Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Alam haiwan--kelawar


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Alam haiwan--kelawar


Mengenal Kelawar.

Kelawar merupakan haiwan yang selalu dikaitkan dengan kuasa jahat dan dipandang serong dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Selalunya kelawar digambarkan terbang pada waktu malam dan merasuk anak dara atau menghisap darah manusia. Anggapan bahawa kelawar mempunyai kaitan dengan unsur-unsur jahat disebabkan kelawar merupakan haiwan yang keluar memburu pada waktu malam dan mempunyai rupa yang kurang menyenangkan. Bagaimanapun kelawar sebenarnya merupakan sejenis haiwan yang mengkagumkan.
Kelawar adalah daripada susunan (order) Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera, dan kelawar (microbats) dalam sub-susunan Microchiroptera. Fosil kelawar terawal dikelaskan sebagai index Icaronycteris index.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia.

Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar.
Setiap spesies kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati dikawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, di kepulauan yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.

Perbezaan antara keluang dengan kelawar

Kelawar dipercayai berasal daripada kawasan bersuhu panas, dianggarkan pada zaman Eocene dan fosil tertua kelawar berusia 60 juta tahun. Kebanyakan kelawar bertumpu di kawasan tropika dan sub-tropika. Hanya 4 keluarga kelawar kecil yang tinggal dikawasan serdahana, dan jumlah spesies berkurangan, semakin hampir dengan kutub. Hanya dua keluarga kelawar terdapat dikawasan sub-artik dan hanya tinggal di situ pada musim panas.

Kelawar terbesar di dunia ialah keluang (flying foxes) atau "megabats", dengan nama saintifiknya Pteropus vampyrus yang terdapat di Malaysia dan ASEAN, Afrika, dan India. Panggilan "rubah terbang" (flying foxes) dalam bahasa Inggeris disebabkan muncung mereka yang panjang seperti anjing. Kelawar terbesar didapati di Jawa mempunyai sayap selebar 1.7 meter (5.6 kaki) dengan badan sepanjang 42 centimeter (16.7 inci).

Banyak spesies keluang lebih kecil daripada kelawar terbesar, bagaimanapun perbezaan antara keluang dengan kelawar berasaskan bentuk gigi, dan perbezaan jelas rangka dan bukannya berasaskan saiz semata-mata. Keluang terkecil adalah keluang hidung babi Kitti (Kitti's hog-nosed) sepanjang 2.9 centimeter hingga 3.3 centimeter (1.1 hingga 1.3 inci) dengan berat sekitar 2 gram (0.07 oz). Keluang ini juga merupakan mamalia terkecil. Perbezaan antara kelawar dengan keluang menunjukkan asal evolusi mereka berbeza, dan keluang dipercayai lebih baru berbanding kelawar.

Keluang pula menggunakan mata dan bukannya melalui bunyi untuk menentukan kedudukannya. Hanya satu genus keluang menggunakan gema dengan bunyi klik yang dapat didengari manusia, dan sistem gema itu hanya digunakan apabila terbang dalam kegelapan malam. Mata keluang adalah lebih besar berbanding kelawar. Bagaimanapun, kelawar tidaklah buta sepenuhnya dan mungkin menggunakan bentuk mukabumi sebagai penanda kasar ketika terbang.

Hampir keseluruhan spesies kelawar terbang pada waktu malam. Ini mungkin disebabkan untuk mengelak pemangsa, mangsa kelawar serangga lebih aktif pada waktu siang, untuk mengelakkan haba yang berlebihan yang terhasil ketika kelawar terbang dan dari panas pancaran terik cahaya matahari, dan mengelak daripada kekeringan (dehydration) disebabkan luas permukaan kulit mereka berbanding isipadu.

Pada waktu siang kelawar akan berihat di tempat yang gelap dan teduh seperti gua, rekahan, rongga pokok, rimbunan dedaun, tempat tersorok dibawah batu atau dedaun, dan di dalam bangunan. Sesetengah keluang yang besar juga bergayut dalam kumpulan yang besar di dahan pokok.

Disebabkan terdapat banyak spesies kelawar di dunia, pelbagai ciri-ciri yang membezakan antara satu spesies dengan satu spesies yang lain telah digunakan. Tetapi secara amnya, kelawar mempunyai badan yang dilitupi bulu, cuping telinga yang besar, cakar dibahagian kaki, dan juga sepasang sayap. Bahagian tangan kelawar mempunyai tulang lengan dan pergelangan tangan yang pendek. Ibu jari kelawar pendek dan mempunyai cakar digunakan untuk memanjat atau berjalan.

Secara amnya kelawar sukar berjalan ditanah dan hanya kelawar vampire mampu bergerak dengan tangkas ditanah. Jari-jari kelawar adalah panjang dan halus. Selapis kulis nipis yang liat menyambungkan jari-jari kelawar yang membentuk sayap kelawar yang melebar sehingga ke paras pinggang kelawar. Sesetengah spesies sayap kelawar memanjang sehingga ke kaki dan ekor. Gabungan sayap dengan jari pada kelawar memberikan kelawar keupayaan gerakan terbang yang tangkas dan menakjubkan. Kelawar juga mampu untuk terbang dengan perlahan. Sungguhpun begitu, struktur tulang jari kelawar masih menyerupai struktur jari manusia.

Selain itu kelawar mempunyai satu deria yang unik iaitu sistem gema (echolocation) yang pertama kali dibuktikan oleh Donald Griffin. Kelawar mampu menghasilkan 30 - 60 gelombang bunyi klik ultrasonik yang dibalikkan oleh permukaan sekeliling dan kembali sebagai gema kepada telinga kelawar. Kelawar akan menggunakan bunyi yang kembali untuk menentukan arah, jarak, dan bentuk keadaan sekeliling dan juga untuk menentukan kedudukan mangsa ketika memburu serangga.

Gelombang bunyi klik ultrasonik ini biasanya diluar pendengaran manusia dan menyerupai sistem yang terdapat pada ikan dolfin. Bunyi klik gema yang dihasilkan itu akan bertambah kuat apabila kelawar menghampiri benda yang dikesan itu. Dengan berpandukan sistem gema, kelawar menentukan keadaan sekeliling mereka melalui bunyi, dan ini merupakan asas keupayaan mereka untuk terbang didalam kegelapan malam atau masuk di dalam gua yang sempit. Ciri-ciri bunyi yang terhasil berbeza antara spesies kelawar. Denyutan bunyi dihasilkan di larynx, dan dalam spesies berbeza ia dikeluarkan melalui mulut atau hidung.

Kebanyakan serangga telah berkembang dan mampu mengesan bunyi klik ultrasonik yang dihasilkan oleh kelawar. David D. Yager dari University of Maryland telah menunjukkan bahawa mentadak (praying mantis) bukan sahaja mampu mendengar bunyi ultrasonik yang dihasilkan kelawar, tetapi juga menggunakannya untuk menyelamatkan diri apabila diburu kelawar.

Apabila mentadak mendegar bunyi ultrasonik kelawar, mentadak tahu dia sedang diburu dan mula membuat pergerakan mengelak. Mentadak itu akan meluruskan kaki hadapannya dan memanjangkan abdomentnya untuk berhenti. Kemudian mentadak itu akan menjunam ke tanah pada kadar 2 kali kelajuan biasa. Sekiranya masih dikejar, mentadak itu akan bertindak nekad menghentam ke tanah untuk mengelakkan dari dimakan. Selain daripada mentadak, beberapa spesies kupu-kupu juga mempunyai beberapa pergerakan mengelak apabila mereka mengesan bunyi klik ultrasonik kelawar.

Kelawar akan cuba meneka pergerakkan mana yang akan dilakukan oleh kupu-kupu dan sekiranya tepat, kupu-kupu itu akan menjadi hidangan makan malam yang lazat kepada kelawar tersebut. Kupu-kupu harimau (tiger moth) pula mampu menghasilkan bunyi klik ultrasonik. Bunyi klik ultrasonik tidak diketahui fungsinya samaada untuk memeranjatkan kelawar, dan membenarkan kupu-kupu harimau (tiger moth)lepas lari, atau sebagai amaran kepada kelawar bahawa kupu-kupu harimau itu tidak enak untuk dimakan.

Sungguhpun serangga telah menggunakan pelbagai cara untuk menyelamatkan diri daripada buruan sonar kelawar, kelawar masih berjaya menangkap mangsa lebih daripada lima puluh peratus cubaan. Sesetengah kelawar mempunyai frekuensi yang berbeza dengan apa yang dapat didengari oleh serangga. Perlumbaan senjata antara kelawar dan mangsa mereka serangga sentiasa berkembang kerana pihak yang kalah akan menjadi pupus, dan tempatnya akan digantikan oleh haiwan lain.

Bagi sesetengah kelawar yang hidup di kawasan bermusim, mereka berhadapan dengan keadaan dimana makanan berkurangan pada musim sejuk. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah kelawar berpindah dari utara ke selatan pada musim sejuk dan kembali ke utara pada musim panas. Sesetengah spesies kelawar lain pula bertapa (hibernate) pada musim sejuk. Kelawar yang bertapa biasanya membuat persediaan dengan makan banyak dan menjadi gemuk pada musim luruh.

Pada musim sejuk pula kelawar yang bertapa akan tidur lebih nyenyak daripada tidur biasa. Sebagaimana haiwan yang bertapa yang lain, ketika bertapa semua aktiviti tubuh kelawar seperti degupan jantung, dan pernafasan akan menjadi sangat perlahan. Kelawar bagaimanapun diketahui pernah bangun dari bertapa seketika kerana kelawar pernah dilihat berterbangan pada musim sejuk.

Ketika bertapa, kelawar akan menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga. Oleh itu sebarang ganggua ketika kelawar bertapa boleh mendatangkan kesan merbahaya kepada kelawar. Ini disebabkan kelawar yang bertapa hanya mempunyai bekalan tenaga yang terhad. Tenaga yang digunakan ketika kelawar terjaga adalah banyak berbanding tenaga yang digunakan ketika kelawar tidur. Kelawar akan terjaga beberapa kali ketika bertapa untuk menyisir badan, atau sekali-sekala terbang keluar, dan juga untuk berpindah ketempat yang lebih sejuk, dimana kelawar mampu hidup dengan kadar metabolisma yang lebih rendah dan menjimat tenaga.

Sekiranya kelawar terjaga terlalu kerap, ketika bertapa pada pertengahan musim sejuk, kelawar akan mati kelaparan disebabkan semua lemak badan telah habis digunakan sebagai tenaga. Kejadian ini pernah berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat pada tahun 1960an di mana sebuah gua di mana kelawar tinggal menjadi tarikan pelancung. Pelancung yang menganggu kelawar kerana ingin melihat kelawar-kelawar itu terbang menyebabkan kematian 100,000 kelawar yang mati kelaparan akibat terlalu kerap terjaga dari pertapaan (hibernasi).

Kelawar mempunyai sistem pembiakan dalaman dan melahirkan anak yang matang. Kebanyakan kelawar hanya mempunyai seekor anak setahun. Kelawar mengawan ketika bergayut dan dipercayai mempunyai sistem mengawan yang ringkas. Kelawar yang mengandung akan membentuk kumpulan koloni yang tersendiri yang terasing daripada kumpulan kelawar utama. Sesetengah spesies seperti kelawar "Mexican free-tailed" berhijrah sebaik sahaja mengawan. Kelawar betina akan menghasilkan lendiran yang mengawetkan sperma kelawar jantan sehingga mereka tiba kesarang baru.

Ketika beranak, ibu kelawar akan bergantung dengan menggunakan ibu jari mereka. Selaput ekor bertindak sebagai penyambut bayi yang dilahirkan ekor dahulu. Kemudian ibu kelawar akan bergayut dengan sebelah tangan sementara ia akan membersihkan anaknya dengan menggunakan tangannya yang sebelah lagi. Sesetengan spesies akan meninggalkan anaknya di sarang sementara sesetengah spesies kelawar yang lain akan membawa anaknya ketika memburu. Sekiranya kelawar itu membawa anaknya ketika memburu, anaknya akan ditinggalkan di sarang apabila ia menjadi terlalu besar untuk di bawa. Anak kelawar akan belajar terbang dan memburu untuk bedikari.

Sesetengah kelawar telah membentuk cara khusus untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kebanyakan kelawar menangkap serangga, sesetengah yang lain memakan buah-buahan, madu, haiwan bertulang belakang kecil, ikan, dan darah. Kelawar yang memakan buah bertindak menyebarkan biji benih bersama najis yang dikeluarkan ketika terbang. Kelawar yang memakan madu pula bertindak menyebarkan debunga antara bunga. Kelawar yang memakan haiwan vertebrata (bertulang belakang) kecil pula di kenali sebagai kelawar vampire (pontianak) palsu (false vampire).

Kelawar vampire palsu ini memakan mengkarung, katak pokok, burung, tikus (rodent), dan spesies kelawar yang kecil. Kelawar vampire palsu ini mempunyai gigi dan sepasang rahang yang kuat yang digunakan untuk mengigit leher mangsa. Kelawar vampire palsu hanya selebar 2 kaki dari hujung ke hujung sayap, oleh itu mangsa mereka agak kecil. Kelawar yang menangkap ikan pula akan terbang di permukaan air dan menyambar ikan dengan menggunakan kaki mereka dan mencekam dengan cakar tajam mereka. Kelawar itu kemudiannya akan membunuh ikan tersebut dengan mengigitnya.

Kelawar yang paling dikenali ramai adalah kelawar vampire (pontianak). Kelawar vampira hidup dengan meminum darah ketika mangsa mereka sedang tidur. Kelawar vampire mempunyai gigi incisors yang besar. memiliki lidah yang khusus, dan mempunyai air liur yang mempunyai bahan yang menghalang darah beku. Kelawar vampire juga mempunyai keupayaan untuk bergerak dengan pantas di tanah agar mereka dapat melarikan diri sekiranya mangsa tersedar dan pada masa yang sama mereka terlalu kenyang untuk terbang lari.

Ramai orang yang salah anggap mengenai kelawar. Mereka menyangka semua kelawar mengidap penyakit gila. Sebenarnya kurang daripada 1% dijangkiti dengan penyakit tersebut. Ada pula yang beranggapan bahawa kelawar akan tersangkut pada rambut, tetapi sebenarnya sistem sonar kelawar membenarkan mereka mengelak walaupun seurat benang yang direntang menghalang dihadapan mereka. Terdapat juga anggapan bahawa kelawar minum darah, tetapi sebenarnya hanya tiga spesies kelawar yang minum darah dan hanya terdapat di Amerika Latin. Mangsa utama kelawar vampire ini adalah lembu.

Kelawar sebenarnya amat berguna kepada manusia. Banyak kelawar yang menghisap madu membantu pendebungaan. Kelawar yang memakan serangga pula membantu mengawal jumlah serangga. Sebagai contoh seekor kelawar perang kecil (little brown bat) mampu makan 600 nyamuk sejam. Selain nyamuk, kelawar juga turut memakan serangga perosak yang lain pada kadar 38,000 kumbang timun (cucumber beetles), 16,000 kumbang Jun (June bugs), 19,000 kumbang busuk (stinkbugs), dan 50,000 pelompat daun (leaf hoppers) dalam satu musim panas.

Sungguhpun kelawar berguna, ia boleh menjadi merbahaya dalam beberapa keadaan. Tahi kelawar, atau guano diketahui mempunyai spora dan kulapuk yang menyebabkan Histoplasmosis, jangkitan paru-paru serta penyakit lain. Kelawar yang dijangkiti penyakit gila boleh menjangkiti manusia melalui gigitan. Sekiranya sesiapa perlu mengendalikan kelawar, adalah penting untuk memastikan mereka memakai sarung tangan tebal bagi mengelakkan jangkitan. Bagaimanapun kelawar yang dijangkiti akan mati dengan cepat dan jarang sempat merebak kepada kelawar yang lain. Di Amerika kurang daripada 25 orang dijangkiti oleh kelawar dalam tempoh 50 tahun.

Kelawar merupakan haiwan yang menakjubkan. Kelawar telah berubah bentuk dan mampu terbang, menggunakan sistem gema echolocation untuk melihat, bertapa, tidur diwaktu siang, bergayut kepala kebawah, dan pelbagai lagi keupayaan yang berbeza antara spesies. Sesetengah kelawar yang besar, dikenali sebagai megabats dipercayai oleh sesetengah pakar sains sebagai mempunyai kaitan dengan primate. Ini disebabkan kelawar tersebut mempunyai tisu otak yang serupa. Ini menunjukkan kelawar sesungguhnya sejenis haiwan yang mempunyai keistimewaan yang luas.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard