Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Alam haiwan--ampai-ampai


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Alam haiwan--ampai-ampai


AMPAI2

Ampai-ampai (juga dikenali sebagai ubur-ubur kerana mereka bukannya ikan sebenar) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum Cnidaria, termasuk dalam kelas biologi Scyphozoa. Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas biologi yang berkait dengan medusae (Hydrozoa) dan ampai-ampai kotak ( box jellyfish ) (Cubozoa). Hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur organ mereka mempunyai ciri-ciri tisu khas.

Bentuk dewasa ampai-ampai terdiri daripada 95-99% air. Kesemua spesies terdapat di kesemua lautan dunia , kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Kebanyakan ampai-ampai terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka. Ampai-ampai mempunyai sistem penceranaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis. Mereka merupakan Coelenterates yang bererti "perut lopong hollow gut", dan terdiri daripada lapisan kulit epidermis, gastrodermis, dan lapisan seperti gel yang dipanggil mesoglea yang memisahkan epidermis dari gastrodermis.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard