Sis!e aNak pakCik CCtV 17, Jalan GeLap, 24300, UganDa, L.A. Sabah
Mister Rie, 17, JaLan Mati, 24300, KG.JiBauN BangLa, PakisTan.
04 Mac 2008
Tuan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 5 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan buat masa ini ialah En.ZuL aNak dUgUng yang merupakan penjaga gate saya di rumah. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di rumah amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak tuan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya berjaya mendapat pinjaman dari pihak Along, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin tuan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang tuan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, perut besar dan boxer besar. Jika dulu potongan tuan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi aisbox. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak tuan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana tuan akan tetap menikmati apa yang telah tuan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang tuan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu tuan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang tuan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak tuan dan tandatangan tuan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak tuan untuk melakukannya.
7. Saya harap tuan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon, sisie (Sisie aNak pakcIk CCtV) Isteri Solehah.
Sejak biler lak pompuan boleh berpoligami utk dpt ramai laki ni.. betul2 dah terpesong ler pemikiran ko ni anak CCTV.. Kesian..mana ler ko terpengaruh ni.. Dah pg jumpa Amir shah ambil kursus nikah kahwin.. x pun ko g jumpa ZulKapan utk belajar ilmu ugama..
ko nii..dasyat.. nak akhir zaman apa?
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
hehe.... lama benar rasenya tak menulis surat....!! cam lawak lak...!!
cctb... nie fomat surat rasmi nih.... banyak salah la fomat ko..! garisan slepas tarikh takdo, dah tu skang nie dah tak pakai lae perkataan perkara2 tu, perkataan tajuk pon dah takdo dah.... nih cekgu mano ngajar ko nih... nie yg buat haku angin nih... HAH.....!!!
PANG..........!! hah tengok, kan termengkarate maja komputer haku.... ko buat lain... nanti haku check..!! nie mesti radenanas yg ngajor nih, ko tak leh harap la cheeta... eh...!! radenanas...!! sesat ajaran ko tuuu....!!
true...true...disebabkan nie lah aku terpaksa jumpe doktor mintak ubat cirik birik....maka terpaksa la aku meninggal keje aku sebagai bapak ayam seminggu due....nie sume sebab surat ni dah basi la nie...korang la nie...sape la yang masak surat nie,pastu tak reti nak panaskan balik...
ooo.. bini aku si sisi tivi tu nak berpolisgami yeeee... kurang asam gelugor punya bini...
sebentar yerr.. aku balas..
Mister Rie, 17, JaLan Mati, 24300, KG.JiBauN BangLa, PakisTan.
Sis!e aNak pakCik CCtV 17, Jalan GeLap, 24300, UganDa, L.A. Sabah
04 Mac 2008 bersamaan 12 rabiul akhir tahun Gajah
Puang (puan dalam bahasa tengganu),
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLISGAMI
Perkara di atas tak payah rujuk sebab aku bukannya ceraikan ko lagi.
2. Pemintaan puan untuk mengisi kekosongan dari 5 kuota adalah ditolak, kerana laki ko yang satu ni pun ko tak dapat jaga, apetah lagi ko nak jaga laki yang lain... spender aku dah basuh dah? Dah basuh? mane? mane? tak nampak pun? Oleh yang demikian yang arif, hasrat plaintif untuk berkahwin lapan adalah ditolak.. (eh.. macam mahkamah plak, padahal ni surat rasmi je)
3. Mengenai poket ko yang terlalu nipis, itu adalah menunjukkan supaya ko sedar akan diri ko yang bersaiz badak tu sebab peha ko besar sangat sampai nipis jadinya poket suar ko tu.. oleh yang demikian, untuk berlaki lain, kurus2 kan lah badan tu dulu agar suami terbaru ko tidak kembali ke rahmatullah akibat dihempap oleh ko.
4. Memang aku dapat semuanya besar, termasuklah BINI BESAR... kalau dulu aku kurus cam gitar, tapi kini aku gemuk cam tong dram... tapi berlainan dengan ko... dulu ko kurus macam biola, tapi kini gemuk cam piano... so piano lebih besar dari tong dram.. so pikirkan2 lah..