SHAH ALAM: Kira-kira 11,000 kakitangan awam pelbagai pangkat serta sektor kini tidak lagi mencapai tahap 100 peratus produktif kerana dibebani pelbagai masalah termasuk kesihatan dan prestasi kerja tidak memuaskan tetapi tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Bagaimanapun, berdasarkan pekeliling baru Jabatan Perkhidmatan Awam, golongan terbabit boleh diminta bersara awal jika terus dibebani pelbagai masalah seperti itu bagi memastikan sistem penyampaian agensi kerajaan sentiasa dalam keadaan terbaik.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata bagi kakitangan awam yang mengalami masalah kesihatan, prestasi kerja mereka menurun dan pemeriksaan kesihatan yang kerap menyebabkan sering tidak berada di pejabat.
Kakitangan awam yang mengalami masalah kesihatan akan sering menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyebabkan tugas rutin mereka di pejabat tertunggak.
Ini menyebabkan prestasi kerja mereka menurun selain kakitangan lain terpaksa melakukan tugas itu untuk menggantikan mereka, katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Golongan kedua yang tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib pula menunjukkan prestasi kerja tidak menggalakkan tetapi tidak mempunyai masalah disiplin.
Menurut Omar, Cuepacs menolak Skim Pemisahan Sukarela (VSS) untuk kedua-dua golongan berkenaan kerana mereka akan kehilangan pelbagai faedah seperti pencen dan sebagainya.
Jika mereka bertugas di sektor swasta, (jumlah pampasan) VSS yang diterima adalah tinggi tetapi bagi kakitangan awam, jumlah diterima sedikit saja.
Oleh itu, bagi memastikan mereka meningkatkan prestasi kerja terbaik, kakitangan terbabit akan diberikan khidmat kaunseling dari semasa ke semasa mengikut keperluan, katanya.
Kaunseling itu pula hanya akan diberikan terhadap kakitangan awam yang gagal meningkatkan prestasi kerja masing-masing untuk tiga tahun berturut-turut.
Menurut Omar, kaunseling diberikan bertujuan memastikan mereka tidak berterusan begitu tetapi bukan selama-lamanya mendapat keistimewaan berkenaan.
Ini kerana, jika mereka masih gagal meningkatkan prestasi masing-masing mengikut tempoh diperuntukkan, mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.
Kaunseling ini sudah berjalan di jabatan kerajaan yang mempunyai masalah itu dan setakat ini, memang ada kakitangan awam diminta bersara awal kerana masalah berkenaan.
Jumlahnya amat kecil tetapi perlu diambil perhatian serius kerana ia berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Cuepacs berharap kakitangan yang diberikan kaunseling mengikutinya dengan baik dan meningkatkan prestasi masing-masing, katanya.
Menurut Omar, kakitangan awam yang bersara awal pula tidak akan menerima pencen atau faedah lain sehinggalah mereka mencapai umur persaraan.
Artikel ni baru kuar dalam surat khabar METRO semalam..2 ler..kan dah terperangkap...apa komen kengkawan lak.
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
aku rasa kan golongan ni yg bermasalah dgn bos dia sndiri...suh buat keja malas byk sgt alasan..... suka ponteng... suka ngular WP KEJA MELAMBAK.... kalu keja siap bos takkan bising punye... pastu yg suka sagt punch pg tp btg idung tak nampak tp ptg ada lak punch out.... pastu kutuk kerajaan tak abis2 tp keja ngan kerajaan gak.. kira semua yg bermasalah laa...... setuju tak ngan aku ej
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
yes modest.., aku setuju juga dgn ckp ko tu. byk benda ni terjadi. terutamanya kat kawasan putrajaya nyer pejabat gov. Aku ada sorang kawan, Kawan kpd kwn aku ni keje kat sana, siap dia info dia cuma dtg tunjuk muka, punch card n balik rumah tido, bila time balik dia dtg punch card utk kuar. x patut kan.. ntah aperler org mcm 2. x amanah langsung
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
waduh waduh...tidak semua macam tu bah..kalu korg datang opis aku korang akan cakap " bizinye keja dgn gov "...surang punya kerja kena buat mcm 10 urang punya kerja.. kadang2 aku terpikir kenapalah kerajaan susah sgt nak ambil pekerja ramai2..nak kena tunggu iklan kluar bru blh aply..padahal yang keja dekat upis aku makcik2 yang sakit jantung,strok,kencing manis,darah tinggi,..smua yang berpenyakit n tunggu ari nak mati..eh!tunggu ari nak pencen... tinguk mcm skrang..jam da pukul 9.17 pm aku still dekat opis..tp bukan buat kerja layan GC jap..tu pasal org kata keja kerajaan makan gaji buta.Eheh!aku ni belah sapa ni...huaaa
HUsh....mmg la..pekerja kerajaan byk yg kate senang...tp aku tgk sendiri sume same je...takde beza pon ngan swasta....cme kat kerajaan tu ada sesetgh department mmg tak byk keje...keje diorg makan tido.....tido mkn.....
eh... kalu makan tido tu bkn keja ko ke togel..... maaf la sbb ari tu sekali aku nmpak ko tido kat stor blakang tuh.... pastu aku malas nak kaco....siap meleleh air liur aku tgk... pastu bila ko bgn ko terus makan nasik sup ekor..... bukan makan tido ke namanya tu
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
betul dan bersangatan jua pernyataan di atas nih....!! org2 yg keje ngan gomen nie bukannya wat keje pon, ngulor jer tau...
8.00 : member tlg punchcard. 8.30 : masuk opis kacau org len. 9.00 : klua minum pagi beserta ngumpat.. ( kalau pompuan lagi la... ) 10.00 : masuk opis balik, tgk la pa2 yg patut... 11.00 : baca paper, tak pun layan internet... 1.00 : klua makan. 2.00 : masuk opis sembang pasal politik tak pun ngumpat lagi... 3.30 : main karom, kalau pompuan lak mengait ler kejenyaaa.... 4.30 : balik la... 5.30 : member lagi skali tlg punchkan.....
ini ke perkhidmatan yg terterer....!! ngeeeeeee........!!
Hush...ketepatan asbestos amat bener2 skali....tiada yg bener melaikn bener.... sungguh nirojim koje mereka yg buat cam ape yg di senarai hitamkn oleh asbestos tu.....
Sib baik aku tak keje gomen....Ngee~ bdk gomen...lari2.... run for your life....