Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Lampu suluh


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Lampu suluh


Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir. "Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..

kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad. "Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang. Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya. .dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor...... tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.."Doktor berpuas hati. Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard