Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Andartu, Bila Mawar Kering Dipuput Angin, bunga layu sebelum berkembang


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Andartu, Bila Mawar Kering Dipuput Angin, bunga layu sebelum berkembang


qalyubi menulis "Wahai manusia, bertaqwalah kepada
Tuhanmu, yang menjadikan kamu dari diri yang satu
(jenis) dan menjadikan isterinya dari jenisnya
(bangsanya) sendiri, dan kemuadian Tuhan
memperkembang-biakkan dari keduanya, laki-laki dan
perempuan-perempuan yang banyak.

Apabila seseorang perempuan mengandung janim dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan
1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000
kejahatan.

Andartu atau Andalusia ibarat bunga kering di hujung
ranting. Cantik perawannya bertempoh. Kalau duri
terlalu banyak dan tajam, ia tidak memungkinkan di
petik. Dan apabila tiada jemari yang sudi menyunting
ketika ia mekar berkembang, kelopaknya akan layu.
Merahnya akan pudar lalu kuntum pun berguguran.
Cantiknya hanya akan tinggal sejarah. Sejarah yang
tidak mungkin berulang. History wont repeat itself.

Pepatah inggeris ada menyebut, Houses are but walls
and beams; homes are buit of love and dream. Itulah
hakikat harganya cinta dalam kehidupan manusia. Tiada
yang bernama manusia kecuali terselit di benak hatinya
keinginan untuk membina keluarga serta hidup bahagia
bersama pasangan dan anak-anak anugerah Allah S.W.T.

Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya mendaki ke
puncak, dan tidak semua yang diberikan kesempatan
mengecap kebahagian. Ada yang tersungkur di tengah
jalan lalu mengharap simpati dan belas ihsan. Dalam
kehidupan berumahtangga di Negara kita, insan yang
gagal mendapatkan jodoh biasanya akan terpinggir dari
arus kehidupan berkeluarga.

Di mana silapnya ummah ini hingga memungkinkan wujud
golongan yang gagal memperolehi pasangan? Salah mereka
yang tidak mendapat jodoh atau salah masyarakat yang
melulu meletakkan label? Saya ingin mengajak kita
semua menerobos ruang hakikat sebenar yang berlegar di
dalam masyarakat.

Ada yang menyatakan faktor utama kepada wujudnya
andartu ialah soal wajah dan kecantikan. Pandangan ini
walaupun ada kebenaran namun tidaklah seratus peratus
benar. Buktinya, tidak semua yang berumahtangga dan
mempunyai keluarga yang bahagia mempunyai rupa paras
yang cantik. Begitu juga tidak semua yang lambat
berkahwin dan sukar mempunyai jodoh mempunyai rupa
paras yang kurang cantik.

Hakikatnya, faktor utama yang mewujudkan andartu ialah
anggapan umum masyarakat terhadap proses perkahwinan
yang di anggap sebagai sukar dan memayahkan. Ia juga
adalah satu amplikasi yang wujud secara tidak langsung
apabila harga mas kahwin dijadikan kayu ukur bagi
menilai prestij anak gadis dan keluarganya. Wujudnya
keluarga atau masyarakat yang melihat bahawa bahawa
perkahwinan ialah satu institusi yang berharga
memberikan tekanan kepada anak gadis dan keluarganya
sendiri. Masakan tidak, untuk diletakkan harga mas
kahwin yang murah dan berkat akan mengundang malu
andainya ia menjadi buah mulut masyarakat. Bahkan, ada
yang menganggap bahawa jika anak gadis diletakkan mas
kahwin yang lebih rendah daripada 2,000, maka lebih
baik menjual lembu daripada menjual anak dara!! Di
sinilah sebenarnya ramai di antara ahli masyarakat
yang lupa (atau buat-buat lupa) terhadap pesanan
Rasullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A :
Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah mas
kahwinnya hadis riwayat Iman Ahmad, Kitab Baqi
Musnad Ansor, no 23966.

Hakikat sebenar yang berlaku di dalam masyarakat ialah
kadang-kadang mas kahwin yang dibayar oleh pengantin
lelaki bukannya diberikan sepenuhnya kepada pengantin
perempuan, tetapi ia digunakan untuk menampung
perbelanjaan majlis perkahwinan yang tentunya diadakan
secara besar-besaran. Sikap ahli keluarga yang sanggup
berhabis demi menjaga maruah dan prestij adalah satu
paradigma yang salah dan menyeleweng.

Andartu juga wujud apabila poligami diboikot. Bukan
menjadi rahsia sikap wanita yang seboleh-bolehnya
tidak mahu berkongsi kasih. Sekalipun poligami
dibenarkan dalam Islam, namun semanis-manis madu, ia
tetap pahit bagi wanita. Bagaimanapun, di dalam
keadaan yang tertentu, seharusnya pihak isteri tidak
terlalu memusuhi malah memboikot poligami. Apabila
diyakini suami mampu berlaku adil di dalam masalah
pemberian nafkah kepada isteri, maka suami perlu
diberikan lampu hijau untuk beristeri lagi. Benar,
bercakap tidak semudah melaksanakannya. Hanya yang
bergelar isteri sahaja yang tahu betapa peritnya jiwa
yang terpaksa bermadu, namun andainya ia dilakukan
demi untuk menyelamatkan jiwa serta maruah gadis lain
yang bergelar andartu sekaligus mengelakkannya dari
terjebak di dalam lembah kehancuran, adakah ia tidak
berbaloi?

Andartu juga wujud apabila terdapat golongan muslimat
yang langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk
mencari jodoh mereka sendiri. Benar, baik bagi
muslimat jika menyerahkan soal jodoh mereka kepada
keluarga sahaja. Namun, hakikat yang berlaku pada
zaman sekarang tidak lagi demikian. Percampuran yang
boleh dikatakan tidak dapat dielakkan secara seratus
peratus di antara lelaki dan wanita yang berlaku sejak
dari sekolah rendah lagi memberikan peluang secara
tidak langsung untuk mereka sendiri mencari jodoh
sesama sendiri. Dari konteks mahasiswa, siapakah yang
dapat menafikan bahawa pergaulan di sebalik tabir
sekalipun tidak di jadikan batu loncatan untuk mencari
jodoh? Siapakah yang dapat menafikan kebersamaan di
dalam menganjurkan program kadangkala bertukar menjadi
jalinan cinta dan berakhir di jinjang pelamin? Namun,
langkah pertama biasanya bermula dari pihak lelaki.
Kenapa tidak, andainya pihak perempuan memulakan
langkah, maka ak an kedengaranlah suara-suara sumbang
yang meberikan label Perigi mencari timba.

Soalnya, salahkah perigi mencari timba? Jika
diperhatikan di dalam al-Quran, dinyatakan kisah
seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa
untuk di kahwini. Kisah ini disebut di dalam surah
Al-Qashash, ayat 27. seorang ulama masakini, Dr Wahbah
Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut
membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam
yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan
tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki.
Contohnya, Ummul Mukminin Khadijah yang meminang
Rasulullah S.A.W. begitu juga dengan Saidina Umar yang
menawarkan anaknya Hafsah setelah kematian suaminya
untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Kedua-dua
sahabat itu hanya mendiamkan diri tanda menolak.
Rupa-rupanya kelewatan Hafsah mendapat jodoh ada
hikmahnya. Dia kemudiannya di kahwinkan dengan
Rasulullah S.A.W, insan yang terbaik di kalangan yang
baik. Sebab itu, golongan yang lambat mendapat jodoh
tidak wajar berputus asa. Mungkin mereka senasib
dengan Hafsah, belum tentu tidak! Apa yang penting,
kesanggupan pihak perempuan untuk turut mencari jodoh,
bukan hanya berteleku di tepi dinding menuggu pinangan
orang. Apa salahnya kalau sekali sekala muslimah
mengambil langkah merisik dan meminang?

Sebab lain yang mewujudkan andartu ialah apabila
seseorang wanita terlalu mementingkan kerjaya hingga
menganggap perkahwinan sebagai satu konkongan dalam
hidupnya. Mereka memandang perkahwinan sebagai satu
bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa
mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan
terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga
dan anak-anak. Golongan seperti ini kebanyakkannya
wujud di bandar-bandar besar di mana terdapat wanita
yang menjawat jawatan tinggi di dalam sektor
perkhidmatan awam atau swasta lalu masa yang sama
mengabaikan tuntutan fitrah mereka sendiri. Mereka
sepatutnya menyedari bahawa perkahwinan akan
memberikan ketenangan dan kebahagian kepada jiwa.
Walaupun nampak seolah-olah kerjaya yang ada sudah
mencukupi buat mereka, namun hidup seorang diri tanpa
sebarang pergantungan adalah bertentangan sama sekali
dengan fitrah seorang wanita.

Di Malaysia, walaupun golongan ini sudahpun wujud
namun dalam jumlah yang terkawal. Apa yang kita
bimbang, andainya senario ini tidak dikawal,
masyarakat Malaysia khususnya umat Islam akan berubah
sedikit demi sedikit menjadi seperti masyarakat Barat
yang menganggap proses perkahwinan sebagai bahan
mainan. Bukan menjadi rahsia dan keaiban lagi di
kalangan mereka yang baru berkahwin sekalipun sudah
bersama berpuluh tahun dan beranak pinak
berdozen-dozen.

Revolusi pendidikan juga kadang kala menyumbangkan
kepada wujudnya gejala andartu. Golongan wanita mula
menerobos alam pend idikan hingga meraih kejayaan yang
kadang-kadang mengatasi kehebatan kaum lelaki. Ekoran
itu, hampir tiada lagi perbezaan di antara lelaki dan
wanita dalam menggariskan cita-cita dalam hidup. Kalau
dulu, kebanyakkan wanita meletakkan perkahwinan
sebagai matlamat terakhir dalam hidup. Menumpukan
tugas kepada menjaga dapur dan mengasuh anak
merupakan dunia paling global bagi wanita.
Bagaimanapun, senario itu hampir pupus pada hari ini.
Sebagaimana kaum lelaki mengejar kejayaan dalam
pelajaran hingga ke peringkat PhD, begitu juga kaum
wanita. Malah, di institusi-institusi pengajian
tinggi, kaum wanita melebihi kaum lelaki berkali-kali
ganda. Salah satunya di Universiti Utara Malaysia,
satu perangkaan yang disiarkan di dalam Utusan
Malaysia, 6 Julai 2003 dulu menunjukkan jumlah siswi
ialah 71% manakala siswa 29%! Lalu, setakat manakah
peluang kaum wanita untuk mencari jodoh yang sekufu
dengan mereka?

Kadang-kadang mencari calon suami yang terlalu ideal
juga merupakan masalah bagi kaum wanita. Muslimat
khususnya selalu beranggapan, sukar lagi dicari suami
yang bertanggungjawab, soleh dan mampu menyayangi
sepanjang hayat. Apatah lagi, jika mahu di tambah pula
dengan wajah yang kacak seperti hero filem-filem
Hindi. Sebagaimana kaum lelaki perlu menerima hakikat
bahawa sukar mencari wanita yang mempunyai
segala-galanya; kecantikan, kecerdikan, kekayaan,
berketurunan baik dan solehah, begitu jugalah kaum
wanita perlu menerima hakikat bahawa terlalu sukar
untuk mencari lelaki yang sempurna dan mempunyai
segala-galanya. Janganlah kerana terlalu memilih calon
suami yang terlalu ideal menyebabkan kita terlepas
segala-galanya. Berpadalah dengan agama, faktor lain
pula sebagai pelengkap.

ANDARTU & KESANNYA

Psikologi & Tekanan Emosi

Secara umumnya gadis-gadis yang di label andartu akan
mengalami tekanan dan depresi dari segi mental dan
emosi. Mereka dianggap memberi malu dan aib kepada
keluarga lantas dicemuh oleh masyarakat serta dilempar
dengan pelbagai tuduhan.

Hasilnya, inferiority complex mula membasah di
sanubari. Rasa malu yang menguasai akan menghalang
mereka daripada berhadapan dengan masyarakat.
Perlahan-lahan mereka terpinggir dan terasing daripada
persekitaran. Mereka yang lemah imannya akan mula
menyalahkan takdir. Merasakan paras yang diberi belum
cukup menarik lalu mempersoal ketentuan Tuhan, kenapa
tidak dianugerahkan raut wajah semanis Siti Nurhaliza,
seramping Haifa atau secantik Britney Spears? Tuntas
ramai yang berkorban supaya tampak cantik dan menarik
pada pandangan lelaki. Anorexia dan Bulimia adalah
natijah yang biasa. Lebih menggerunkan apabila ada
yang sanggup menjadi mangsa teknologi, rela kulit
mereka disiat-siat dan dikelar sinar laser.

Cinta & Tuntutan Naluri

Perempuan yang normal tidak dapat lari daripada
perasaan ingin menyintai dan dicintai. Cinta adalah
suatu anugerah yang tidak terhitung nilainya. Women
are so lovely, full of love and should be loved.
Masing-masing mengimpikan kehidupan yang dilimpahi
kasih sayang disamping suami dan anak-anak tercinta,
lalu mereka mencari-cari perhentian yang dinanti
selama ini. Apabila yang ditunggu-tunggu tidak muncul,
jiwa akan lebih menyesak. Tekanan makin mendesak. Ini
menyebabkan syaitan-syaitan berwajah kacak lebih mudah
mengambil kesempatan. Pengakhirannya ialah penipuan,
perkosaan, penderaan, pelacuran dan seribu satu macam
lagi tragedi.

Mereka yang tidak menjadi mangsa manusia akan menjadi
mangsa nafsu sendiri. Orgasm, Masturbate dan entah apa
lagi yang mana semuanya merupakan punca laknat Allah
Taala. Namun, awas! Jangan sesekali menghukum semuanya
begitu, kerana iman yang berpasak di dada adalah
benteng segalanya.

Kesuburan & Kehamilan

Tahap kesuburan perempuan akan semakin menurun apabila
memasuki usia 40 an. Jadi, mereka yang berkahwin pada
usia ini mempunyai peluang yang tipis untuk
mendapatkan anak dan sekiranya dia mengandung,
kandungan tersebut akan membahayakan nyawanya. Selain
itu, kelahiran anak terpaksa juga dihadkan.

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dato Dr Hamid
Arshat, bagi yang berkahwin dalam usia lewat, risiko
pada kesihatan meningkat kerana apabila mengandung,
jantung dipaksa mengepam 40 peratus lebih daripada
biasa di samping kandungan air dalam badan meningkat,
sendi-sendi longgar, berlaku perubahan pada usus,
sakit buah pinggang dan sakit tulang belakang.

Kesimpulannya, beberapa faktor yang di gariskan ialah
antara faktor-faktor utama yang mewujudnya andartu.
Tanpa menafikan faktor-faktor yang lain, andainya
faktor-faktor yang digariskan dapat di atasi,
insyaAllah gejala kahwin lambat hingga mewujudkan
andartu ini tentu dap at disifarkan. Apa yang penting,
doa dan tawakkal perlulah diiringi dengan usaha
khususnya dari pihak wanita itu sendiri. Kita wajar
menentukan hidup kita sendiri. Saranan buat lelaki;
kikislah sifat pilih umur dalam diri. Jadilah seperti
Rasulullah S.A.W yang pada pertama kalinya memilih
seorang wanita yang berbudi pekerti mulia dan berusia
walaupun baginda masih teruna. Siapa lagi yang boleh
diletakkan harapan untuk membela nasib andartu dan
yang bakal bergelar andartu kecuali lelaki yang
benar-benar berperibadi serta mempunyai rasa
keperimanusiaan yang tinggi? Benar, Siti Khadijah
tiada pengganti. Namun, Siti Aisyah juga sukar dicari!
Juga saranan buat wanita; letakkan perasaan redha
dalam diri jika di takdirkan bermadu, buangkan sifat
boikot terhadap poligami dan jangan takut kepada adat
yang terpesong. Lamarlah pihak lelaki, jangan
mengharapkan kaum lelaki sahaja yang memulakan rentak.
Ayuh izzahkan untuk kebahagian ber sama selagi mana
tidak melanggari nas-nas syariat Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W :Wanita adalah tiang Negara,
bila ia baik, baiklah Negara. Dan bila ia rosak, maka
rosak pula Negara. Jesteru itu, penyelesaian yang
paling utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini
ialah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat
tanpa menyusahkan mana-mana pihak.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

mengapa la pegi andartu lame2 ye...pelik!!

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard