Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat ".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu
Beberapa bulan kemudian
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?
__________________
why on earth people always do something stupid for the sake of love????
lelaki mulia macam aku ni memang masih wujud lagi sayang.... dah la mulia, hensem bukan kepalang plak tu.... duit dalam KWSP pun ada kepok-kepok.... so abang jofrie la yang dimaksudkan tu....
tapi maaflah, abang ni pencinta wanita yang cun-cun aje... yang muka senget cam kaktusbulu tu abang tak pandang.... pada pandangan abang, macam nora danish tu kira buruk la lagi.... betapa memilihnya abang...
Lelaki tampan bak kumbang mekar sungguh ssh nk cari....hanya 1/10 000 org lelaki je bersifat cam gitu.....tp lelaki leh kawen 4 kn...kn... so...kouta aku masih kosong ni...cpt apply spe nk....mengikut hireki alam..sape cepat dia dapat....
Cepat jgn tak cepat......Cepat jgn tak cepat......eeewah...eeewah...(joget lambak jap...)
ko cleaner..nak cukupkan kuota 4 org..duit cukup x??? nasihat aku sbelum nak cukupkan 4 bini, ko pi telan air tongkat ali setangki..x pun ko mkn tongkat ali 2..kalo x cukup..tongkat nenek aku pun aku boley bg ko telan..ha3!!!
ek eleh..... aku cukup mnyampah nagn budak togel tu...... kat sini rupanye ko ye.... td aku suh kemas ko dah kemas ke blum pinggan mangkuk kat blakang tuh....... dok ngorat wanita2 cun gc ni je...... dah.... dah.... gi buat keja... aku gi kuar jap gi bank pun ko leh mngular samapi ke bini2 4 punye citer.... dah ingat skit bini ko kat bangla tu.............
eh... ngape ngan riepan tu dia kaya sgt ke smpai bkepok duit kat kwsp..... setau aku dia baru keja 3 bulan...... ke dia tipu aku selama ni...... dasar buaya kedekutttt....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
ada ke lelaki mcm tu lagi.. yg aku tengok lelaki semua nak yg sedap mata memandang. tapi apa pun moral of the story ko ni memang bagus... lelaki baik hanya utk wanita baik jer
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
betul tu ej... lelaki baik cam abang rie ni memang dicipta khas untuk perempuan baik cam waheeda wassini tu... malah seperti dah menjadi full pakej... abang bukan saja baik hati, malah memenuhi tuntutan islam Hadhari.... cepatla... abang tengah buat promotion ni... sapo nak jadi bini abang... sila isi borang sewa kedai ni dulu....
(tetiba radinnaz datang tanpa segan silu mengisi borang permohonan membeli rumah, iaitu borang yang takde kena mengena ngan borang mister rie tu)