!) "Dari Asma r.a katanya : " Seorang wanita datang kepada nabi lalu dia bertanya : Baju salah seorang dari kami terkena darah haid. Bagaimana cara membersihkannya?". Sabda Rasulullah saw: Mula-mula buang (kikis) darahnya,sesudah itu gosok-gosokkan kain itu dengan hujung jari dengan air, kemudian siram, lalu pakailah untuk solat",
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Sesungguhnya Khaulah binti Yasar pernah bertanya: "Ya Rasulullah! Saya mempunyai kain hanya satu helai. Kain itu saya pakai selama haid. Bagaimana itu? Jawab Rasulullah saw: "Bila anda telah suci, bersihkanlah bahagian kain yang kena darah kemudian pakailah solat". Tanya Khaulah, Ya Rasulullah! Bekas darah itu tidak dapat hilang". Jawab Rasulullah,"Cukuplah kiranya engkau suci dengan air, bekasnya tidak memberi mudhorat (tidak membatalkan Thoharohmu)"
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Dari hadis-hadis di atas, dapatlah kita fahami dengan jelas bahawa untuk mencuci najis itu adalah wajib menggunakan air. Dan telah ditetapkan oleh ijma' ulama' bahawa darah adalah najis. Untuk menghilangkan najis tidak disyaratkan berapa kali jumlahnya, tetapi yang diperlukan ialah kebersihannya.
Berkata Imam Nawawi, "Ketahuilah, sesungguhnya yang diwajibkan dalam menghilangkan najis itu ialah bersihnya. Jika najis itu tergolong dalam najis 'hukmiah',iaitu najis yang tidak kelihatan dengan mata, seperti air kencing dan sebagainya, yang diwajibkan mencucinya hanya sekali dan selebihnya tidak wajib. Tetapi sunat mencucinya dua atau tiga kali.
Sabda Rasulullah saw:
"Apabila seseorang kamu bangun dari tidur, janganlah dia langsung membenamkan tangannya ke dalam bejana sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali"
(Hadis riwayat Muslim)
Kalau najis itu tergolong di dalam najis 'ainiah', iaitu najis yang jelas kelihatan dengan mata, seperti darah dan lain-lain, wajib menghilangkan zat (ain) najis tersebut, dan selepas itu sunat mencucinya dua atau tiga kali. Apabila najis ainiah selepas dicuci masih meninggalkan warna, hal itu tidaklah membatalkan, asalkan zatnya betul-betul sudah hilang atau bersih. Dan apabila masih ketinggalan rasanya, beerti zat najis masih ada dan beerti pula kain itu masih bernajis, maka wajiblah menghilangkan rasa tersebut sampai hilang. Dan apabila ketinggalan itu baunya, maka di dalam mazhab Syafi'i ada dua pendapat. Pendapat yang lebih sah ialah yang mengatakan bahawa kain itu sudah suci.
Darah haid tidak dapat dimaafkan walaupun hanya sedikit, sedangkan kesucian kain dan pakaian adalah syarat sah solat. Sabda nabi dalam hadis kedua yang bermaksud:
"Cucilah dengan air secukupnya, dan bekasnya tidak membatalkan bagimu"
Ucapan Rasulullah itu menunjukkan bahwa untuk membersihkan najis mestilah menggunakan air yang bersih. Tidak memadai menggunakan cuka atau benda lain yang berupa cairan. Kerana yang diperintahkan ialah mencuci dengan menggunakan air. Di dalam hadis jelas dikatakan, bahawa bekas najis yang sukar dihilangkan tidak memberi mudhorat atau tidak membatalkan. Tetapi hendaklah merubah warnanya dengan zafran (kekuning-kuningan) sehingga hilang warna darah. Kerana dengan adanya warna darah akan nampak kesan kotor dan mals membersihkannya oleh orang yang melihatnya.
Aisyah dalam hadis ketiga berkata:
"Saya tidak pernah mencuci pakaian saya"
Maksud ucapan itu adalah kerana Ummul Mukminin ini sangat berhati-hati menjaga agar pakaiannya tidak terkena darah ketika haid.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????