Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cinta yang tidak ada ayat-ayatnya. .kerana cinta itu sendiri sudah bersuara..


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Cinta yang tidak ada ayat-ayatnya. .kerana cinta itu sendiri sudah bersuara..


Keserasian Cinta dari kaca mata Islam dan Henry A.Bowman yang sudah melepasi 1400 tahun lalu:

Kita sering bercerita tentang cinta,dan ia sudah tidak pasti lekang di bibir remaja yang meningkat dewasa.Namun sebenarnya,kita sendiri tidak memahami erti cinta yang sebenar.Bila ditanya apa itu cinta?Pelbagai jawapan yang akan diberi,dan berbeza-beza mengikut kefahaman orang yang ditanya.

"When two people love each other, nothing is more imperative and delightful than giving." - Guy de Maupassant

Menurut Henry A. Bowman dalam buku Marriage for Moderns (1960),cinta berbeza dari satu orang ke satu orang yang lain.Mustahil untuk sama pengertiannya, makna cinta berbeza berdasarkan latar belakang dan juga zaman yang dilalui oleh seseorang.Kepelbaga ian ini disebabkan,tidak ada keseragaman dalam memaknakan Cinta!Cinta terlalu subjektif,bukan objektif.Manusia akan bingung apabila cuba menetapkan erti cinta,sebab cinta tidak boleh dipaksa-paksa maknanya.Makna cinta berevolusi mengikut masa,tempat, latar belakang keluarga dan pelbagai lagi.

Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal.

Cinta bukan hanya berdasarkan perasaan,ia perlu dikawal melalui akal yang sihat.Teori yang diterokai oleh Bowman ini amat selari dengan roh islami.Perasaan perlu dikawal oleh akal yang dinaungi dengan wahyu Allah dan juga Sunnah Nabi.Apabila perasaan sudah dikawal dengan kedua-duanya, maka cinta yang diperolehi melalui perasaan beroleh keberkatan.

Di dalam sebuah hadits shahih diceritakan kisah seseorang wanita yang bernama Barirah yang mana suaminya yang bernama Mughits selalu mengikutinya dari belakang setelah mereka bercerai, maka Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam berkata kepada Abbas,

"Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub terhadap cintanya Mughits kepada Barirah dan kebencian Barirah kepada Mughits ?"[1]

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah kemudian menjelaskan dalam Mukhtashar Raudhatul Muhibbin bahawa Rasulullah ShallallaHu `alayHi wa sallam tidak melarang tumbuhnya cinta Mughits yang membara di dalam keadaan seperti itu. Ini kerana, cinta merupakan sesuatu yang tidak boleh dibendung dan ia bukan merupakan inisiatif diri sendiri.Namun, ia perlu dikawal berdasarkan akal yang sihat dtunjangi dengan nilai-nilai Islami.

                                                                                   

Cinta memerlukan proses

Bowman menolak isitlah cinta pandang pertama.Bagi beliau,hadirnya cinta dalam diri seseorang memerlukan proses yang berperingkat. Menurut beliau lagi,tidak mungkin cinta sejati akan terbina tanpa mengetahui dengan mendalam tetang si dia.Latar belakang,keluarga, perangainya, dan serba serbi tentang si dia yang dicintai perlu diketahui.Cinta bukanlah suatu perkara remeh dan boleh dibuat main-main,kerana destinasi akhir cinta adalah perkahwinan.

Begitu juga dengan konsep Islam yang berperingkat- peringkat dalam hal cinta.Merisik, bertunang dan kemudian berkahwin.Dalam setiap peringkat ini,kedua-dua pasangan dibenarkan mengetahui latar belakang masing-masing. Sama ada sekufu atau tidak,ada kecacatan atau tidak,bersedia atau tidak dan semuanya adalah persediaan sebelum bergelar suami isteri.Setiap proses ini pula,dibatasi dengan kaedah-kaedah syarak,seperti tidak boleh berdua,perlunya mahram apabila berjumpa dan kebiasaannya si lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga si wanita.Membuktikan bahawa,benar cinta perlu melalui pelbagai proses sebelum dapat disatukan dalam perkahwinan.

"Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya.... "[2]

*Hadis yang memberi petunjuk tentang bolehnya kita merisik sebelum berkahwin.

Cinta untuk bersama dirasai bukan menguasai.

Ramai yang melakukan kesilapan ketika bercinta.Sikap terlalu mengongkong pasangan ataupun terlalu mengalah, sehingga pasangan pijak kepala adalah konsep yang salah.Konsep sebenar adalah give and take ataupun menang-menang. Sama rata,masing- masing tahu peranan dan tangungjawab yang perlu digalas.Namun bila kita berperasaan untuk menguasai pasangan kita (mengongkong aktiviti hariannya, mengatur pakaian,makanan dan sebagainya) ataupun melulu mengalah(tidak menegur kesilapan, tidak kisah apabila dibuli,tidak ada perasaan cemburu) , itu bermakna kita belum bersedia untuk bercinta.

Cinta yang bermotivasi

Barangkali ungkapan  "mandi tidak basah,tidur tidak lena,makan tidak kenyang" ini perlu dibuang jauh-jauh,walaupun ia warisan melayu.Cinta bukan untuk menghancurkan diri manusia,tetapi ia membawa motivasi dalam diri setiap pasangan yang bercinta.Merancang masa depan dengan teliti,bersungguh dalam mencari rezeki,serta bersikap positif dalam apa jua yang dilakukan.Seharusny a nilai-nilai yang positif yang perlu diserlahkan apabila bercinta.

Cinta tidak menghilangkan masalah

Ada orang kata,apabila bercinta semua masalah boleh hilang sebab hati senang.Tapi yang nyatanya ialah,cinta memberi kita dorongan dan kekuatan untuk menghadapi masalah.Kita akan lebih ada kekuatan untuk mengatasi segala masalah bersama pasangan kita.Lihat sahaja bagaimana Nabi Muhammad dapat menghadapi masalah dengan tenang,apabila Saiditina Aisyah difitnah orang kaum musyrikin.Peristiwa ini menjadi sebab ayat Quran ayat 11 dari surah An-nur diwahyukan kepada Nabi Muhammad,dikenali sebagai asbabul Nuzul.

Maksud Ayat:

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

Berita bohong ini mengenai isteri Rasulullah s.a.w. 'Aisyah r.a. Ummul Mu'minin, setelah perang dengan Bani Mushtaliq bulan Sya'ban 5 H. Perperangan ini diikuti oleh kaum munafik, dan turut diikuti 'Aisyah dengan Nabi berdasarkan undian yang dilakukan antara isteri-isteri beliau. Dalam perjalanan mereka pulang dari peperangan, mereka berhenti di suatu tempat. 'Aisyah keluar dari tempat duduknya(semacam tempat tandu) untuk suatu keperluan, kemudian ke tempatnya semula. Tiba-tiba rantainya hilang, lalu dia pergi lagi mencari. Ketika dia sedang asyik mencari, rombongannya berangkat pulang dengan menyangka bahwa 'Aisyah masih ada dalam tandu. Setelah 'Aisyah mengetahui, tandunya sudah berangkat,dia duduk di tempatnya dan mengharapkan rombongan itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, lewat ditempat itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu'aththal, sahabat tersebut terlihat seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut kemudian mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, isteri Rasul!" 'Aisyah terbangun. Lalu dia dipelawa oleh Shafwan menaiki untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sehingga sampai mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka bercakap-cakap menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka fitnahan atas 'Aisyah r.a. itupun bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.Maka turunlah ayat ini.

Cinta bukan tertumpu pada batang tubuh pasangan

Jika cinta kita bukan hanya terbatas pada kecantikan atau kegebuan pasangan kita,tetapi cinta itu meliputi segala aspek.Jika aspek fizikal sahaja yang diutamakan,maka cinta itu bukanlah cinta yang sebenar,kerana cinta itu didasarkan pada hawa nafsu semata!Sebab itu Nabi mengajar umatnya, apabila ingin memilih pasangan pilihlah agamanya dulu.Kemudian barulah diikuti dengan keturunan kecantikan dan harta.

Direkodkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: Rasulullah bersabda:
"Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung." (Direkodkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), anNasaa'i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Cinta tidak buta

Cinta sama sekali tidak buta.Orang yang bercinta akan memandang semua sisi kekasihnya.Sama ada buruk atau baik,dia akan tetap menerimanya. Saling mengamalkan sikap toleransi dan sentiasa bersangka baik terhadap pasangannya. Orang yang bercinta atas dasar agama,keburukan yang ada pada pasangannya akan dibaiki dan diperelokkan. Kebaikan pasangannya pula,akan disulami dengan kebaikan yang ada pada dirinya.Namun, kalau cinta didasari nafsu,keburukan pasangan tidak diendahkan namun akan meninggalkannya setelah puas memenuhi tuntutan nafsu!Itu sebab,cinta kerana agama adalah cinta terbaik.

Siapa yang ingin merasakan lazatnya iman maka cintailah seseorang hanya karena Allah(HR Muslim)

Cinta memperhatikan kelansungan hubungan

Orang yang bercinta akan mengambil berat akan hubungan dengan kekasihnya.Seboleh mungkin, dia akan cuba mengelak perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungannya. Orang yang bercinta,akan lakukan apa saja untuk menggembirakan pasangannya. Kerana dia sedar,apabila dia memberi dia juga akan merasai kegembiraan tersebut.

Cuba anda fikirkan sejenak,mengapa seorang bapa sanggup menghadiahkan sesuatu yang berharga pada anaknya?Kerana bapa gembira melihat anaknya gembira dengan pemberiannya. Dia berasa puas sebab dapat menyenangkan orang yang dia sayangi.Begitu jugalah dengan pasangan yang sedang bercinta..

Sesungguhnya orang ramai berusaha untuk memberi hadiah kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w berada di rumah Aisyah. Mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredaan Rasulullah s.a.w (Hadis direkodkan Muslim)



 
 

Cinta berani melakukan perkara yang tidak disukai

Selain berusaha untuk mengembirakan kekasihnya,orang yang bercinta akan sanggup melakukan perkara yang tidak disukainya.Misalnya ,kalau pasangannya tidak suka untuk berjumpa sebelum berkahwin, pada saat itu juga dia memang teringin sangat nak berjumpa,namun disebabkan ketidakmahuan pasangannya itu dia sanggup melupakan hasrat tersebut.Seharusnya ,sikap begitulah yang perlu ada dalam setiap pasangan yang bercinta.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".

(An-Nur: 32).

Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya" . (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518,

 dan Hakim)



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard