Rabi'atul-adawiyyah pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya sebagai sahabat. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan."
Dalam cerita tersebut menceritakan bahawa persona kisah itu, Rabiat al-Adawiyah, dikatakan begitu mencintai Allah sehingga tidak ada ruang lagi dalam hatinya bagi mencintai Rasulullah shallalllahu alaihi wasallam. Ianya menimbulkan tanda tanya kepada saya yang percaya bahawa cinta pada Rasulullah shallalllahu alaihi wasallam adalah wajib dan merupakan tanda kesempurnaan dam kemanisan iman. Saya tidak berminat memberi komentar ke atas cerita tersebut kerana kesahihannya sendiri tidak diketahui. Seperti yang telah jelas, Rabiat al-Adawiyah adalah antara ikon aliran Sufism. Sebagaimana Syaikh Abdul Qadir Jailani, beliau telah menerima nasib yang sama dimana kisah-kisahnmya telah banyak ditokok tambah atau direka-reka sehingga sukar membezakan yang mana benar dan yang mana khayalan. Kegersangan disiplin ilmu golongan yang begitu taasub kepada ikon-ikon tersebut menyebabkan mereka terima dan sebar apa sahaja kisah tanpa meneliti secara ilmiah ianya benar atau tidak.
Apa yang ingin saya kupas adalah berkenaan cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Agak membimbangkan apabila membaca komentar-komentar di sebuah forum siber mempertahankan kisah diatas bahawa bagi manusia di tahap-tahap tertentu (maqam-maqam wali) tidak perlu lagi cinta kepada Rasulullah shallalllahu alaihi wasslam. Nas-nas menyuruh menyintai Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dikatakan hanya ditujukan untuk orang awam yang belum mantap imannya, yang solat lima waktu pun belum cukup. Ini bukanlah kata-kata yang senada dengan al-Quran dan as-Sunnah. Saya berharap yang berkata itu tidak sengaja mengeluarkan pendapatnya di dalam kekeliruan dan berharap ia insaf, moga Allah Subhana wa Taala mengampuni kesilapan itu.
CINTA KEPADA RASULULLAH SHALALLAHU ALAIHI WASALLAM
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adalah insan yang terpilih menjadi utusan kepada risalah yang menyelamatkan umat manusia. Beliau dikasihi Allah Subhana wa Taala dan Allah Subhana wa Taala telah menjadikan beliau Rakan Karib-Nya. Ini disebut di dalam sebuah hadis, Rasulullah shallalllahu alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya Allah telah mengambilku sebagai Rakan Karib-Nya sebagaimana mana Nabi Ibrahim Rakan Karibnya. [Sahih Muslim no:532]
Syaikh Ibn Utsaimin rahimahullah menjelaskan:
: " " ( 532 ) .
Nabi shalallahu alaihi wasallam tidak syak lagi adalah kekasih Allah, dia mencintai Allah dan Allah mencintainya. Akan tetapi disana ada diskripsi yang lebih tinggi daripada itu iaitu Khalillullah (Rakan Karib Allah), maka Rasulullah shalallahu alaihi wasallam adalah Khalillullah sebagaimana sabda baginda shalallahu alaihi wasallam :'Sesungguhnya Allah telah mengambilku sebagai Rakan Karibnya sebagaimana mana Nabi Ibrahim Rakan Karibnya (Riwayat Muslim no: 532). Rakan Karib adalah lebih sempurna dari kekasih [Majmu' Fatawa Ibn Utsaimin, 1/319]
Adalah janggal seandainya seseorang mengaku mencintai Allah Subhana wa Taala tetapi tidak mencintai Rakan Karib-Nya yang begitu dicintai-Nya. Firman Allah Subhana wa Taala:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[Ali Imran 3:31]
Orang yang mencintai Allah Tabaraka wa Taala atau mendambakan kasih Allah Tabaraka wa Taala, tidak kira siapa, dari semulia-mulia para Sahabat sehinggalah seburuk-buruk Muslim wajib mengikuti dan taat pada Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Dan antara suruhan baginda termasuklah untuk cinta kepadanya. Untuk seseorang itu mampu mencintai Allah Subhana wa Taala dengan sebenar-benar cinta bermakna dia memerlukan kesempurnaan Iman. Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:
Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku dicintai lebih daripada bapanya, anaknya dan manusia secara keseluruhannya. [Sahih al-Bukhari - no:15 dan Sahih Muslim - no:44]
Untuk menyintai Allah Subhana wa Taala dengan sebenar-benar cinta juga merupakan kemanisan iman. Resipi bagi memperoleh kemanisan iman pula adalah seperti yang disabdakan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:
:
Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api. [Sahih al-Bukhari - no:21 dan Sahih Muslim - no:43]
Cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adalah sebahagian daripada cinta kepada Allah. Kerana bagi kita tidak ada seorangpun yang lebih kita percayai selain orang telah dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya. Beliau telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah-Nya kepada umat manusia agar kita mendapat rahmat-Nya. Bagindalah orang yang paling berjasa menyelamatkan kita daripada kegelapan (kekufuran dan syirik) kepada cahaya terang benderang (Islam dan hidayah). Bagindalah yang telah membimbing kita untuk menuju kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat. [Ustaz Dr. Abdullah Yasin, Makalah: Hadith, 19 February 2006]
Tidak ada sesiapa terlepas daripada tuntutan cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.
-- Edited by Amirshah at 22:18, 2007-12-15
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????