Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bagaimana Menyayangi Seseorang


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Bagaimana Menyayangi Seseorang


Bagaimana Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
 
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
 
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
 
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
 
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
 
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
 
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
 
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
 
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.




org yg tidak tergolong di atas ini adalah :
- cik.kaktusbuluan
- cik.rajin+malas
- cik.udalolipopcorn
- cik.emma burma
- tidak lupe juga pada GAB & RIEPAN!!
biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin

-- Edited by Fizie at 16:26, 2008-03-04

-- Edited by Fizie at 16:27, 2008-03-04

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 389
Date:

maknanya aku tergolong dalam golongan tersebut lah ek cik fizie..nama aku tak tersenarai oleh beliau...huhuhu..

__________________

why on earth people always do something stupid for the sake of love????



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

whiterose wrote:

maknanya aku tergolong dalam golongan tersebut lah ek cik fizie..nama aku tak tersenarai oleh beliau...huhuhu..




ish2x...time kasih la krna mengingat kan aku..rupe2xnye ade lagi 1 haiwan yg nak pupus nih tertinggal...


(ambik pen dgn ketas pastu tulis name whiteroselamat biar ingat smpai bile2x...)



__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 389
Date:

kalo haiwan dah nak pupus tu kira spesis special la kan?huhu...aku ni ibarat spesis yang sungguh istimewa...sekuntum ros putih yang indah berkembang di taman..huhuhuhuhu...trima kacih cik fizie..
(apa ko bagi pen takder dakwat ni fizie..tak ikhlas cakap je lah..g beli kat kedai tu..cepat..cepat..)

__________________

why on earth people always do something stupid for the sake of love????



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

bestnya klau ada orang yang betul2 sayang kat kita...

macammna nak dapat orng yng penyanyang..


__________________


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

ada...ada....

nama dia mat the matics... try2 la tackel dia... pastu bila dah kapel, ajar lah beliau supaya beliau insaf dari perbuatan gay nya ketika ini...

(kata rie kepada ciknuyyun sambil memotong bawang untuk dibuat paprik)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard