Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mengenai Penyakit Resdung


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Mengenai Penyakit Resdung


Pengenalan

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala- gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya (sinus.

APAKAH SINUS?

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka disekeliling hidung. Rongga-rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran-aluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika aluran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman bacteria akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan di dalam lapisan hidung.

Gejala- gejala sinusitis

    * Sumbat hidung
    * Lendir dari hidung dan tekak
    * Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
    * Sakit tekak yang berpanjangan & berulang
    * Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan berkaitan dengan gejala diatas.
    * Gejala alahan hidung seperti terbersin , gatal hidung dan sebagainya.

Punca-punca sinusitis

    * Susunan tulang dalaman hidung yang sempit.
    * Hidung yang bengkok
    * Menyelam/ mandi/ terjun di dalam air yang kotor
    * Jangkitan gigi atas.
    * Ketumbuhan dalam hidung
    * Objek dimasukkan ke dalam hidung contohnya putik kapas
    * Tisu belakang hidung yang bengkak (codenoids) terutama bagi kanak-kanak.

Kemudaratan sinusitis (komplikasi)

    * Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
    * Jangkitan otak
    * Sakit tekak yang
    * Jangkitan tulang muka
    * Menerukkan keadaan lelah.
    * Berdengkur secara kronik
    * Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil terutama bagi kanak-kanak.
    * Alahan hidung/ hidung yang sensitive
    * Selsema biasa yang melarat

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK HIDUP SIHAT?

Penyiasatan

    * Skop hidung- untuk melihat punca sinusitis
    * CT Scan hidung dan sinus- untuk melihat kawasan sinus yang terlibat

Rawatan

Berdasarkan gejala-gejala pesakit dan hasil penyiasatan, Rawatan yang sesuai disyorkan.

    * Antibiotic
    * Ubat selsema
    * Ubat titis hidung/ spray hidung

Jika gejala-gejala ini masih berterusan satu kaedah baru di mana rongga-rongga sinus yang terlibat dibuka menggunakan alat-alat khas dibawah penglihatan skop (functional endoscopic sinus surgery). Kaedah ini tidak memerlukan belahan di kulit dan segala prosedur dibuat di dalam rongga hidung.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

wah bagus2 byk informasi...

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Wah...bagus...byk serombong kapal.......hush....

__________________
Biso Bonar


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
RE: rawatan Penyakit Resdung bhgn 2


RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Mohamad menegaskan, penyakit resdung sebenarnya dapat dirawat dengan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik bagi mengurangkan radangan. Selain mengurangkan radang dan alahan terhadap sesuatu ia juga berfungsi untuk membuka ostia (ruang) yang tersumbat.


"Kebanyakan sinus akut dapat diredakan dengan rawatan ubat-ubatan di mana antibiotik berfungsi untuk membunuh kuman yang telah membiak," katanya.

Sebaliknya, sekiranya ia tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan, penyakit ini perlulah dirujuk kepada pakar. Menurut Dr. Abdullah Sani, pakar-pakar ENT akan menggunakan endoskop dan meletakkan ubat-ubatan di pintu-pintu ostia terus masuk ke rongga hidung untuk membuka ostia ini.

Bagaimanapun, sekiranya prosedur ini tidak berjaya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil iaitu dengan menusuk jarum masuk ke dalam rongga sinus maxilla dan menyembur air untuk mengeluar dan membasuh rongga sinus.

"Melalui kaedah ini, ia dapat melegakan sakit yang dialami serta merta dalam tempoh 24 jam," katanya.

Beliau memberitahu, kaedah terbaru dalam rawatan sinus ialah kaedah pembedahan yang dikenali sebagai endoscopic sinus surgery untuk membesarkan pintu-pintu ostia tersebut.

Kaedah pembedahan

Menurut beliau, dengan menggunakan kaedah ini, doktor dapat melihat lebih dekat pintu ostia dan faktor-faktor yang berpunca dari keturunan (polip), laluan turbinate.

Ini kerana punca-punca inilah yang menyebabkan ostia tersumbat. "Kaedah pembedahan ini bukan sahaja dapat membuka ostia menjadi lebih besar, malah ia dapat membesarkan pintu ini supaya ia tidak tersumbat lagi," katanya.

Pada masa yang sama ia juga dapat mengeluarkan polip (ketumbuhan) di samping memperbetulkan kelainan turbinate hidung dan memastikan faktor-faktor yang menyebabkan sinusitis. Bagi pesakit yang menghidap sinus kronik, kaedah yang sama juga digunakan untuk membuka ostia atau rongga sinus supaya semua cecair dapat mengalir semula secara normal.


APAKAH DIA SINUS

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia. Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak. Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penya-kit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid

APAKAH SINUSITIS

Sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan sinusitis.

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila
berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinusitis.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan berlakunya sinusitis.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila
seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Sinusitis bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS SINUSITIS

* Sinus akut
* Sinus kronik

SINUS AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.

Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian kepala bahagian depan terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

SINUS KRONIK

Sekiranya sinus akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu semuanya dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk sinusitis pada peringkat akut. Serangan sinusitis akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.

Seseorang yang menghidap sinusitis pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

* Sakit di muka berkurangan
* Tanpa demam tetapi hingus bertambah
* Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

* Cecair akan keluar melalui belakang hidung
* Ada kalanya hidung tersumbat


INDIVIDU BERISIKO

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat.
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok.
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate
iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat sinusitis kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Sinusitis yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:
RE: Mengenai Penyakit Resdung


byk maklumat ko kali ni pn amir...

itu la yg aku rungsing ngan beb ekor makluk dubuk tapir tanah tu.... sape lagi si icu, mat gedik, zulabi, cleaner ngan riepan sbb diaorg ada simptom2 di bwh ni

Kemudaratan sinusitis (komplikasi)

* Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata

* Jangkitan otak (ni yg kronik ni)

* Sakit tekak yang teruk (sampai berjangkit kat aku ni)

* Jangkitan tulang muka (si riepan la tu sape lagi)

* Menerukkan keadaan lelah (semput jadiknye sape yg terjangkit ni)

* Berdengkur secara kronik (ni yg paling tahap kritikal ni...si zulabi la sape lagi)

* Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil terutama bagi kanak-kanak (abis ank2
baboon kena jangkit)

* Alahan hidung/ hidung yang sensitive (sbb mcm serombong asap sape lagi mat gediks)

* Selsema biasa yang melarat ( ni la yg kena kat aku disebabkan makhluk2 di atas....
aaaaaaaaaaaaaaaaachummmmmm)


__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Ada lagi....

*Purut tahap sembelit (ni penyakit rajin ble dlm tandas...)
*Sang pertapaan (ble nenek rajin dlm tandas, beliau akan jd sang pertapaan)

(jauhi dadah ingt la org yg tersayang....Ngee~ meroyan jap)

__________________
Biso Bonar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard