Penjelasan Hakikat Syaitan Iblis,Jin dan Malaikat.
Syaitan iblis, jin dan malaikat telah dijadikan Allah s.w.t. bertubuh halus atau rohani yakni bangsa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, terkecuali apabila mereka menjelma merupakan diri serupa dengan makhluk yang bertubuh besar.
Diriwayatkan bahawasanya iblis dahulunya adalah makhluk yang saleh dan taat beribadat kepada Allah s.w.t. jauh terlebih dahulu masanya daripada bangsa malaikat. Iblis itu AZAZIL namanya dia sebangsa malaikatdalam ketaatannya, bahkan diduga bahawa Azazil itu terlebih mulia dari malaikat sebab hampir kesemua permukaan langit dan bumi telah terkena bekas sujudnya kepada Allah.
Azazil itu banyak mempunyai nama gelaran di antaranya sadjid yakni orang yang ramai sujud, syakir yakni orang yang ramai bersyukur semua nama-nama itu sebagai gelaran kehormatan untuk menendakan ketinggian darjatnya pada sisi Allah s.w.t.
Allah ingin menguji dalam atau dangkalnya iman Azazil lantas disuruhnya bersujud kepada Adam a.s. bersama-sama dengan malaikat terkecuali azazil, itulah yang tidak mahu bahkan sebaliknya dia berlaku ingkar dan sombong.
Allah s.w.t. memberikan pernyataan sebagai berikut dalam Al-Quran ayat 34 yang maksudnya kira-kira:
Dan di kala Kami berkata para malaikat; bersujudlah! kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semuanya terkecuali iblis(Azazil) ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah ia daripda orang kafir.
Dari sejak itulah Allah s.w.t. menurunkan pangkat kebesaran iblis. Iblis itu asal kata ublisa min Rahmatillah yakni di usir daripada Rahmat Allah . Iblis itu mempunyai bala tenteranya yang dinamakan syaitan. Adapun erti syaitan ialah melawan perintah Allah.
Kalau Adam dinamakan Abulbasyar yakni nenek manusia, maka iblis dinamakan Abusy-syaitan yakni nenek segala syaitan. Oleh kerana iblis itu mendapat kutuk laknat disebabkan Adam, maka marahlah iblis dan tenteranya syaitan kepada Adam, yakni hasad dengki mereka itu kepada Adam. Untuk melaksanakan sakit hati,dengki serta marahnya, maka iblis dan syaitan berusaha dengan sekeras-kerasnya, agar supaya manusia itu pun dapat kutuk laknat Allah seperti mereka dan masuk bersama-sama mereka ke dalam neraka jahanam. Perjuangan antara iblis di satu pihak dan manusia di pihak lain, bukanlah hal yang baru, tetapi perjuangan itu telah memakan masa beribu-ribu tahun lamanya sehingga akhirnya kemenangan berada di pihak iblis, dan kekalahan berasa di pihak Adam dan isterinya Hawa. Maka keduanya terusirlah dari syurga dan terbuang ke dunia ini; sebagaimana Allah menyatakan dalam Al-Quran yang maksudnya kira-kira:
Al-Baqora ;36: Maka keduanya telah diperdayakan syaitan, maka mengeluarkan akan keduanya dari apa-apa nikmat yang mereka berada didalamnya yakni syurga, dan Kami berkata: Turunlah kamu ke dunia setengahmu dan setenganya menjadi musuh.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
bagus la ko amir....... di ujung2 minggu rajin ko bg nukilan n nasihat2 agama nih.... teruskan.... tp aku nak tanye ni..... kalu mcm jin abros n rie yg nirrojim tu.. masuk dlm kategori apa ye????
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
Ala ko ni rajinnaz kan ker depa ni termasuk dlm kaum kerabat ko jg..tu pun mau tny lg ker?tula sedara sendiri pun dh x kenal @ ko buat2 lupa nie?kan ko rjn melawat si hijau tu kat tempat pertapaan beliau..
Al-Baqora ;36: Maka keduanya telah diperdayakan syaitan, maka mengeluarkan akan keduanya dari apa-apa nikmat yang mereka berada didalamnya yakni syurga, dan Kami berkata: Turunlah kamu ke dunia setengahmu dan setenganya menjadi musuh.
Pehhh...kate2 nih mmg menusuk hati ku...oleh itu rakan2 sperjuangan islamku..marila kite menundukkan syaitan supaya syaitan tidak bole menundukkan manusia....hehehe
Ko tny depa tu terpekik2 wakpe?depa dhlapekak,bl dgr jeritan ko tue trs btmbh ke darjah 5 thp kepekakan depa nie..bkn nenek ko dl penah kutip depa bt cucu angkat pas d hanyutkan air banjir dlm loji tut..tut..tut..4ribu abad y lps.tu psl ko xingt rajinnaz
"kalu mcm jin abros n rie yg nirrojim tu.. masuk dlm kategori apa ye????"
eleeee.......!!! kenen org ler tu...!! haku jenis JINtan manis tau...!! amat rangup di makan begitu saja... erk...!!! sedap ke makan krukkk.... krukkk....gitu jer...?? ceo haku tatau laa.....
kalau korang mau tau, spesis yg dah nak pupus tapi tak pupus2, makhluk itu ialah radenanas...!! kategori reptilia dua alam... huahuahua....!! makanan ruji beliau ialah katak pisang, bukan goreng pisang dan bukan jugak pengat pisang...! walaupun pisang berkenaan dibuat apam pisang tetapi tidak menjanjikan makanan ruji baginye...!!
tingkah laku yg amat berlawanan daripada adab sopan amalan mulia yg dianjurkan oleh kerajaan, bertepatan dan selari dgn cipan jugak tenuk, dah ade la jugak skit2 ngan kambing gurun... pasal malas mandi... kui kui kui.....!! haku tau la haku jage kedai ABC dia tu...!!