Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah alangkah bercahayanyawajahmu Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat? Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil.?Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu??Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namakudi depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.?