Parlimen dibubar hari ini untuk pilihan raya umum ke-12
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari ini.
Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Katanya beliau sudah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.
Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.
Ketika pengumuman yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.
Katanya jentera BN sudah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Senarai calon sudah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.
Menurut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.
Bagaimanapun beberapa pilihan sebelum ini diadakan dalam tempoh 16 hingga 20 hari dari tarikh pembubaran. - Bernama
PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.
Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:
``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.
Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Ibni Almarhum Tuanku Zainal Abidin Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.
Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.
Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat. - mks.
sapa nak jadi calon cepat isi borang huhuhuhu
(ambil korang 3versi aku bagi huhuhuh)
-- Edited by ZUl at 13:34, 2008-02-13
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
takpe la....dah bubar pun bubar la..... yg penting lepas ni harap pucuk pimpinan akan dtg akan lbh membanggakan dn bayk la lagi pekdah2 yg diperolehi.... terutamanya pemberian bonus....
bukan cam riepan... bonus hape pun tak bagi..... tp sib baik nak jugak dia belanaj lolipop... jadik la
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
cantik...... aku xsabar nk pasang bendera parti2 yg bertanding..... xsabar rasanya nk pergi mengundi............... hehehehe En zul memgundi ke....??????
budak togel... keja kat blakang tak siap lagi tuh..... zul dpt tau bubar tu pun dari paper tau.... sesuki ati ko je nak gi blah..... kang aku sula ko letak kat tiang seri blakng kedai tu baru tau......
ni la dia ank didik riepan... suka sgt nak bshoppin...... beli apa lg... beli spender la tu....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
ala rie...ko nak bubar pun bubar la aku tak kisah..... wp ko nanti tak jadikan aku modest pun aku ttp pengerusi tetap wanita2 tercun gc ni....... hidup WANITA....... tp kalu ko just nak buat undi gay2 cerita....calon first yg aku paling setuju adalah si GAB, kedua MAT n ketiganya ZUL........ caya laaaaaaaaaaa.....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
wahai radinaz ini adalah provokasi yang amat haram jadah sekali lelaki sabaik dan seberiman macam aku boleh duduk raking ke tiga dalam calon gay cerita .... semua tohmohan tersebut tidak berasas sama sekali hanya mereka yang dungu sahaja terperdaya dgn helah OKu tersebut jadi sya merayu kepada semua rakyat GC jgn tertipu dgn tipu helah murahan tersebut.....jadi undilah sya sebagai calon no1 gay cerita (alamak tersasul lah pulak)
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 24 Februari dan hari pengundian pilihanraya umum ke-12 ialah pada 8 Mac ini.
Pengerusi SPR Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putra Jaya hari ini.
Pengumuman tersebut dibuat selepas pembubaran parlimen dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Bawadi, semalam. - mr
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pemilihan 222 Ahli ke Dewan Rakyat, manakala Perlembagaan-perlembagaan Negeri pula memperuntukkan pemilihan sejumlah Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri.
Bilangan Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri adalah seperti di Jadual 1:
JADUAL 1 : KERUSI-KERUSI PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
Pembentukan kerusi-kerusi Parlimen dan Negeri dibuat melalui urusan kajian dan persempadanan semula seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan untuk membenarkan pilihan raya yang lain jika undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri membenarkan. Suruhanjaya telah menjalankan pilihan raya untuk pihak berkuasa tempatan/majlis sebelumnya dan Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memberi maklumat tentang perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pengisytiharan darurat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964, pada 18 September 1964 pilihan raya pihak berkuasa tempatan digantung. Penggantungan ini tidak pernah dibatalkan dan pada tahun 1976, pilihan raya pihak berkuasa tempatan dibatalkan. Semua ahli majlis adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri.
sedikit maklumat untuk kau org huhu......
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
fuhhh...nasib baik la ade GC nih..kalo tak mmg aku tak tau nye..maklumla..aku nih malas skit nak tengok brite/surat kabar...balik keje je yg aku tau aku mandi,makan pastu tido..tu je la rutih harian aku..hehehe
ahhhhh...malasla nak layan bende camnih....kekadang tuh rasa cam tak best je...kita penat2 beratur sampai dua tiga jam naik kebas kaki....banyak kekadang tuh keputusan upset....betul ke semua nih telus........huhhhhhhh....kenapa nak memanjangkan tempoh perkhidmatan orang yang dah sepatutnya bersara...kenapa dah takdak candidate yang berkelayakan ke kat malaysia nih....all this thing show...how they cheat us...minyak akan naik lagi lepas nih...just wait and we will see what will happen after election....kenapa kita yang hidup kat salah satu negara pengeluar minyak terpaksa membayar harga minyak yang tinggi...tengok negara yang paling hampir ngan kita...brunei....kalau nak compare biarla sepadan....jgnla nak comparekan ngan negara bukan pengeluar minyak...memangla rega minyak kita murah...tapi cuba bandingkan ngan negara2 pengeluar minyak....tinggi oooooo.....habis apa guna duit keuntungan petronas yang 80 billion tuh...cuba ambik 20 billion untuk bagi subsidi minyak...kan ke boleh murah...kenapa perlu dipolitikkan dalam memberi bantuan ataupun pinjaman...padahal even u not support "them" pun nak kena bayar income tax juga...purata setahun aku kena potong lebih kurang hampir 1000...korang tak rasa ralat ke bila nengok kat satu2 tempat tuh..masih ada lagi orang yang tinggal kat rumah yang tak layak dipanggil rumah pun....apalah salahnya kalau duit 90 juta yang diperuntukkan untuk angkaswan tuh kita gunakan untuk bantu org2 miskin....duit yang tah berapa ratus juta untuk monsoon cup kat trengganu tuh...boleh buat mende yang lebih perlu...aku bukan ahli politik....apa salahnya kita back to the basic thing...buat bende yang perlu dahulu....huh..........nonsense.........
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.
kau marah radinaz mie penang disebabkan org cam beliau semua kena tangung kesusah semua benda nak buat minta duit pastu kerajaan nak dapat balik duit tu dia naikan harga baragan dan juga cukai tengok cam aku nie semua ikhlas dan rela hati tanpa minta balasan
zul : radinaz..oh radinaz
radinaz : apa hal(berlagak)
Zul : macam maner nak mintak duit minyak & tol dng YB
radinaz : hempeh....cakap xserupo bikin
zul: weh diam ahhh malu aku....
__________________
Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
suka ati la nak sokong ke tak sokong... aku bab2 politik bukan pandai nak bdebat sgt.... sbb aku ni pun keja kerajaan...kang kata lebih kerajaan jugak amik kita keja... kat IPTA jugak aku bekerja..... apapun undi tetap undi.....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
bagi aku semua ni tipu je.......... pilihanraya kat malaysia ni hanya sekadar ambik syarat je.... kalo aku cite korang kata aku tipu.......... SPR x telus sebenarnya.... contohnya tentera diaorang xkan mengundi,cuma diwakilkan sahaja kepada mereka yg berpangkat besar................ abang aku pernah ditawarkan RM 800 utk mengundi kat kelantan........... semua ni pengundi antu la tu....................
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
argghhhh.....tensen...tensen...nak makan pun kena tax...5% gov. tax oooo...bayangkan la...tuh baru makan....road tax lagi...cukai pintu lagi...cukai tanah lagi...income tax....huh...kena pi kerja naik beskal la lepas nih...bayangkalah sesapa yang gaji bawah dari 1K sekarang nih....
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.
dan undi2 pos tuh sebenarnya telah di standbykan untuk kawasan2 yang bermasalah bagi mereka...tahu tak korang bahawa setiap kawasan tuh ada cula undi...pihak JKKK atupun cikgu2 sekolah tadika kemas tuhla yang buat kerja semua nih...daripada situ mereka dapat tau bilangan undi sesuatu kawasan...jadi kalau tempat tuh depa takleh nak makan...maka akan ada undi pos yang distandbykan untuk kawasan tu...kalau betulla bende nih betul2 telus...kenapala kepala SPR tuh tak berani nak bersumpah untuk membuktikan bahawa tidak ada penipuan...kalau tidak silap akula ustaz hadi awang ataupun mat sabu telah mencabar beliau untuk mengaku secara bersumpah dengan al-Quran bahawa tidak ada penipuan...kenapa tak berani.....cessssssssssssss........
-- Edited by Mie Penang at 16:57, 2008-02-14
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.
aku setakat ari ni.....nama aku xde kat SPR jd aku xleh mengundi walaupun dh daftar, kalo bleh ngundi pon blum tau lagi aku nak ngundi ke x.....semua ni tipu je..................aku x percaya kat spr
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
aku rasa berjuta-juta ringgit abis time2 nak pilihan raya ni..ngan kempen sana sini, bendere merata tempat..ada juga yg lebih advance...membazir je... aku still x leh mengundi, ha3!!! sedangkan pilihan raya kampus aku x undi, ni kan pula pilihan raya sebenar..