Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tiada lagi semalam,,,


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
tiada lagi semalam,,,


Semalam kita berkenalan
Menyulam kata mendalami perasaan..
Aku gembira, aku bahagia
Hadirmu tepat di saat ku memerlukan
Belaian mesramu masihku terasa
Membawa kita jauh dalam khayalan
Kau dan aku bagai satu tak mahu dipisahkan..
Sungguh indah waktu itu..

Hari ini kau tiada
Tinggalkan aku sendiri..
Aku terkejut
Aku keliru
Aku bingung
Aku berdukacita. .
Pergimu secara tiba-tiba
Aku tak menyangka
Kau berduka laradengan keputusanmu sendiri..
Katamu aku kau sayangi..
Katamu aku yg terbaik
Aku terharu..
Aku menahan pilu
Aku tak tahan mendengar tangismu
Dan bersatu dengan tangisku
Benarkah apa yg ku dengar
Kau tak mahu aku merana
Hidup denganmu yang bakal sengsara.

Mengapa??
Mengapa ini terjadi
Di saat kita saling memerlukan..
Aku sayang dan cintakan Mu
Aku tak peduli itu..
Ajal dan maut itu di tangan tuhan..
Dan aku redha..
Tapi kau kau tak mahu..
Katamu kau tak sanggup.
Kau pinta ku mencari penggantimu. .
Mengalir air mataku..

Kau tahu
Jiwaku terasa kosong kini
Sungguh aku tak dapat mengusir bayangmu...
Sungguh aku tak dapat mengusir kata2 mu di corong telingaku...
Bagaimana dapat ku usir namamu sudah penuh di segenap ruang hatiku
Suara hatimu sentiasa berlagu di pendengaranku
Harapanku tinggi tapi tak bermakna lagiKan ku kuburkan ia nanti..
Aku terpaksa terima semua suratan yang telah di tentukan olehNYA
Begitu juga kau

Kini haluan kita mula berbeza
Kau hidup dalam duniamu
Dan aku dalam duniaku
Meskipun hati kita masih bersatu..
Kan ku kenang segala memori kita bersamaSepanjang hayatku..
Kan ku kalungkan doa untukmu semoga kau kuat menempuh dugaan dariNYA.
Ketahuilahaku tetap menyayangi dan mencintaimu. .biarpun tak dapat memiliki..
Tak kan ada yang sama seperti mu kerana bagiku kau lah yang terbaik Untukku


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

tima kasih...tima kasih
kerana menyayangi diriku


tepuk2222.....

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Ala gayah klu nk suh tepuk kasi ler upah lbh skit..xlarat aku nk jd die hard fan ko dlm Af musim ke 100..taula umur penyertaan smpi 45 tp ko kn ingt gayah ko tu dah 54!

__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard