Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.
Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama.
Astaghfirullahsaya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.
Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya
Bertuah la ko An..jatuh longkang pn ade y berkenaan, terus sangkut smpi kahwin lak tur..isk2 pasni ramai ler awek dlm GC ni bt tektik cam g2...jatuh longkang semata2 nk mngorat abg Jofrie..
jofrie : abe jofrie dtg..laaaa apa yg cik adik wat kat dlm loji nih..
shikin : abe..td ms jenjalan nak gi keje, tetiba kaki shikin tersangkut kat kawat duri tu.. tu yg terus terjatuh kat dlm ni....
jofrie : ye ke...nasib bek jatuh kat loji belakang umah abe..meh abe tolong (lalu jofrie turun untuk sama2 berenang dgn shikin. lepas ni bleh le aku ajak shikin berenang kat bilik aku plak (dlm ht)
-- Edited by gayah at 09:18, 2007-12-14
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
astaghfirullah gayah... apa yang saudari gayah katakan ni? sempena hari Juma'at penghulu segala hari yang mulia ni adalah amat dianjurkan kita bersalawat mahupun membaca bait-bait suci al-quran.... malah adalah amat mungkar kalau kita mencaci sesama Islam seperti abang Jofrie ni... bawak-bawak la bertaubah saudari gayah....
Adik Mat : (sambil berlari2 anak) Abang rie... abang rie... ni adik mat nak pulangkan buku doraemon abang rie... best la buku ni... lawak kan nobita ni... nanti abang beli la lagi doraemon tu..
Rie : Ishhh adik mat ni... kot nak pulangkan buku tu pun, janganlah ketika abang berdakwah depan kak gayah ni.... malu abang... abih masyarakat tahu abang ni peminat doraemon... padahal dalam forum bukan main ganas lagi... kat luar peminat doraemon...
lalu akupun berlari2 anak sambil terus menyambar tgn ustaz riepin untuk meminta ampun..
gayah : ampun ustaz...ampun kan saya..
ustaz riepin : eh ape ni, nape adik ni meraung2 camni..
gayah : ustaz, sy dh byk buat salah dgn ustaz, sy sll mengumpat ustaz pada kawan2 lain, sy sll kata ustaz ni xmalu..dh tuapun masih minat kat doraemon..huhuhuuuuu
ustaz riepin : (dlm hati)..memang budak ni..ade aku bawk dia masuk bilik ni kang..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
gayah : eh, ustaz, knp tangan ustaz rasa camni? mana jari ustaz?
ustaz Riepin : jari sy dh kudung le gayah..
gayah : patut rasa lain jeks (dlm hati)
sian ustaz riepin tu..jari beliau kudung akibat main pedang ngan mie pulau mutiara
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
kudung pebendenye... jari aku yang satu tu duk disimpan oleh adik manissayur.... susah hidup aku skang ni... nak ngorat awek pun rasa segan... almaklumla... kelakian aku sudah diambil orang... awwwwww