Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: toyol dari nusantara


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
toyol dari nusantara


Manusia dan wang seolah-olah isi dengan kuku. Akrabnya manusia dengan wang bermula sejak wang dicipta sebagai pengganti nilai barangan, servis dan idea urusniaga. Sejak kertas digunakan sebagai wang, manusia boleh membawa dan menyimpan wang yang banyak dengan mudah kerana ia jauh lebih ringan. Ini juga memudahkan toyol melaksanakan tugasnya.

Wang, emas, intan berlian dan permata adalah simbol kemewahan. Anda ada pilihan sama ada untuk menyimpannya di rumah atau di bank. Menyimpan wang bernilai seribu dua di rumah dianggap perkara biasa. Barang-barang kemas biasanya disimpan di rumah saja. Pendek kata, jika toyol datang ke rumah anda, ia tidak pulang dengan tangan kosong.

Apakah itu toyol sebenarnya? Ia adalah makhluk yang wujud di alam Melayu saja, di Nusantara. Sekiranya anda berada di negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Selatan Filipina, anda bolehlah dilawati oleh toyol. Dikatakan bahawa toyol adalah makhluk kecil, tingginya kira-kira 30 sentimeter, berkelapa botak dan matanya merah. Ia 'dicipta' menggunakan sihir (ilmu hitam) oleh bomoh. Ia dicipta dari janin yang mati sebelum lahir. Bomoh-bomoh ini ada menjual toyol, tapi buat masa sekarang belum ada bomoh yang menjual toyol secara online.

Memang sudah lumrah manusia suka cari jalan mudah dan cepat, apatah lagi dalam mengejar cita-cita jadi kaya-raya. Sebab itulah Skim Cepat Kaya akan cepat mengkayakan pelopornya dan memiskinkan pelaburnya. Hal yang serupa juga berlaku dalam hal toyol-moyol ini.

Diberitakan bahawa ada orang sanggup pergi haji semata-mata sebagai pelaburan untuk membawa pulang toyol. Kononnya anda boleh 'engage' toyol jika anda peluk tiang jin di Mekah. Itulah persoalannya. Dari manakah asal toyol sebenarnya? Dari tanah Arab atau hanya di sekitar Nusantara? Benar atau tidak toyol dibawa pulang oleh tok haji masih jadi tandatanya. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan imej tok haji kerana rasa cemburu melihat mereka selalunya banyak wang lantas kaitkan puncanya dengan toyol.

Sesiapa yang membela toyol akan menggunakan khidmat toyol untuk mencuri barang-barang kepunyaan orang lain. Tiba-tiba wang atau barang kemas hilang secara misteri. Jika toyol curi wang, ia akan ambil paling banyak pun 90% dari wang yang ada. Kalau tidak dicuri oleh toyol kepala hitam, ia mungkin dicuri oleh toyol sebenar toyol. Toyol juga boleh lakukan sabotaj dan jenayah kecil, tapi ia tidak mampu lakukan jenayah besar seperti membunuh orang (kes toyol ini kes juvenile saja).

Sifat toyol ini juga pelik sedikit. Perangainya macam kanak-kanak yang berusia tiga empat tahun. Memang pun ia jin yang masih kecil, umurnya sekitar 200 atau 300 tahun. Sebagai budak jin, ia lurus sedikit. Banyak juga perkara yang boleh menjadi umpannya atau yang boleh menakutkannya. Sekiranya anda letakkan jarum-jarum di bawah wang anda, ia tidak akan ambil wang itu sebab takut dicucuk jarum. Hal jin dicucuk jarum ini memang pernah berlaku. Iblis, raja segala syaitan jin itu buta sebelah matanya kerana tercucuk jarum.

Walaupun boleh mudah dapat wang bila membela toyol, harga yang perlu dibayar bila membelanya adalah mahal. Ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Bila berurusan dengan jin, biasanya memanglah ada syarat. Toyol minum darah tuannya, biasanya ia 'menyusu' dari jari tangan atau jari kaki. Tidak cukup dengan itu, toyol juga perlu dimanja dan dibelai, serta diberikan hadiah permainan dan gula-gula. Biasalah, sebagai kanak-kanak jin, toyol perlu merasa ceria juga. Ada juga variasi tentang apa yang toyol suka makan, ada yang menyatakan bahawa ia minum darah ayam jantan, dan toyol disimpan dalam balang kaca atau botol dan disembunyikan di tempat gelap. Ia hanya dikeluarkan bila khidmatnya diperlukan.

Ibu penulis pernah bercerita bahawa tuan toyol boleh berbicara dengan toyol dan difahami oleh toyol ini (maklumlah ia jin Nusantara). Menurut ibu penulis, jika mahu buang toyol, goreng kacang hijau, kemudian bawalah toyol itu ke satu tempat yang jauh, biasanya di tepi pantai, tanam kacang hijau itu kemudian pesanlah pada toyol itu agar menjaga kacang hijau hinggalah ia tumbuh barulah pulang ke rumah. Kacang hijau yang sudah digoreng pada adatnya mustahil boleh tumbuh jadi pokok kacang.

Sekiranya dibiarkan oleh tuan toyol (setelah kaya) tanpa sebarang usaha membuangnya, dan tua toyol mati, toyol itu akan bertuankan keturunan tuannya. Jika dia tidak dijaga sewajarnya, ia akan mengacau keluarga tersebut dan merayau-rayau menakut-nakutkan jiran-jiran.

Toyol juga dikatakan boleh ditangkap dan dilihat ia bermain-main dengan cara mengumpannya. Antara umpannya ialah guli, memelihara ikan puyu dalam akuarium, menaburkan kacang hijau, dan jika mahu menangkapnya pangganglah seekor cicak. Jika ia ada berhampiran, ia akan datang dan bolehlah ditangkap. Biasanya yang menangkapnya adalah seorang bomoh juga, dan bila ditangkap akan dimasukkan ke dalam balang kaca yang ditutup rapat.

Berikut adalah nasihat agar anda tidak diganggu oleh toyol: Sebelum tidur malam, bacalah Ayat Kursi sekurang-kurangnya 2 kali. Ikat wang anda, masukkan duit dalam uncang, dan ikat uncang itu. Bayar zakat dan selalulah bersedekah.

Kita jumpa lain kali, insyaAllah.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Hush....panjangnye......naik juling aku nk bce...huh....

Bab toyol ni mmg pelik...aku dgr citer ada rupe toyol ni kecik je...cam budak..tp aku tak penah jumpe la..dlm seumur idup aku.....sib baik...sib baik...


Errr...btul ke toyol curik duit???

__________________
Biso Bonar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard