Aku jarang solat di Masjid, kecuali hari Jummat, kejap, jangan terkejut dan tuduh aku munafik kerana tak pergi solat di masjid berjemaah 5 waktu sehari semalam, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,
Aku tahu di zaman Nabi 1400 tahun dulu, memang orang munafik tak pergi solat berjemaah 5 waktu, mereka pergi jarang-jarang, macam umat islam akhir zaman la ni..,
Baiklah, sebelum korang salah sangka dan sebelum aku perasan bagus, sebagai lelaki beriman akhir zaman, aku nak kata kenapa aku jarang solat di Masjid, dan jika ke Masjid hanya hari Jummat adalah kerana dekat rumah aku dah ada surau,
Jadi aku tak nak sewenang-wenang langkah surau atau langkah masjid kerana apa yang dah ada depan mata, itulah yang di dahulukan.., jadi aku hanya pergi SURAU dan mungkin hari Jumaat sahaja aku ke Masjid, bergantung kepada hal ehwal islam setempat
Sebenarnya Surau juga adalah masjid walaupun orang Malaysia namakan surau tu sebagai surau, kerana tiada beza sebenarnya sebab surau juga adalah rumah Allah, dan rumah Allah sudah tentu di kenali sebagai Masjid.., Cuma yang jadi bezanya kat Malaysia ni, bila rumah Allah yang takde solat jumaat orang akan namakan sebagai surau.., dan rumah Allah yang ada solat jumaat orang akan namakan sebagai Masjid..,, pening tak? Aku tambah lagi, iaitu kalau tak silap aku, kat sesetengah bandar di Malaysia, ada yang tidak menamakan masjid yang tak de solat jumaat sebagai surau kerana Masjid yang ada solat jumaat akan di namakan Masjid jamek, dan masjid yang takde solat jumaat akan di namakan masjid sahaja. Begitulah lebih kurang perbezaan antara masjid dan surau..
Aku rasa kat Mekah dan Madinah tak de surau, semua mereka panggil masjid, mereka tak mendikrimasikan tempat yang tak de solat Jumaat kepada nama lain, masjid kecik ke, masjid besar ke semua mereka namakan sebagai masjid, malahan ada jugak masjid jin! Apa lagi nak di kata?..,
Berbalik kepada Malaysia tempat tumpah darah ibuku ketika melahirkan aku, bila ada nama surau untuk rumah Allah yang tak de solat jummat, maka timbul pulak masalah kepada penduduk Malaysia yang kebih arab daripada bangsa arab kerana dalam adab masjid, kena niat beriktikaf apabila masuk dalam masjid, tapi ada orang kat Malaysia yang tak nak berniat iktikaf apabila ke surau dengan alasan, surau bukan masjid., pulak?
Makan dan minum di masjid adalah haram kecuali dengan niat iktikaf, maka korangpun selamba makan, minum dan tidur di surau tanpa niat iktikaf, apa ke hal?
Ustaz mana ajar kau?
Hormatilah rumah Allah kerana dengan berniat iktikaf, kamu sudah ikut Sunnah nabi dan segala amal kamu sepanjang tempoh iktikaf di kira ibadat, duduk lepak pun dapat pahala bila berniat iktikaf, dan jika kamu makan dan minum hatta tidurpun, akan dapat pahala..
Hanya semudah itu..
Jadi tak payahlah nak bergaduh dan bertekak, Pergilah belajar ugama dan Berniatlah iktikaf walaupun di surau..
Jangam Mendkriminasikan Rumah Allah
CERITA DUA
Aku suka solat kat tempat perempuan... , kejap, jangan terkejut dan tuduh aku gila seks hanya kerana baca rangkap pertama bahawa aku suka solat kat tempat perempuan, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,
Aku tahu di zaman Islam sedang tersebar ke seluruh dunia dahulu, orang perempuan jaga aurat dan adab sehingga masing masing solat awal waktu di dalam rumah masing masing, dan orang lelaki pula pakat pakat penuhkan masjid.., tapi sekarang dah tiba akhir zaman yang mana orang perempuan pakat pakat keluar rumah sehingga tak sempat nak masak dan akibatnya kedai makan mulai bersepah, dan orang perempuan dah tak malu makan kat kedai, dan itu cerita lain..
Baiklah, sebelum korang salah sangka dan sebelum aku perasan bagus, sebagai lelaki beriman akhir zaman, aku nak kata kenapa aku suka solat kat tempat perempuan kerana apabila hari jummat, kain tabir akan di singkap, sebab waktu tu perempuan tak wajib datang, dan aku suka solat di ruang wanita kerana tempat tu biasanya lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., jadi apa salahnya aku suka solat kat tempat perempuan? Tak salah bukan?
Untuk yang baru masuk islam semalam, orang perempuan tak pergi solat jumaat kerana tak wajib untuk mereka, hanya untuk lelaki, walaupun bagaimanapun, tak pula waktu tu orang perempuan jadi afdal pergi ke pusat membeli belah sampai lengah solat zohor, nak masuk neraka waktu tengah hari ke? Baik korang siapakan diri belajar dari suami masing masing tentang isi khutbah Jumaat hari itu, faham?
Tapi bila dengar khutbah kat tempat perempuan ada jugak buruknya, iyelah, bila dah duduk kat tempat yang lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., atas karpet berbelang yang tebal dan duduk betul betul di bawah kipas, serta tangah hari yang panas dan waktu rehat kerja pulak, tak tertidur abang di buatnya, jadi maafkanlah abang wahai sayang, abang tak beberapa dengar khutbah tadi, terlelap, lagipun spekar pecah, bunyi tak jelas, bunyi kuat sangat (atau bunyi perlahan sangat)..
Tapi mangkuk mana ntah, ambik selipar abang, selipar murah macam tu pun tergamak di ambiknya , hampeh betul!!
Lepas tu ada pulak mangkuk yang parking kereta tengah jalan dan tak reti nak balik awal, dah ler datang lewat, parking pulak kat laluan utama, masa tulah nak solat rawatib lama-lama, tak ke hampeh?!!
Begitulah Marah aku kepada system yang buat bini aku tak berani nak tanya isi khutbah jumaat lebih-lebih
CERITA TIGA
Aku tak beberapa suka dengar Khutbah, kejap, jangan terkejut dan tuduh aku munafik, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,
Korang tahu tak?, di zaman islam berkembang dulu-dulu, khutbah jummat hanya seringkas solat sunnat dua rakaat, kerana khtubah itu sendiri adalah ganti untuk dua rakaat solat zohor yang mana hari tu korang hanya solat dua rakaat sahaja, tidak empat seperti biasa kerana dan tolak dua ganti khutbah jumaat..
Tapi hari itulah korang nak brain wash cukup-cukup, selepas bagi amaran tak boleh bercakap ketika khutbah, korangpun lenjan dan pulun habis-habisan, mentang mentang kami tak boleh menyampuk dan terpaksa duduk diam, korang bantai khutbah berjam-jam!, ada masjid yang cecah 2.30 baru habis, dah melampau, aku lapar tak makan nasik lagi,
Baik, sebelum korang salah sangka, aku sebenarnya tak kesah jika kamu nak baca khutbah lama lama, asal apa yang kamu cakap tu penting!!, tapi yang aku nak marah adalah, Aku dah lah seminggu sekali datang masjid, datangnya aku nak dengar cerita tentang takwa dan tentang akhirat, tapi korang dok bantai jugak cerita-cerita hal dunia, apa ke hal? woi! Dah seminggu aku cerita dunia kat tempat kerja aku.., kawan aku pulak setahun sekali baru datang masjid dengar khutbah raya, tapi korang ambik peluang ni untuk berkempen, masjid pembakang bila tak perlu teks dari kerajaan, apa lagi.., masa tulah nak berkempen dan nak dedahkan kesalahan system, nak yakin dengan senjata islam, Negara islam bla bla bla.., adoh!!
Aku pergi pulak masjid kerajaan, aku pergi nak dengar cerita akhirat, tapi masa tulah korang nak cerita tentang dunia, pentingnya pelancong datang ke Negara kita, pentingnya ekonomi, pentingnya beli barangan tempatan, pentingnya sukan, bla bla bla bla!!!
Tak ke hampeh?
Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk bincang siang malam atas langit sana?
Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk bantah membantah siang malam atas langit sana?
Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk tingkah meningkah siang malam atas langit sana?
Allah dah tanya soalan ni pada Nabi dulu dan Nabi tak tahu nak jawab apa pada mulanya, lalu Allah letakan tanganNYA ke atas dada Nabi dan seluruh alam pun terbentang di mata Nabi Muhamad SAW lalu Nabi pun menjawab ke tiga-tiga perkara yang malaikat duduk bincang, bantah, tingkah pada seluruh siang malam di atas langit sana?
Kenapa tak masukkan ke tiga-tiga perkara ini dalam khutbah masing masing?, bukankah ketiga tiga perkara ini begitu penting kerana tanpanya segala amalan lain tidak berguna?
Dan ketiga tiga perkara ini telah gagal di hayati oleh ummat islam yang buat kamu di jajah, di hina, ekonomi jatuh dan merempat di pandangan mata orang kafir.., tapi kamu masih merepek dalam khtubah masing masing kerana sedang silap dalam sangkaan, sedang hadirin pula tertidur dan angguk macam faham...
Apa lagi nak di kata?
CERITA EMPAT
Setiap Manusia akan bertindak mengikut sangkaan masing-masing, sekiranya apa yang di sangkanya itu adalah betul, maka betullah hidupnya dan apabila apa yang di sangkanya itu adalah tidak betul, maka gagallah keseluruhan hidupnya..
Oleh yang demikian, Allah telah hantar beribu ribu Nabi dari kalangan ummat manusia terpilih untuk membetulkan sangkaan ummat manusia..
Sebagai contoh: Di Zaman Jahilian dulu, orang arab sangka tuhan itu ada sebanyak 360 yang di zahirkan dalam bentuk berhala, dan pakat pakat sembah siang malam.., lalu datanglah Nabi Akhir Zaman yang membetulkan sangkaan manusia bahawa, TuHan hanya satu dengan lafaz: Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tiada Yang Berkuasa Melainkan Allah, Tiada Yang dapat memberi Manfaat atau Mudarat Melainkan Allah, Kesenangan atau Kesusahan semuanya adalah dalam Kudrat, Kehendak, Perintah dan Izin Allah Yang Satu
Untuk betulkan sangkaan kita, maka Nabi Muhammad S.A.W telah ajar kita semua agar betullkan lidah dengan memperbanyakkan ucapan Iman, dan memperbaharui Iman masing-masing agar kita selalu betul dalam bersangka terhadap Allah SubhaNahuwaTa ala..
Namun, kerana gagal menjaga lidah masing-masing, ummat hari ini telah hidup dalam sangkaan yang berbeza.., ada yang sangka bila ada Negara Islam, senjata islam barulah ummat islam akan berjaya, lalu dengan sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., dan bergerak mencari pengaruh sedang Sunnah yang asal telah di tinggalkan..
Ada pulak yang sangka bila ada Negara yang Maju, ekonomi yang kukuh, maka orang kafir akan respek dan kagum dengan orang islam, lalu dengan sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., kerja siang malam untuk mengukuhkan ekonomi sedang Sunnah yang asal telah di tinggalkan..
Aku tak nak ulas lebih-lebih, kerana takut yang salah sangka akan bertambah besar pula salah sangkanya, dan takut yang dah betul sangkaan akan jadi salah sangka pula..oh!
Tulisan aku dalam blog ini pada sangkaan sesetengah orang adalah seperti tangan yang menghulur ke dalam air, dan merekapun ambil peluang untuk mencapai tangan ini lalu timbullah mereka..
Bagi orang yang lain pula, pada sangkaan mereka, tulisan aku ini adalah seperti umpan yang menghulur ke dalam air, yang mana jika mereka ngap, aku ngep! he he he, .. dan itu hanyalah sangkaan mereka semata mata
Apa-apapun, seperti aku nyatakan dari dulu lagi, tulisan aku adalah nota ugama untuk aku sendiri, aku tak link dengan sape-sape dan aku tak peduli korang link ke tidak, aku menulis bukan nak suruh korang jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, HAKIKATNYA:, Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!
Makin banyak perbezaan pendapat aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA
Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!
Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi iaitu :-Korang!
Woha!
Sebab tu aku tak declare bahawa aku sedang buat Dakwah di sini, Kerana dakwah yang korang sangka adalah untuk ajak orang berbuat baik, sedangkan apa yang aku buat adalah bukan sebab nak suruh korang ikut aku, tapi buat dakwah sebab aku tak nak jadi macam korang! Kerana jika aku tak buat, maka nampak macam kita sama jer lebih kurang... Maka aku tetap buat supaya aku tak jadi SALAH macam korang, Dan dah tentu jika korang ikut, maka korang akan jadi macam orang Dakwah pulak, dan itu baik untuk korang dan ada jugak saham untuk aku, tapi yang paling penting, diri sendiri terbaiki apabila kita betulkan Lidah kita dengan sangkaan yang betul..! faham tak?!!
Akhir kata, Lantakkan sama ada korang nak setuju atau tidak tapi yang penting korang FAHAM APA YANG AKU FAHAM, bila dah faham barulah layak korang BETULkan aku..
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????