nye....

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

ha!!!! btol tu sayang..
klu jd suami cm tu kn best....

sayannnnnnnnngggg....oooo....sayanggggg...!!!
dgr x....

__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Senior Member

Status: Offline
Posts: 464
Date:

ala...izzati...
kranye kte berdua ni tabah la yek????
sggp tggu smpai bjanggut...ssh nk dpt org cm kte ni...(perasaan kit)biggrin

__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard