Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 25 pesanan-buat renungan bersama


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
25 pesanan-buat renungan bersama


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak
manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd
ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan
dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak
menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ),
tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai
orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg
tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah
drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg
amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila
tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging
burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis
perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu
kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan
dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg
terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.


13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum
tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah
urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg
mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya


16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu
dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih
berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila
tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian
engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah
memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak
mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu
darimu.


19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima
pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan
mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan
olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan
dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan
kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya
sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat
daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah
hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu
disirami air hujan.


25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg
selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

Ya Allah..
Jadikanlah aku dr golongan org yg bertaqwa, beriman & bertawakal kepada Mu..
Jadikanlah aku dr mereka yg mahu mendengar nasihat & insaf kepada Mu..
Jadikanlah aku dr golongan yg rendah diri & tawadduk Kepada Mu..
Jadikanlah aku dr merekan yg menjaga santun ku kepada org tua ku..
Jauhilah aku dr hutang yg mendatangkan kehinaan dan kegelisahan kepada ku..
Jauhilah aku dr menderhakai Mu..berputus asa dr rahmat Mu..
Jauhilah aku dr pendustaan..mendusta & didustai..
Jadikanlah aku dr golongan mereka yg mengingati mati..
Jadikanlah aku dr golongan mereka yg beramal dgn ilmu Mu..
Kurniakanlah aku sahabat dr mereka yg sejati, yg menginsafkanku..menjagaku..dan memeliharaku..
Kurniakanlah aku kehalusan tuturkata & budibahasa serta kemanisan wajah yg menyenangkan mereka di sekelilingku..
Jauhilah aku dr sifat riya' yg mendatangkan cela kepada diriku..
Jauhilah aku drpd terpedaya dgn urusan duniawi yg melalaikanku..
Dekatkanlah aku dengan golongan yg alim lagi berilmu..yg menyejukkan hati ku dgn siraman nasihatnya..
Jauhilah aku dr mereka yg bersifat talam dua muka..yg pastinya kelak akan membinasakanku..jauhilah aku dr padanya..

Amin..


__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard