Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Orang Yang Takda Komputer Dan Email


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:
Kisah Orang Yang Takda Komputer Dan Email


Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan. Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. Setelah bersetuju Penjual insuran berkata.. Minta email Puan Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email. Wanita itu menjawab: Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya


__________________
terdengar bisikan mesra..kalimah keramat bermantera...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

moral kisah ini ialah: bukan memiliki segalanya menyebabkan kita berjaya tetapi kebijaksanaan menggunakan apa yg ada yg menyebabkan kita berjaya. Kalau banyak belajar tp tak dapat gunakan walau salah satu darinya lebih baik jd macam ah beng yg tak pandai belajar, sstop mengaji sampai spm, belajar repair moto kat kedai bapak dia, lepas 5 tahun dah boleh bukak kedai sendiri padahal kite dok baru nak sibuk2 nak konvo. MANA SILAPNYA?

-- Edited by viovox at 18:09, 2008-07-31

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard