ORANG ramai terutama wanita dan remaja dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan kegilaan menjalani rawatan pemutihan gigi semata-mata untuk tampil cantik tanpa memikirkan kesan buruknya di kemudian hari. Ini kerana teknik pemutihan gigi tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan gigi menjadi rapuh dan akhirnya terpaksa kehilangan seluruh gigi kerana strukturnya yang semakin lemah.
Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Prof Dr Rahimah Abdul Kadir, berkata bahan pemutih yang digunakan secara berlebihan dan berulang kali boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. Ini kerana bahan dalam produk pemutih berkenaan menghakis bahagian luar gigi menyebabkan ia menjadi semakin nipis.
Konsep pemutihan gigi sebenarnya ibarat merendam baju di dalam bahan peluntur seperti Clorox. Ia akan menarik keluar semua elemen penting yang terdapat di dalam gigi seperti kalsium yang berfungsi untuk menguatkan struktur gigi. Oleh itu, ia sepatutnya digunakan dengan nasihat doktor yang akan memberi nasihat mengenai dos yang diperlukan. Bagaimanapun kebanyakan orang tidak sabar hendak melihat gigi menjadi putih dan beranggapan lebih lama gigi di rendam, lebih cepat putih. Ini mengakibatkan terlebih dos dan tanpa disedari mendatangkan mudarat pada gigi, katanya.
Selain itu, Dr Rahimah berkata oleh kerana kesan pemutihan tidak kekal, ramai pengguna menjalani kaedah pemutihan gigi secara berulang kali. Tanpa disedari, proses pemutihan berulang kali ini menyebabkan gigi semakin terhakis dan menyebabkan kehilangan keutuhannya.
Apabila diletakkan di bawah mikroskop, gigi yang menjalani proses pemutihan kelihatan berlubang-lubang akibat bahagian dalamnya terhakis. Ini menyebabkan gigi menjadi rapuh dan mudah mengalami karies gigi. Lubang ini menyebabkan sisa makanan mudah terlekat di dalamnya. Ini menyebabkan gigi kelihatan semakin gelap dari hari ke sehari dan mendorong pengguna untuk mengulangi proses pemutihan, katanya.
Lebih memburukkan keadaan sekiranya seseorang itu mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat atau gula yang menghasilkan asid di dalam mulut secara berlebihan. Asid yang terkena pada gigi menyebabkan gigi mudah hancur. Malah tidak mustahil boleh menyebabkan seseorang kehilangan terus gigi mereka.
Kos untuk menggantikan gigi yang hilang biasanya agak tinggi iaitu antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk sebatang gigi yang pastinya membebankan pengguna. Kadar kos yang dikenakan bergantung kepada jenis penggantian iaitu sama ada secara tanam semula yang biasanya mencecah lebih RM10,000 atau teknik bridge yang lebih mudah. Jadi, sebelum menjalani sebarang rawatan pemutihan gigi, sebaiknya seseorang itu berfikir dulu sama hendak meneruskan niat mereka atau terpaksa berdepan dengan risiko ini, katanya.
Katanya hanya kes tertentu yang memerlukan kaedah pemutihan gigi. Antaranya gigi yang berwarna gelap akibat ubat yang dimakan seperti ubat antibiotik tetracycline, pemakaian ubat kimia lain atau disebabkan oleh tabiat merokok.
Sebelum ini, doktor tidak tahu kesan tetracycline yang diberikan kepada bayi boleh menyebabkan gigi yang sedang tumbuh berwarna kelabu dan kekal sehingga mereka dewasa. Mereka yang segan kerana memiliki gigi berwarna gelap akan datang untuk mendapatkan khidmat memutihkan gigi kerana kesan ini tidak mudah dibuang dengan penggunaan berus gigi, katanya.
Katanya pemutihan gigi kerana ingin cantik semata-mata sebenarnya tidak diperlukan. Pengguna juga perlu tahu setakat mana mereka ingin gigi kelihatan putih. Ini kerana pemulihan tidak boleh dicapai sepenuhnya kerana ia bergantung kepada kadar serius yang dialami.
Secara semula jadinya warna gigi bergantung kepada kulit. Mereka yang berkulit gelap biasanya gigi nampak lebih putih. Manakala orang Melayu yang berkulit sawo matang memiliki gigi kekuningan sementara orang Cina pula mempunyai gigi antara putih dan kekuningan. Gigi kekuningan adalah warna semula jadi yang terhasil daripada pancaran bahagian dalam enamel. Bayangkan jika anda berkulit gelap, tiba-tiba gigi saja yang putih sudah pasti nampak aneh, katanya.
Beliau melahirkan rasa kesal kerana bahan pemutih gigi dijual secara bebas tanpa sebarang kawalan oleh pihak berkuasa sedangkan bahan pemutih ini sepatutnya hanya boleh dibeli melalui preskripsi doktor.
Agak malang apabila sesiapa saja boleh membeli bahan ini dan menyalahgunakannya. Sebelum ini terdapat arahan yang tidak membenarkan ia dijual sewenang-wenangnya tetapi nampaknya ia tidak kekal lama. Keghairahan wanita dan remaja memutihkan gigi hari ini amat membimbangkan kerana kesan yang dihasilkan boleh merugikan dalam jangka masa panjang, katanya.
Dr Rahimah juga menasihatkan wanita dan remaja yang ingin memiliki gigi bersinar secara semula jadi agar mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Makanan tertentu seperti kopi, makanan berwarna, minuman bergas dan jeruk perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan warna gigi menjadi gelap.
Pendapat aku: Sesiapa yang nak putihkan gigi tu jgn cepat percaya kenyataan orang tanpa penjelasan yang memuaskan dari sudut saintifik dan pengalaman org tu sendiri. Rahsia gigi putih semula jadi tidak lain tidak bukan adalah penjagaan gigi secara menyeluruh dari kecil. Ini kerana keadaan gigi menjadi kuning adalah perkara normal disebabkan amalan pemakanan kita yang menyebabkan enamel (translucent white) menjadi terhakis dan menampakkan dentin yang semula jadi berwarna kuning itu untuk menyerlah. Tidak hairanlah Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim:
Jikalau tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka untuk bersugi pada setiap kali hendak bersembahyang.
Apa pendapat korang pulak mengenai pemutihan gigi ni..?
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
huh, sungguh memalukan sekali perbuatan aram jadah mister rie ini yang meminjam gigi tersebut dari pakcik tua tu!
"Kalo kau nak gigi, kau pergi beli sendiri." Lantas pak cik tua tu merebut gigi tersebut daripada Mister Rie yang meraung2 sambil bentak2 kaki. Ish, menyampah bila tengok perangai Mister Rie sedemikian rupa...