Barangkali tidak ramai lelaki yang tahu, sebenarnya sifat fizikal wajah mereka mengharuskan penjagaan harian yang lebih rapi berbanding wanita. Mengapa?
PORI-PORI lelaki lebih besar berbanding wanita menyebabkan kulit muka mereka lebih mudah terdedah kepada kekotoran.PENJAGAAN muka mungkin suatu subjek yang sekian lama tidak diendahkan oleh para lelaki. Kata mereka, 'saya seorang lelaki, apa nak kisah', namun mereka tidak menyedari bahawa wajah mereka adalah tempat jatuh pandangan pertama, bukannya otot abdomen mereka!Tetapi, mutakhir ini, keadaan kian berubah. Kalau empat tahun lalu, pasaran produk penjagaan kulit lelaki hanya satu hingga dua peratus sahaja, kini perkembangan segmen pasarannya adalah yang paling pantas sehingga 16 peratus. Lelaki juga kerap ke pusat-pusat rawatan muka untuk mendapatkan penjagaan intensif. Mungkin, lelaki era baru kian menyedari akan tanggapan salah mereka sebelum ini bahawa aspek penjagaan kulit hanya untuk kaum wanita.Lelaki era baru juga mula melihat penjagaan kulit bukan sahaja penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit, bahkan ia membawa kepada kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya. Ia ternyata tindakan yang baik untuk kemaslahatan mereka.SEPERTI wanita, lelaki juga seharusnya mengamalkan rejim penjagaan muka yang sama.Barangkali tidak ramai lelaki yang tahu, sebenarnya sifat fizikal wajah mereka mengharuskan penjagaan harian yang lebih rapi berbanding wanita. Mengapa? Ini kerana lelaki mempunyai pori-pori wajah yang lebih besar berbanding wanita, sekali gus bermakna, kulit muka mereka lebih mudah terdedah kepada kekotoran. Sebelum memilih produk pembersih wajah, lelaki perlu terlebih dahulu memahami kulit mereka dan jenisnya. Memang menggunakan sabun untuk mencuci wajah lebih baik berbanding tidak menggunakan apa-apa, tetapi sabun dicipta untuk kulit tangan dan badan anda. Tentu anda tidak mahu merasa kulit wajah anda seperti kulit tangan, bukan? Tidak salah juga jika anda menggunakan produk pembersih wajah wanita kerana pakar percaya bahawa selagi produk itu berkualiti, maka ia adalah sesuai untuk kedua-dua jantina. Bagaimanapun, harus diingat kulit lelaki dan wanita ada perbezaannya.Kelenjar minyak pada muka lelaki lebih kecil berbanding wanita tetapi kulit lelaki 15 peratus lebih berminyak daripada kulit wanita kerana tindakan hormon testosteron. Lelaki juga mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding perempuan. Maka, anda disyorkan menggunakan pencuci muka yang diformulasikan khusus untuk lelaki.Penggunaan pencuci muka juga perlu disesuaikan dengan jenis kulit anda, adakah ia normal, berminyak, kering, sensitif atau kombinasi? Jika anda berkulit normal, biasanya anda tidak mengalami masalah untuk mencari pencuci wajah. Jika kulit anda jenis berminyak, anda sebaiknya mengambil pembersih wajah yang bebas minyak. Ada juga pakar mengesyorkan agar pemilik kulit jenis ini memakai pencuci yang mempunyai elemen alkohol kerana ia berupaya melarut minyak.Mereka yang memiliki kulit sensitif pula dinasihatkan tidak mengambil produk beralkohol dan digalakkan menggunakan produk mengandungi gliserin manakala untuk kulit kombinasi, produk yang bersesuaian ialah mengikut bahagian kulit tersebut. Maksudnya, pada bahagian kulit yang kering, rawat ia dengan produk khusus untuk kulit kering dan begitulah sebaliknya.Ingat, menggunakan produk yang tidak bersesuaian dengan kulit menyebabkan masalah kulit anda lebih teruk.Seperti juga wanita, rejim penjagaan muka harian lelaki juga serupa dengan wanita iaitu membersih, menyegar dan melembap. Cuma, bercukur merupakan sebahagian daripada penjagaan muka lelaki. Bercukur perlu dilakukan selepas mencuci wajah dan sebelum menggunakan penyegar. Itu sebabnya, terdapat beberapa produk pencuci wajah lelaki yang disekalikan bersama busa pencukur. Bercukur perlu dilakukan secara berhati-hati kerana anda tentu tidak mahu luka atau ruam cukuran pada wajah. Gunakan produk pelembap selepas bercukur yang tidak mengandungi alkohol dan wangian berat untuk mengelak kerengsaan. Bercakap tentang penyegar atau toner, sebaiknya pilih toner yang mengandungi asid glikolik, mengandungi elemen yang mengandungi antioksida dan tidak mengeringkan kulit seperti chamomile. Penyegar penting untuk mengecilkan pori-pori muka.Pelembap wajah pula sebaiknya mengandungi lidah buaya dan vitamin E untuk membantu menghidrasi wajah.Sebulan sekali, bolehlah melakukan pengelupasan wajah. Meskipun ramai menganggap ia kurang penting, tetapi ada pakar kecantikan melihat ia lebih bermanfaat kepada lelaki berbanding wanita kerana kulit mereka yang lebih tebal. Elakkan mengambil bahan pengelupasan berasaskan kacang atau ekstrak bijian kerana ia memedihkan dan boleh merosakkan muka.Namun begitu, penjagaan muka tidak terhenti di sini sahaja. Amalan minum air lapan gelas sehari, bersenam, tidak merokok dan minuman beralkohol dapat memelihara ketampanan dan kesihatan muka anda
-- Edited by Amirshah at 19:36, 2008-02-16
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????