Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan atas kekeliruan sesetengah pihak dalam memahami ilmu Allah (yakni nama-nama dan sifat-sifatNya).Saya berharap dalam coretan yang tidak seberapa ini kita mampu mempunyai aqidah yang jelas tanpa dikaburi oleh mana-mana pihak. Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang diriNya dengan nama-namaNya yang indah dan sifat-sifatNya yang sempurna.Kita juga yakin sepenuhnya bahwa Allah lah yang paling mengetahui segala sesuatu,paling benar perkataanNya dan paling baik penuturan Nya.Oleh itu kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan nama-nama dan sifat-sifat tersebut bagi Allah sesuai seperti mana yang dikhabarkan sendiri oleh Allah.Begitu juga dengan sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah shalallahu a'laihi wasallam yang mana bagindalah yang paling tahu tentang Allah 'Azza Wa Jalla,paling benar beritanya,paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan dan penjelasannya.Jadi kita wajib menerima berita sahih yang datang dari baginda shalallahu a'laihi wasallamtentang nama-nama dan sifat-sifat Allah 'Azza Wa Jalla.
Hendaklah kita beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diriNya di dalam kitabNya dan oleh Rasulullah shalallahu a'laihi wasallam denagn keimanan yang bersih dari tahrif dan ta'thil serta dari takyif dan tamtsil.
Semangnya kelihatan seumpama mazhab Ahlul Sunnah hampir mirip kepada mazhab Ahlul Zahir.Kemiripan ini menyebabkan ramai orang keliru sehingga menganggap mazhab ahlul Sunnah adalah mazhab yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya(Musyabbihah),bahkan adalah mazhab yang menganggap Allah berjisim dan berjasmani(Mujassimah).Kekeliruan ini disengajakan oleh mereka yang yang ingin memusuihi Ahlul Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah Rafidhah dan Ahlul Takwil.Hal ini telah berlaku sejak dulu lagi.Berkata Imam Abu Hatim Ar-Razi.(277H):-
"Tanda golongan Jahmiyah ialah mereka mengelar Ahlul Sunnah dengan penggilan Musyabbihah."
Selain itu wujud lagi pandangan yang lazim dikemukan oleh Ahlul Takwil.Mereka mendakwa "kononya" kaedah sebenar ASWJ adalah tafwidh iaitu beriman kepada sifat-sifat Allah manakala MAKNA dan KAIFIATNYA diserahkan kepada Allah bulat-bulat.
Jika benar makna dan kaifiatnya diserahkan kepada Allah semata,dalam erti kata lain seolah-olah istilah tersebut adalah kosong tanpa erti dan manfaat.Oleh itu apa faedahnya Allah Subhanahu Ta'ala menerangkan sifat-sifatNya di dalam Al-Quran dan melalui lisan RasulNya?
Selain itu wujud lagi pandangan yang lazim dikemukan oleh Ahlul Takwil.Mereka mendakwa "kononya" kaedah sebenar ASWJ adalah tafwidh iaitu beriman kepada sifat-sifat Allah manakala MAKNA dan KAIFIATNYA diserahkan kepada Allah bulat-bulat.
Jika benar makna dan kaifiatnya diserahkan kepada Allah semata,dalam erti kata lain seolah-olah istilah tersebut adalah kosong tanpa erti dan manfaat.Oleh itu apa faedahnya Allah Subhanahu Ta'ala menerangkan sifat-sifatNya di dalam Al-Quran dan melalui lisan RasulNya?
Allah telahpun berfirman:-
"(Al-Quran ini)sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu(dan umatmu wahai Muhammad),Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya,untuk mereka memahami dengan teliti.kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Saad 38:29]
Atas sebab inilah Ahlul Sunnah masa kini lebih cenderung menggunakan istilah "tanpa takyif" daripada istilah "al-tafwidh" untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai.
Persoalan:-
Di di sini saya akan menyertakan beberapa persolaan yang timbul di kalangan golongan Asya'irah berkaitan masalah ini berdasarkan firman Allah:-
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.." [Surah Ar-ra'd: 2]
Mereka menyatakan jika tidak takwil dan tidak tafwidh, ini bermakna kita beriktikad bahawa Allah Taala itu bersemayam di atas Arasy. Jika begitu bermakna kita telah menjisimkan Allah Taala. Kita mengatakan Allah Taala menempati di suatu tempat?
Jawapan:-
Bersemayam di atas Arasy adalah sifat. Dalam ayat di atas, Allah Taala telah meyifatkan diriNya dengan bersemayam di atas Arasy. Kewajipan kita sebagai mukmin adalah menetapkan sifatNya dengan apa yang telah Dia sifatkan sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Jika kita tidak melakukannya bermakna kita telah mengurangkan satu sifat dari sifat-sifat Allah.
Tafwidh dengan menyerahkan maknanya kepada Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan Asya'irah bermakna tidak menyifatkan Allah Taala seperti Dia telah menyifatkan diriNya di dalam al-Quran. Dengan kata-kata yg lebih mudah, mengurangkan salah satu sifatnya.Mentakwilkannya pula bermakna telah menyimpangkan maksud sebenarnya dari apa yang dikehendaki oleh Allah.Masalah menjisimkan Allah Taala bila tidak mentakwil atau bila mengatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy tidak timbul samasekali.
Kerana: Bukankah Allah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan makhluk maka dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tafwidh caranya kepada Allah. Hanya dia yang tahu. Pokoknya tidak sama dengan makhluk. Tidak boleh difikir dan tidak boleh dibayangkan oleh manusia.
Bila kita teliti memang sebagai mukmin kita wajib menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah Taala telah menetapkan sifatNya begitu, maka begitulah yang kita terima. Tanpa mengabaikannya dengan tafwidh maknanya. Atau tanpa melencongkan maknanya dengan mentakwilkannya. Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menetapkan sifat Allah dengan bersemayam di atas Arasy seperti yang termaktub di dalam al-Quran itu sebagai menjisimkan Allah Taala atau menganggap Allah seperti makhluk adalah hujahan yang tak boleh diterima samasekali.Kerana bila Allah katakan bahawa Dia bersifat mendengar. Maka kita akan tetapkan bahawa Dia itu bersifat mendengar. Kita tidakpun mentakwilnya. Atau tafwidh maknanya. Allah Taala bersifat mendengar. Kita juga bersifat mendengar. Ini kita semua akui. Dengan pernyataan ini, kita tidakpun mengatakan bahawa orang yang mengatakan Allah Taala mendengar itu sebagai telah menjisimkan ALlah. Atau telah menyerupakanNya dengan makhluk. Kerana sifat mendengar Allah itu tidak sama dengan sifat mendengar makhluk. Maha Suci Allah dari semua itu. Begitulah halnya dengan sifat bersemayam. Allah bersemayam di atas Arasy. Manusia juga boleh bersemayam. Namun sudah tentulah semayamNya itu tidak sama dengan makhluk. Mahasuci Allah dari semua itu.
Bila dikatakan berulang-ulang sifatNya tidak sama dengan makhluk, maka tidak dapat diterima samasekali dakwaan orang yang mendakwa golongan salafi menjisimkan Allah. Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menyifatkan Allah Taala dengan bersemayam di atas ArasyNya itu bermakna mengatakan Allah Taala menempati suatu tempat. Atau mengambil ruang. Katanya ini menyamakan Allah dengan makhluk. Ini juga hujahan yang tidak dapat diterima. Kerana sudah berkali-kali dikatakan bahawa Dia tidak sama dengan makhluk!
Ulasan Jawapan:- Qaul (kata-kata) Imam Abu Hanifa
( , , : , , , ) -[ 56
1)Tidak disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk, murkanya dan redhanya adalah dua sifat dari sifat2nya tanpa kaifiat. Dan inilah pegangan ahlus sunnah wa aljamaah. Dia murka dan redha. Tidak dikatakan murkanya azabnya dan redhanya pahalanya. Kita mensifatkannya sebgmana dia mensifatkan dirinya sendiri. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu yang sama dengannya. Ia hidup, berkuasa, mendengar, melihat, mengetahui. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka tidak sama seperti tangan makhluknya, wajahnya tidak spt wajah makhluknya.[Al-Fiqhul-Absat m.s 56]
( )- 2/427 . . , 368
2)Dan ketika ditanya tentang turunnya Allah SWT, Imam Abu Hanifah berkata "Ia turun tanpa kaifiat". [Syarhul Aqidah At-Thahawiyah karya Ibn Abi Al-Izz al-Hanafi,jld 2,m.s. 472]
( )- 302
3)Dan sifatnya bersalahan dengan sifat-sifat makhluk-makhluk, Dia mengetahui tidak seperti pengetahuan kita, Dia berkuasa tidak spt kekuasaan kita, Dia melihat tidak seperti penglihatan kita, Dia mendengar tidak seperti pendengaran kita, dia berkata-kata tidak seperti kata-kata kita. [Al-Fiqhul Akbar m.s. 302]
( , )- 46 , 5/48 , 139 , 101-102 , 116 , 301
4)Sesiapa berkata, aku tidak mengetahui tuhanku di langit atau di bumi, sesungguhnya dia kafir, dan begitu juga sesiapa yang berkata, sesungguhnya Dia di atas Arsy, dan tidak aku menngetahui Arsy' samaada di langit atau di bumi. [Al-Fiqhul Al-Akbar m.s. 46]
( )- 56
5)Tidaklah lah disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk-makhluk. [Al-Fiqhul Absath m.s. 56]
Qaul Imam Malik
( : )- 263 , 11 , 7/138
1)Allah di langit, dan ilmunya disetiap tempat.[Al-Siyar A'lam Al-Nubala]
2)Abu Nu'aim meriwaatkan daripada Ja'afar bin Abdillah,Imam Malik berkata: "Cara istiwa' Nya tidak diketahui sedangkan Istiwa' telah jelas dan diketahui,beriman kepadanya adalah wajib,dan bertanya tentangnya adalah bid'ah"
3) "Mereka (Ahlul Bida'h) yang memperkatakan (memperdebatkan) masalah nama-nama dan sifat-sifat Allah,masalah kalam,ilmunya,qudratNya." [Dzammul-Kalam,jld 1,m.s 173]
Qaul Imam Syafie
1)Pegangan dalam atas sunnah Rasulullah SAW yang aku beradai di atasnya dan aku lihat sahabat-sahabat kita berada di atasnya, mereka itu Ahlul Hadis yang aku telah lihat mereka dan aku telah ambil daripada mereka seperti Sufyan, Malik dan selain mereka ialah ikrar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah. sesungguhnya Allah di atas Arsynya dilangitnya. Dia menghampiri sesiapa yang dikalangan makhluk-makhlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki, Dan Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana yang dia kehendaki. [Al-Wasiyyah m.s 53-58]
2)Allah Tabaraka wa Taa'la memiliki nama-nama dan Sifat-sifat yang diterangkan dalam kitabNya dan diberitakan oleh NabiNya shalallahu a'laihi wasallam kepada umatnya maka tidak ada alasan bagi siapa pun yang telah sampai di hadapanNya hujah(dalil) untuk menolaknya. [Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Siyar A'lam Al-Nubala jld 10,m.s 79-80]
3)Diriwayatkan dari Ar-Rabi' dan tidak hanya seorang daripada kalangan sahabat(Imam Syafie) yang terkemuka keterangan yang menunjukkan bahawa beliau (Imam Syafie) menyingkap ayat-ayat Sifat dan hadis-hadis tentangnya sebagaimana ia datang tanpa Takyif,Tasybih,Ta'thil,dan Tahrif sesuai dengan metode kalangan salafussoleh. [Al-Hafiz Ibn Kathir,Al=Bidayah Wal-Nihayah jld. 10 m.s. 256]
4)Pendapatku tentang sunnah,di mana aku berpegang kepadanya dan juga berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan,Malik dan lain-lain,iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa Allah itu di atas Arasy-Nya yang ada di langit-Nya.Dia mendekat makhlukNya menurut apa yang Dia kehendaki dan turun ke ke langit terendah menurut apa yang Dia kehendaki. [Az-Zahabidalam kitabnya,Al-'Uluw lil-'Aliy al-Ghaffar]
5)Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan Istiwa'Nya Allah Tabaraka wa Taa'la di atas A'rasy-Nya,dan juga athar-athar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya dan ini menunjukkan kepada mazhab al-Syafi'i rahimahullah. [Imam Al-Baihaqi' dalam kitabnya Al-Asma'was Sifaat m.s 517]
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????