Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Adakah kita seorang Islam?


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Adakah kita seorang Islam?


Mari bermuhasabah diri.. tepuk dada tanya iman
Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita
menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita

sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang
Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah
kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah
bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam ????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha
dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,
bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang
ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang
Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya
disisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau
sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam
anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana
zain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat
kelak. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada
Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada
Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi,
siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang
hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,
Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya
Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa,
kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita
begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan
diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari
perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?

Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti
yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua
itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ...** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita
di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat
kesihatan? Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal
tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu
tersenyum dan tertawa. Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka
akan dicampakkan ke dalam NERAKA yang paling JAUH..... sejauh bintang
Sudahkah... Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu
rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI !!!! Siapa
kita ????

Kita adalah hambaNya.

Wallahu'alam


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard