Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: mana dia surat itu??


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:
mana dia surat itu??


Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.

Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah

Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan? Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!.biggrinbiggrin

__________________
terdengar bisikan mesra..kalimah keramat bermantera...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

huhu..buruk peragai..tak dijemput pun nak datang gak..
datang makan dgn gelojoh plak tu..
takleh amik pengajaran betul..
dah la nak mengelentong pun kantoi..
wat malu bangsa & negara jer..huhu!


__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Bijak tul org tu...siap pak gaurd pon kn tipu

Nanti org aku try test at kat umah perdana menteri la...huh

__________________
Biso Bonar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard