Ini budaya SIAPA.. kenapa kita yg berwarganegara MALAYSIA yg penuh sifat berbudi bahasa dan sopan santun TELAH hilang semuanya. KITA sanggup menjadi seperti HAIWAN.. ini bukan BUDAYA kita... Mana HILANGnya AGAMA yg kita bawa.. mana hilangnya semua itu.. kenapa ini semua ada di bumi kita tercinta..MALAYSIA. . Fikir2kanlah. . Renung2kan.. .
Lihat isteri dirogol
GEMAS: Seorang suami hanya mampu melihat isterinya dirogol di sebuah kebun getah di Felda Sungai Kelamah, di sini, Ahad lalu, dipercayai sebagai cara menyelesaikan masalah peribadi antara dia dengan suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suami mangsa yang berusia lingkungan 50 tahun hanya mampu melihat isteri yang baru dikahwininya tiga bulan lalu diperkosa malah mengambil tindakan pulang ke rumah dengan membiarkan isterinya menjadi mangsa pemuas nafsu suspek.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan meminta bantuan seorang lelaki yang juga rakan suaminya menghantar dia ke Felda Sungai Kelamah menggunakan motosikal.
Mangsa yang tinggal di Alor Gajah, Melaka dikatakan terpaksa meminta bantuan lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu kerana mahu berjumpa suaminya yang tinggal bersama isteri tua..
Sebaik tiba di rumah, suami mangsa meminta rakannya itu menghantar isterinya ke satu kawasan di Felda terbabit kononnya untuk membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah peribadi antara mereka sementara dia mengekori dari belakang menggunakan motosikal.
Setiba di tempat kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke dalam kebun getah sebelum memperkosa wanita itu di depan suaminya.
Suami mangsa tidak berani bertindak kerana takut diserang malah berpatah balik ke rumahnya.
Mangsa yang kemudiannya dihantar pulang oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Gemas berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan. Menurutnya, polis belum membuat tangkapan manakala motif sebenar kejadian itu masih disiasat.
KALAM HIKMAH :
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
P/S>>>>>adalah lebih elok kira kita menyebut mengambil wuduk daripada mengambil mengambil air sembahyang..........dan juga lebih elok kiranya kita menyebut solat drpd sembahyang..
harap maklum...........
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
jgn le emo, zumadu oiii..gi solat cepat dh rezeki dia le tu..
moral of the story..jgn le percaya sgt kat org lain yakni walau terdesak sgtpun...
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee