Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?" Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang ... !!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu? meh kita bincangkan!



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Butui tu...aku tgk kat kedai ABC, nenek rajin buat aksi akrobatik dgn makan mengunakan kaki beliau....huh sungguh kurang vitamin tol.....

Dh la mkn sampai menjilat ibu jari kaki....Hushhh....

__________________
Biso Bonar


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

btoi2x...aku suke kalo org makan gune kaki..bukan ape sbb aku sendri pun tak bleh nak buat..kalo la aku bleh buat dah tentu aku makan sendiri gune kaki....ko mesti terorkan cucitandas ???????

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

biggrin.gifHuh bangga aku m'jd Melayu y memiliki warga yang bijak pandai mcm tengku kudin tu..
Pd Clenaer y slma ni suka memberus jamban dgn berus jamban tukar2la tabiat anda gn tangan lak..mst jamban anda diyakini lbh bersih

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

betul2 tu..
aku sokong sesangat..
kekadang aku tengok org yg makan guna sudu tu x fikir kot2 bangla yg tangan berbulu yg basuh sudu tu.., dah tu kain lap dah berbulan2 x cuci digunakan..
ni berdasarkan pengamatan akuler..

__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Huh...sudah ku praktik dgn teknikal n tenaga batin utk mencuci tandas menggunakn tangan...tp apekn daya...bdk2 OKU di gc ni tak bermoral langsung....huh

Ade ke ptt kencing angkat kaki sebelah...abis segala ketempiasan najis muhaffafa tersebar tanpa di bendung.....lgi satu yg aku takpuas ati ni...bdk2 OKU leh plak berak sambil sehati berdansa.....cipan tahap kentut tul...hush....

Senarai bdk oku yg membuat aksi nirojim ini :-
-mat the gedik
-zul
-icu
-fizie
dn seangkatan ngan mereka

ngeee~.....

mne Keadilan... mne keadilan....erk..dh lari topik ni....

__________________
Biso Bonar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard