Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SUARA HATI RAKYAT


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:
SUARA HATI RAKYAT


PARLIMEN KEDAH
2008


P.4-LANGKAWI
ABU BAKAR BIN TAIB BN 13,762 MNG
WAN SALLEH BIN WAN ISA PKR 8,792

JUMLAH PEMILIH : 29,567
KERTAS UNDI DITOLAK : 670
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 23,273
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 49
PERATUSAN PENGUNDIAN : 78.71%
MAJORITI : 4,970

P.5-JERLUN
IDRIS BIN AHMAD PAS 17,219
MUKHRIZ MAHATHIR BN 19,424 MNG

JUMLAH PEMILIH : 37,297
KERTAS UNDI DITOLAK : 599
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 37,242
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUSAN PENGUNDIAN : 99.85%
MAJORITI : 2,205

P.6-KUBANG PASU
ABD ISA BIN ISMAIL PAS 17,119
MOHD JOHARI BIN BAHARUM BN 24,179 MNG

JUMLAH PEMILIH : 53,323
KERTAS UNDI DITOLAK : 928
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 42,226
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUSAN PENGUNDIAN : 79.19%
MAJORITI : 7,060

P.7-PADANG TERAP
GHAZALI BIN IBRAHIM BN 14,634
MOHD NASIR BIN ZAKARIA PAS 15,003 MNG

JUMLAH PEMILIH : 35,403
KERTAS UNDI DITOLAK : 770
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 30,445
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 38
PERATUSAN PENGUNDIAN : 86.00%
MAJORITI : 369

P.smile.gifOKOK SENA
ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM BN 23,956
MAHFUZ BIN OMAR PAS 29,687 MNG

JUMLAH PEMILIH : 69,631
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,039
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 55,318
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 636
PERATUSAN PENGUNDIAN : 79.44%
MAJORITI : 5,731

P.9-ALOR STAR
GOOI HSIAO - LEUNG PKR 20,557
CHOR CHEE HEUNG BN 20,741 MNG

JUMLAH PEMILIH : 58,957
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,757
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 43,206
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 151
PERATUSAN PENGUNDIAN : 73.28%
MAJORITI : 184

P.10-KUALA KEDAH
AHMAD BIN KASIM PKR 35,689 MNG
HASHIM BIN JAHAYA BN 28,671

JUMLAH PEMILIH : 83,142
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,385
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 65,750
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 5
PERATUSAN PENGUNDIAN : 79.08%
MAJORITI : 7,018

P.11-PENDANG
MOHD HAYATI BIN OTHMAN PAS 27,311 MNG
MD ROZAI BIN SHAFIAN BN 23,238

JUMLAH PEMILIH : 61,346
KERTAS UNDI DITOLAK : 991
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 51,645
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 105
PERATUSAN PENGUNDIAN : 84.19%
MAJORITI : 4,073

P.12-JERAI
BADRUDDIN BIN AMIRULDIN BN 24,211
MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR PAS 26,510 MNG

JUMLAH PEMILIH : 65,739
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,070
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 51,791
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUSAN PENGUNDIAN : 78.78%
MAJORITI : 2,299

P.13-SIK
OTHMAN BIN DESA BN 16,383
CHE UDA BIN CHE NIK PAS 16,864 MNG

JUMLAH PEMILIH : 40,339
KERTAS UNDI DITOLAK : 505
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 34,752
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 1,000
PERATUSAN PENGUNDIAN : 86.15%
MAJORITI : 481

P.14-MERBOK
TAJUL URUS BIN MAT ZAIN BN 22,443
RASHID BIN DIN PKR 25,541 MNG

JUMLAH PEMILIH : 64,443
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,338
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 49,718
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 396
PERATUSAN PENGUNDIAN : 77.15%
MAJORITI : 3,098

P.15-SUNGAI PETANI
JOHARI BIN ABDUL PKR 33,822 MNG
ZAINUDIN BIN MAIDIN BN 24,441

JUMLAH PEMILIH : 76,284
KERTAS UNDI DITOLAK : 986
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 59,378
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 129
PERATUSAN PENGUNDIAN : 77.84%
MAJORITI : 9,381

P.16-BALING
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM BN 28,461
TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB PAS 36,074 MNG

JUMLAH PEMILIH : 78,784
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,154
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 65,764
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 75
PERATUSAN PENGUNDIAN : 83.47%
MAJORITI : 7,613

P.17-PADANG SERAI
GOBALAKRISHNAN A/L NAGAPAN PKR 28,774 MNG
BOEY CHIN GAN BN 17,036

JUMLAH PEMILIH : 59,218
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,259
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 47,125
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 56
PERATUSAN PENGUNDIAN : 79.58%
MAJORITI : 11,738

P.18-KULIM-BANDAR BAHARU
ABD AZIZ BIN SHEIKH FADZIR BN 16,672
ZULKIFLI BIN NOORDIN PKR 22,255 MNG

JUMLAH PEMILIH : 51,995
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,022
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 40,182
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 233
PERATUSAN PENGUNDIAN : 77.28%
MAJORITI : 5,583


MNG - MENANG
MTB - MENANG TANPA BERTANDING
HD - HILANG DEPOSIT


__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Hush...sepatah haram aku tak paham...secara keseluruhan cam 50-50 je....butui ke???

__________________
Biso Bonar


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

rakyat memprotes pastu buat undi rosak..
rakyat mmg tak pusa hati..byk sgt masalah kroni..
pemimpin yang di pilih pada 2004 tak de hala tuju...
kata2 dan matlamat hanya tertumpu di satu2 kwsan sahaja..
tak memperduli perasaan rakyat lain..
tu je la..
oleh itu kerajaan sedar2 la..



dari suara hati seorg rakyat juga..


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Sedar2la jg wahai bangsa Melayu..
jgn jd mcm ngeri aku..PERAK..
jth ke tgn DAP..
sedih sgt..
mn pegi org ISLAM???
hrp kejadian ni blh bk mata kita sbg bangsa Melayu jgn trs layu...
ada setengah umur dh msk 30 tp daftar mgundi pn blm..
suma tido..
ank2 muda bangsa lain..
cukup je 21..trs dftr undi..
hr mgundi xlepas peluang..
mcmn kita ni?
jgala negara kita utk AGAMA kita..


__________________
Aku IBU si Comel...


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

betul kata nadia.... aku pun org PERAK..... sedihhhh...

disebabkan org ISLAM sendiri memasing bertegang leher...... tak kisah la penyokong ke... pembangkang ke...... last2 PERAK jatuh ke tgh kafir juga akhirnye...... itu la..... di mana orng islam sendiri mengkafirkan n mensyirikkan sesama umat islam.... org kafir yg dah mmg sah seorng kafir tlh mengambil alih pucuk kepimpinan yg selama ini dipegang oleh org Islam... mana perjuangan ISLAM yg diwar2kan...... jgn disebabkan menang sorak kg sendiri tergadai..... itu lah salah satu pengajaran utk semua org melayu...... sesama melayu nak menegakkan pasrti masing2... last2 yg menang org kafir sendiri........ insaflah semua... yg kita pentingkan adalah perpaduan bkn berbalah sesama sendiri.... di mana mejoriti org melayu dlm sesuatu kawasan... memasing dgn hala tuju memasing...... org kafir mengambil kesempatan di atas kelemahan kita sendiri... sepatutnye org melayu bersatu padu... jgn jadi mcm singapura... jgn jadi mcm pulau pinang yg seakan singapura...... tak ingatke peristiwa 13 Mei 1969... disebabkan org kafir bersorak2 meraikan kemenangan akhirnya baru org melayu bangkit sedar akan kelemahan masing2.....

(harap jgn dipanaskan... tapi kaji balik sejarah kita terdahulu dan pelajari dari org tua kita... jgn disebabkan emosi darah muda..... kita sentiasa emo tak tentu masa)



__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

itulah akibatnya jika islam yang sejati tidak dituruti ... perpecahan pasti akan terjadi jgn salahkan org lain salahkan diri sendiri... kenapa yang sekular juga jadi pilihan hati sedangkan yg asli itulah adalah yang direhdai.......

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

tapi macam mane kalo kite sendiri tak salah???tapi memang trend orang sekeliling kite memang macam tu??? kalo hanye kite memilih yang sejati ia tak mencukupi jika yang lain tak bersatu padu...nak ubah pendirian orang lain bukan nye mudah.....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

apa yang dapat aku peratikan retro politik negara sekarang semakin menarik percaturannya...cuba kita tanya dimana silapnya kerajaan kita itu sendiri...sebelum menuding jari kepada sesiapa...kenapa rakyat hari nih menolak kerajaan itu sendiri...dan ini mesti ada sebabnya...politik nih adalah suatu yang suci tapi terpulanglah kepada politikus untuk mencorakkannya...sebenarnya rakyat tiada pilihan lagi selain memilih pembangkang kerna terlalu banyak kepincangan dan perkara yang berbangkit tidak dapat ditangani dengan sewajarnya...keputusan PRU12 nih yang aku dapat peratikan adalah didasari oleh perasaan kecewa rakyat kepada pucuk pimpinan...serta pergeseran didalam parti itu sendiri dalam memilih calon yang bakal bertanding...percaturan politik banyak dipengaruhi oleh anak menantu...apa apa hal sila rujuk ke tingkat 4 putrajaya...korang tau ke pejabat sapa ada kat atas tuh....cari sendirila... rakyat hari ini bukan mudah digula gulakan lagi...kalau korang nak menikmati sesuatu makanan...tidak cukup dengan hanya melihat resipi...semuanya akan tersedia...kena masak sama...tapi kerajaan hari nih menyediakan terlalu banyak resipi tetapi tiada juadah untuk dihidangkan...pembaziran wang rakyat yang terlampau banyak oleh kerajaan merupakan salah satu faktor penyebab kejatuhan prestasi BN itu sendiri...Oleh itu, sama-samalah kita kaji kesimpulan satu kajian bertajuk Voter Opinion Poll 4th Quarter 2007: Awareness and Perspectives on Demonstrations, the Economy, National Issues and Leadership yang dijalankan oleh Merdeka Center di Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2007.Tahap sokongan kepada PM merosot akibat daripada beberapa perkara...sewaktu harga petrol naik 20 sen pada ogos 2005..peratusan sokongan merosot daripada 91% kepada 74%. selepas itu kenaikan harga minyak 30 sen pada mac 2006(66%).Kritikan tun matahir mohamad pada september 2006 (63%).Akibat demontrasi bersih dan hindraf (61%).Kalau korang peratikan daripada fakta kat atas ini approval rating PM merosot sebanyak 30% iaitu daripada 91% kepada 61%. Inilah report card bagi pemimpin kita dari 2004 hingga ke mac 2008.Seharusnya pemimpin menilai kembali apa yang telah dilakukan 4 tahun lepas.....kalau setakat 61% nih kira dapat B- je nih.....kenapa dulu boleh dapat A+.....fikir fikirkanlah.......



__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

beta sebagai tuanku d negara telinga bedengung sgt duka nestapa d ats apa yg terjadi. beta hampa! hampa!

Hampa

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

'Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata!'
Semangat kita tetap semangat Jebat! Kalau terpaksa maka kena lah merimbat!!!  Fikirkanlah.......


__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Bile aku pikir pasal project Koridor ape kebende yang kat Utara tu sume... teringat aku pemerintahan Tun Dr. Mahathir....die nak bine KLCC dan wat menara tertinggi di dunia...banyak orang bangkang,banyak orang tak sokong...tapi sekarang????Litar Sepang same gak....orang tak sokong, tapi sekarang???so,aku rase better kite tengok dulu project Koridor tu macam mane....gagal atau tak....kalo tak jadi,baru senang kite nak pulun dorang kaw2...

dalam setandan pisang tak sumenye elok..

dalam dunia nie,mane ade bende yang sempurna....

__________________





Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

pada aku plak....

ITULAH SANDIWARA POLITIK... KITA YANG RAKYAT NI, DITIPU OLEH SEMUA PARTI POLITIK... TAK KIRA LA PARTI APA PUN....


Contohnya... BERSIH....

Apa yang BERSIH perjuangkan? Iaitu supaya SPR lebih telus dalam menjalankan pemilihan...

Masa perhimpunan, SPR tidak melayan pun kehendak BERSIH.... KINI, pembangkang menang dengan majoriti yang besar.... tanda SPR tu memang telus dari dulu, mungkin ada sedikit kecacatan seperti umur 100 tahun dan orang yang mati... tapi itu kecil je... mana2 agensi ada kesilapan masa key-in....

OKAY... sekarang keputusan nampak sangat adil... adakah BERSIH nak ambil tindakan? dengan behimpun beramai2 pada masa itu hanyalah bertujuan nak melemahkan kreadibiliti pemerintah. Hanya nak menampakkan negara ni dikuasai polis, hanya untuk meraih simpati rakyat....

begitu juga dengan Hindraf....

Kini, cuba BERSIH dan HINDRAF buat demonstrasi kat shah alam, ipoh, penang, alor setar dan kota bharu... kalau berani buatlah.... gerenti rakyat disana akan mengamuk....

Sebab apa tak buat? sebab matlamat untuk MELEMAHKAN KERAJAAN dah tercapai, bukannya nak tuntut sangat, sebab benda yang dituntut tu tanda apa point pun...




BEGITU JUGAK DENGAN PARTI KERAJAAN...

Pun sama gak... tipu semua... menggunakan 100% media elektronik arus perdana adalh sangat menjengkelkan.... buat orang menyampah je... sebab tu orang bosan ngan kerajaan.... benda utama kemarahan rakyat kat kerajaan ni ialah MINYAK dan kenaikan harga barang.... 2 benda ni sahaja.... tapi dok gunakan media elektronik langsung tak cerita pasal kejengkelan harga minyak dan harga barang... asek dok canang hal ekonomi yang mereka lakukan amat bagus... tapi ekonomi rakyat langsung tak bagus...

tu pasal la rakyat marah....



SECARA TOTALNYA....PENIPUAN DEMI PENIPUAN oleh kesemua parti2 bertanding sebenarnya membuatkan rakyat menjadi menyampah.... rakyat jugak jadi mangsa....




TUKAR LAH MANA KERAJAAN PUN.... kalau sistem tak bagus... tak guna jugak....

Apa yang penting, diri kita sendiri perlu diubah... bukan kerajaan... kerajaan sekular macam mana pun, kalau kita nak didik diri kita jadi ulamak... boleh... takde halangan... kalau kita nak jadi kaya raya... boleh... takde halangan.... kalau kita nak kaum kita maju... boleh... takde halangan...

ANDA kata orang lain sekular, tapi kita jugak tak islamik... tak guna jugak....semua atas diri sendiri... macam hindraf la... minta itu minta ini... tetapi diri sendiri tak berubah... masih duk kat estet2... kenapa tanak belajar rajin2, kerja rajin2 agar hidup boleh berubah? Anda nak jadi ustaz... boleh... pergilah tuntut ilmu agama... takde sapa pun menghalang.... tapi kebanyakan kita pilih jadi sekular... bukannya salah pemerintah...


INGAT... negara sekular macam turki, nak pakai tudung pun tak boleh... itu barulah halangan yang amat dasyat....



SO, pikir2 kanlah.... tukarlah kerajaan mana pun... kalau diri kita duk takuk tu... kita takkan ke mana2


komentar aku ni, bukanlah aku sokong parti mana2... tapi cuma memberikan pendapat supaya diri kita ni berubah pada tahap yang lebih cemerlang...


Wallahualam



__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

rakyat sebenarnya bukannya tidak mahukan pembangunan tetapi perlulah lihat kepada keadaan....jgn asyik terlalu mengejar pembangunan tetapi lupa masih ada rakyat yang mengemis...

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Aku sokong!!... apa yg cipan cacat ni ckp mmg betul. Aku sokong! Aku sokong!..

Err.. cipan. skular tu menatang apa???...

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Mie Penang wrote:

rakyat sebenarnya bukannya tidak mahukan pembangunan tetapi perlulah lihat kepada keadaan....jgn asyik terlalu mengejar pembangunan tetapi lupa masih ada rakyat yang mengemis...






betul tu mie pulau pinang... tapi macam yang aku cakap kat atas tu....

KO CUBA BAYANGKAN kalau ko seorang yang melayu islam tetapi berhijrah ke Amerika ataupun Eropah... rasa2 ko apa yang ko akan buat kat sana? Duduk sahaja menunggu duit atau bantuan kerajaan kat sana? Tidak... orang asing macam kita kat sana perlu bekerja lebih kuat supaya kita tak mengemis di sana....


Secara total, orang akan kata, rakyat dibawah BN akan mengemis kerana harga minyak dan barang naik membuatkan kuasa duit kita semakin kecil... ya betul... tapi ko yakin ke bila BA memerintah kuasa duit rakyat akan bertambah? AKu cakap ni bukan sebab aku sokong BN ke BA... aku bercakap atas dasar bebas supaya kita pikir, ok ke tak politik malaysia ni?



Harga minyak naik... aku tak heran sangat... sebab harga minyak dah ditentukan oleh seluruh dunia... sekarang ni terus melonjak dan melonjak...

Tapi kalau harga sepinggan nasik lauk ayam harga RM10, beras harga RM20 sekilo... yang tu aku heran... yang tu patut kena tukar kerajaan...

so.... kalau kita kat america skang ni... macammana ko nak hadapai nasik sepinggan RM10 tu? ko nak mintak ia diturunkan, atau ko nak makan roti je pada harga RM2 atau ko nak kerja lebih kuat agar ko boleh makan nasik RM10 tu? Pilihlah?

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

first time, cipan yg elliza bela berkata2 dgn lantangnye.....

jadik skrg ni rakyat mana yg berpendapatan lebih kalau nmpak yg miskin melarat tu tolong la.... tak perlu nak harapkan zakat bagi pd mereka (wp kita dh potong zakat)..... tp kalu ada duit lebih derma/sedekah mana yg patut... tak payh menuding jari bantulah org miskin... bantulah rakyat yg melarat... kalau nmpak sendiri org kg kita miskin tolong la mereka..... kalau kata kerajaan tak nak tolong... diri kita ada... kalau tak dpt bg wang bg la apa yg kita termampu... pakaian.. makanan.... itu dah cukup utk meringankan beban mereka... kalau keta kerajaan tak nak bantu... kata wang bantuan pprt di songlap oleh byk pihak... cuba kita ushakan kumpul dulit di masjid satu kg.... bantu mangsa buat rumah ataupun apa2 yg perlu.... diri kita sendiri yg kena mengubah diri kita sendiri....

ubah diri kita, baru kita bercakap mngenai tujuan utk mengubah org lain...... tak semua yg allah jadikan di muka bumi ini sempurna.. ada kelebihan dan ada kelemahan.... kalau yg lemah kita cuba carik jaln utk mengubah kpd yg lbh baik.... kelau lebih.. jgn pulak riak dgn kelebihan kita... kongsi bersama dgn semua org akan kelebihan kita... tak kira dr segi ilmu, harta ataupun apa2 kelebihan yg kita ada.... bukannye kita memberi apa kelebihan yg kita ada..... takut silap terberi jadik mcm biri2 mengembek tak tentu masa.... terlebih beri nanti akhirnye org yg diberi pijak kepala kita....

maka dgn itu, kita semua kena fikir scr terbuka tak kira pemerintah dari kerajaan apa pun usha utk mengatasai apa saje kelemahan kita seblm ini sama ada yg kita tak nampak ataupun saje2 tak nampak... sbb sllnye org yg ada kelebihan wp sedikit akan merasa dirinya lbh dari segalanya.... bila ego dah mnguasai diri... akan perasan diri semua betul.....

warta jam 1.30 dari GC.... sekian.. wallahualam




__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Kenapa Kerajaan tak jatuh kat Sarawak ngan Sabah?

Disana, harga sekeping roti canai RM1, sepinggan nasik RM5, barang2 tradisional melayu kurang, kalau ada pun mahal 5-10 ringgit dari semenanjung, harga barang yang diimport dari semenanjung akan lebih mahal dari semnanjung sebab kos pengangkutan.... dan tak percaya tanya la orang sarawak ngan sabah... BARANG2 DISANA SERBA-SERBI MAHAL...


TAPI KENAPA BN MASIH MENANG?

Sebab cara hidup rakyat disana, harga barang bukan jadi isu... kebanyakan mereka kaya raya... masing2 berdaya usaha sesama sendiri agar taraf hidup dinaikkan... sebab mereka memilih "mahu bekerja lebih kuat agar aku dapat hadapai kesemua rintangan ini"...


Point dia.... macam aku cakap tadi... diri kita...ubahlah kerajaan sekali pun... kalau masih duk main gitar bawah pokok... takkan ke mana

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku nak tambah lagi riepan...

aku bg contoh mcm kat tempat aku... bkn nak jatuhkan air muka mereka... tp sbg pengajaran.... apa yg ko kata mnegenai kisah duk main gitar bawah pokok takkan ke mana mmg benar.....

aku nak kata kat tempat aku ni ada st golongan penyokong yg mmg mati2 menyokong parti pembangkang (tp pemimpin yg dipilih utk wakil parti tersebut mmg baik n aku salute beliau )...tp penyokongnye la... meperjuangkan hak islam.... ckp berkobar2 nak majukan tmepat sndiri... nak tolong kwan2... tp st je kuat berjudi tabiat mereka... kalau nak bcakap mnegenai hukum hakam agama kenala bertepatan dgn etika diri sendiri... setiap kali ari raya pd waktu mlm mesti bkumpul main judi... katanye tak salah tp ADAT... adat ke tu.. bkn haram namanye bjudi..... bila anak2 tgk jdk ikutan... apa nak jadi ngn anak bangsa kita kalu mcm tu... akhirnye ramai jadik penagih dadah..... macam tu ke nak majukan bangsa melayu.... yg bpendidikan islam.... aku kesian dkt pemimpinnye yg mmg warak tp pengikut/penyokong beliau begitu..... malu....

aku pun tak nafikan yg sokong kerajaan pun anak2nya pun ada yg tak mnjadi... ada yg hisap dadah... mencuri, merompak... tak nafikan....

JADI ITU SEMUA SALAH SAPE?????? salah diri masing2..... suka sgt bcakap itu ini tp tak melihat pada diri sendiri......

aku bcakap ni bkn nak sokong sape2...cuma nmpk kat dpn mata... kalu aku kata tipu buat2 citer..... aku nafikan sbb isteri2 mereka yg dtg cerita balik tabiat suami masing2... mcm tu ke nak bimbing isteri n anak2..... bila isteri tegur melenting..... anak2 pulak diabaikan...nauzubillah...


tujuan aku ckp gini sbb nk bgtau kita yg kena ubah diri kita..... kerajaan wp mana2 kerajaan nanti takkan dpt mengubah rakyat sekiranya rakyat masih bepikiran begitu..perkembangkan diri, perkembangkanlah ilmu...... ini kat pusat pengajian tinggi pun malas... nota nak harap diberi je... bila suruh cari malas..... cuba usha diri sendiri..... samapi bila org hndak suap....


__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

MENGAPA BA RAMPAS SELANGOR, PERAK, PENANG DAN KEDAH????
pada aku bukan kekuatan BA kerana merampas negeri2 tersebut tetapi adalah kelemahan BN dan sistem pentadbiran parti itu sendiri.....sebenarnya rakyat dh jelek ngan mainan dan sandiwara "teater bangsawan" lakonan pemimpin-pemimpin negara.......contoh kalu sesuati filem yg corak n genrenya sama2 ngan yg lain2 lama2 peminat akan muak juga,cam tu jgk la ngan pemimpin2 kita yg mana segelintir daripadanya hanya mencanangkan mende yg sama kepada rakyat.....sedangkan sebagai pemimpin hak rakyat dan negara perlu diutamakan,bukannya hak sendiri.........................................

MALAYSIA NEGARA SEKULAR???
sebagai negara yang berasaskan sistem demokrasi berparlimen, malaysia sebenarnya bukanlah negara sekular tetapi sedikit melencong drpd islamik.....semua ni bkn salah mana2 pemimpin tetapi salah diri sendiri yg terlalu terbawa2 ke arah arus kemodenan...dimana apabila hak asasi manusia xbleh dicampur oleh org lain walaupun terang-terangan mende tu salah.......................................

BAGAIMANA DENGAN AKU????
sebagai seorg warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan kedaulatan tanah air aku berharap agar walau sesiapa pun yg memerintah n mentadbir negara supaya perlulah lebih prihatan akan permasalahan rakyat.........aku tidak mahukan pembangunan yang berlebihan tetapi cukuplah sekadar taraf ekonomi rakyat dpt dinaik taraf ke arah yg lebih baik........begitu juga ngan sistem sekarang eloklah jika dapat dinaik taraf.................

wasallam

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

betul apa yang ko kata tuh...ini dua fenomena berbeza..diluar negara dan juga didalam negara kita sendiri...memang kebajikan kita tidak akan dipeduli kalau kita dinegara asing...tetapi dinegara sendiri kita mempunyai saluran dan badan2 tertentu yang menjaga kebajikan masyarakat...jika tidak menjaga kebajikan masyrakat...apa perlunya ianya ditubuhkan...memang aku tak sangkal kenyataan ko tuh...aku nih jenis yang bebas dan boleh dikatakan atas pagar...aku mengundi kepada apa yang aku peratikan adalah betul....kenapa perlu memilih dalam menyalurkan bantuan...contohnya kata tempat aku sendiri...ada satu keluarga miskin yang suaminya lumpuh dan isterinya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan...tinggal pun dirumah yang mungkin tidak layak dipanggil rumah...apabila bersama mu TV3 datang... ditahan oleh satu kumpulan untuk menutup kepincangan disitu..tak ke pelik orang lain boleh dapat rumah PPRT...tetapi dia sorang je tak dapat...selidik punya selidik...dia nih penyokong parti PAS. Disini wujudnya ketidaktelusan YB itu sendiri.Seperti ada double standard...politik nih sebenarnya sesuatu yang begitu kompleks untuk ditafsirkan...harga2 barang sebenarnya banyak dipengaruhi  oleh harga minyak...cuba peratikan bila minyak naik je...yang lain2 akan ambil kesempatan...gula..tepung...minyak masak...memang tak dinafikan harga minyak dunia bukan kita yang tentukan...tapi kita boleh mencari jalan alternatif sebenarnya di malaysia nih demi mengwal kenaikan harga minyak didalam negara...cuba kita ambil contoh brunei... kenapa harga minyak mereka lebih rendah berbanding malaysia...



__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Kalau negara ni tergadai kepada bangsa lain... jangan salahkan sesiapa.... jangan salahkan kerajaan BN mahupun PAS, PKR.... tetapi salahkan diri sendiri...


Aku nak cerita perihal sejarah sedikit....

APA YANG KAUM 'C' perjuangkan dalam politik mereka? Pernahkah kita tanya?

Kita semua maklum, kaum 'C' ni hidup di sini atas usaha mereka sendiri... kurang bantuan kerajaan.... walaupun sedikit menipu dalam perniagaan, tapi yang nyatanya mereka rajin... bukan rajinnas...

Korang tau apa yang mereka perjuangkan dalam politik mereka pada PRU pertama dahulu?

Mereka perjuangkan HAK KERAKYATAN.... sesiapa sahaja kaum 'C' di malaysia pada masa itu akan diberi hak kerakyatan secara total... dan mereka telah mendapatkannya dari kerajaan.... selepas tu, melayu nak perintah.. perintah la cara acuan melayu sendiri.. janji kaum 'C' boleh bekerja dan hidup aman damai disini...

Tahun demi tahun berlalu... melayu tak berubah2 jugak walaupun diberi bantuan oleh kerajaan secara menyeluruh.... dan korang rasa apa yang kaum 'C' nampak kat sini?????


YA... sudah sampai masanya mereka pula memerintah!!!! Hasilnya kini? korang tengok la sendiri....

Undi melayu telah berpecah, yang hasilnya kaum lain yang memerintah....


Jadi, cuba fikirkan... apa sebenarnya politik ni.... kita kata kerajaan korup, kerajaan tido, kerajaan penipu.... tapi kaum 'C' amik tau ke semua tu? Yang mereka tau... kalau KORANG orang melayu asyik bercakaran je... biarlah kitorang je yang memerintah..... abih cerita.....


dan lepas ni, barulah melayu tu akan jadi pengemis betul2....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Mie Penang wrote:

betul apa yang ko kata tuh...ini dua fenomena berbeza..diluar negara dan juga didalam negara kita sendiri...memang kebajikan kita tidak akan dipeduli kalau kita dinegara asing...tetapi dinegara sendiri kita mempunyai saluran dan badan2 tertentu yang menjaga kebajikan masyarakat...jika tidak menjaga kebajikan masyrakat...apa perlunya ianya ditubuhkan...memang aku tak sangkal kenyataan ko tuh...aku nih jenis yang bebas dan boleh dikatakan atas pagar...aku mengundi kepada apa yang aku peratikan adalah betul....kenapa perlu memilih dalam menyalurkan bantuan...contohnya kata tempat aku sendiri...ada satu keluarga miskin yang suaminya lumpuh dan isterinya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan...tinggal pun dirumah yang mungkin tidak layak dipanggil rumah...apabila bersama mu TV3 datang... ditahan oleh satu kumpulan untuk menutup kepincangan disitu..tak ke pelik orang lain boleh dapat rumah PPRT...tetapi dia sorang je tak dapat...selidik punya selidik...dia nih penyokong parti PAS. Disini wujudnya ketidaktelusan YB itu sendiri.Seperti ada double standard...politik nih sebenarnya sesuatu yang begitu kompleks untuk ditafsirkan...harga2 barang sebenarnya banyak dipengaruhi  oleh harga minyak...cuba peratikan bila minyak naik je...yang lain2 akan ambil kesempatan...gula..tepung...minyak masak...memang tak dinafikan harga minyak dunia bukan kita yang tentukan...tapi kita boleh mencari jalan alternatif sebenarnya di malaysia nih demi mengwal kenaikan harga minyak didalam negara...cuba kita ambil contoh brunei... kenapa harga minyak mereka lebih rendah berbanding malaysia...






Kenapa harga minyak di brunei murah? Brunei ada kerajaan berparlimen ke? Rakyat dia cecah 2-3 juta orang ke? Di brunei, dia ialah negara berkebajikan 100%.... semuanya free.... sebab apa? Sebab sultannya dah kaut semua hasil negara... tapi orang tak bising sebab diberikan kebajikan secara menyeluruh.... ko nak kaut kekayaan lantak ko la sultan, asalkan kitorang ni hidup senang lenang...

So... kalau minyak kat sana mahal... konfem la kena tibai ngan rakyat.... tu pun diorang jual harga kos, kalau kasik free minyak.. diorang pun bangkrap...

Tapi tu lah... lain negara, lain acuan dia...Ko pernah terfikir.... kenapa brunei negara pengeluar minyak tapi takde brand minyak diorang sendiri? Malaysia ada jugak Petronas...

Sebab, Undang2 seluruh dunia telah menetapkan, negara pengeluar minyak perlu mengeksport minyak kepada negara yang takde minyak, dan negara takde minyak ni akan memproses minyak dan eksport balik kat kita....

So, minyak petronas yang kita pakai tu, bukan la kita create sendiri dari minyak negara kita ni... tu minyak import tu.... minyak itam kita dihantar ke tempat lain untuk diproses...

Kalau tidak... negara pengeluar minyak akan jadi raja la dalam dunia ni... sebab tu wujud undang2 pakatan cam ni...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

KE ARAH BERPOLITIK YANG LEBIH MATANG????
arena politik negara kita sebenarnya sesuatu mengjengkelkan disebabkan pengamal2nya....sebenarnya politik ini sesuatu yang elok, suci lagi murni tetapi jahanam dek kerakusan pengamalnya........sebenarnya sistem demokrasi negara kita sangat jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan negara mmbangun yg lain ( jangan bandingkan dengan negara maju @ mundur).........kerana terlalu taksub terhadap parti dan pemimpin sehinggakan yang terang lagi bersuluh sesuatu perkara tu salah tetapi para pengikut tetap mengiakan,sehinggakan kadang-kala terjadi pergaduhan parti yang boleh memudaratkan keutuhan,kestabilan n silatullrahim dalam masyarakat.............aku amat2 berharap agar semua masyarakat umumnya dapat berfikir sejenak tentang permasalah politik ini.....apa guna kita bergaduh sedangkan yang kaya adalah pemimpin, apa guna kita bertengkar sedangkan yang kenyang adalah pemimpin, apa guna kita bermasam muka sedangkan yang mengaut hasilnya adalah pemimpin........oleh itu aku berharap agar kita dapat mengubah attitude kita dalam berpolitik.......pilihlah sesiapapun yang anda sukai tetapi janganlah sampai mengganggu gugat ketenteraman orang lain..........

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 492
Date:

Mister Rie wrote:


TAPI KENAPA BN MASIH MENANG?

Sebab cara hidup rakyat disana, harga barang bukan jadi isu... kebanyakan mereka kaya raya... masing2 berdaya usaha sesama sendiri agar taraf hidup dinaikkan... sebab mereka memilih "mahu bekerja lebih kuat agar aku dapat hadapai kesemua rintangan ini"...



aku bkn nk bangkang kata2 abg rie nie tp aku x rs owg Sabah nie kaya raya...
" harga brg bkn jd isu..? " salah tue abg rie...
realitinya, kami pn turut tertekan ngn situasi nie...
klu banding duit gaji yg kami terima setiap bulan, gaji owg2 semenanjung mgkin 2x ganda byknya dr kami...jd bayangkn dgn duit gaji yg ciput tue, camne nk hidup...???
Owg luar x tahu camne susahnya hidup org sabah nie...
tgk je la brape byk anak2 muda yg da behijrah ke semenanjung semata2 nk lari dari kemiskinan di negeri sendiri..
kami nk mengadu kt siape..??
YB...?? ketua menteri..??
sia2...cry
durang2 nie hanya tahu menabur janji tp janji kosong...
tp hairan...?? knapa BN masih menang d Sabah...??confusedconfused
nk tahu knapa...??
sbb rakyat Sabah masih d takuk yg lama...
parti mn yg bg beras 10kg tiap kali time mengundi tu lah yg d pilih jd peneraju..
tp, percayalah 1 ari nti...Sabah akn berada d bawah kuasa parti bebas...

siapa parti bebas tue...???
anak jati sabah, yg memahami keadaan rakyatnya sendiri yg slu tertipu dgn janji manis org luar....!!



__________________


aKu maHu jAd! owG LaeN...........



Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Kesian aku kat Encik Mie Pulau Pinang.. Apakah kesudahan nasib org2 Melayu kat Pulau Pinang sana.. Aku harap jgn la dipinggirkan oleh pemimpin2 baru korang.. Aku harap masih bnyk lagi berdiri teguh lagi warung2, kedai2, restoran2 milik org Melayu.. Kalau susah nnti, ko pindah je la sini, Mie Pulau Pinang.. biggrin

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

sebenarnya walaupun sesiapa sekalipun yang memerintah pulau pinang pulau mutiara keadaannya tetap sama, cina jugak yang berkuasa kat situ...........tetapi perlu diingat ada juga kebaikan kepada penduduk pulau pinang pulau mutiara dimana para pemimpin baru mereka akan dapat melontarkan pendapat kat parlimen......bukannya pak angguk seperti sebelum ini.......................................

tentang harga minyak negara.......hanya masa yg akan menentukannya,walau apa pun alasan n rungutan kita harga minyak akan tetap naik....walau apapun perbandingan harga minyak ngan negara luar dibuat,situasi kat negara kita tetap sama............................

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

tak ada bezanya siapa yang menang dipenang...kerna sebelum nih kerajaan negeri dibawah mereka juga...tapi aku masih boleh bergerak bebas..."bergerak bebas" daripada segenap aspek....



__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

benarkah politik itu kotor??
pada aku itu satu persoalan yang masing2 ada jawapannya..
isu ni mmg snsitif..
tapi bile seorg rakyat nak suarakan pendapat mesti tindakan ISA akan menunggu...
jadi di mana hak kita sebagai rakyat yang bebas bersuara..kerajaan sepatutnya meneliti apa yang rakyat mahukan..bukan setakat pandang dan dengar..serta hanya pandai bercakap

Pemimipin yang di pilih pada tahun 2004 merupakan pemimipin yang tiada hala tuju..
matlamat hanya igin memajukan kwsan sendiri dan membagunkan kroni masing2..

Kekalahan drastik parti kerajaan sudah cukup membktikan rakyat sudah bosan dan jengkel dengan adegan filem yg genre ceritanya masih di takuk lama di mana pelakonnya pula adalah suku kroni pengarahnya..kalu betrerusan begini tidak mustahil negara Malaysia yang kita cintai ini akan hancur..malaysia akan terus dipelopori oleh golongan kroni...
maka hidupla kroni dan musnahlah kemakmuran..

__________________
ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

KITA JGNn LUPO sebelum nie pun bukan org malayu yang takbir pinang
tapi kaum 'C' juga yg memerintah.... cuma bezanya ia adalah komponen BN
Adakah sebelum nie rakyat pinang sudah amat terbela dgn golongan terbabit...


__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

sisie wrote:

Mister Rie wrote:


TAPI KENAPA BN MASIH MENANG?

Sebab cara hidup rakyat disana, harga barang bukan jadi isu... kebanyakan mereka kaya raya... masing2 berdaya usaha sesama sendiri agar taraf hidup dinaikkan... sebab mereka memilih "mahu bekerja lebih kuat agar aku dapat hadapai kesemua rintangan ini"...



aku bkn nk bangkang kata2 abg rie nie tp aku x rs owg Sabah nie kaya raya...
" harga brg bkn jd isu..? " salah tue abg rie...
realitinya, kami pn turut tertekan ngn situasi nie...
klu banding duit gaji yg kami terima setiap bulan, gaji owg2 semenanjung mgkin 2x ganda byknya dr kami...jd bayangkn dgn duit gaji yg ciput tue, camne nk hidup...???
Owg luar x tahu camne susahnya hidup org sabah nie...
tgk je la brape byk anak2 muda yg da behijrah ke semenanjung semata2 nk lari dari kemiskinan di negeri sendiri..
kami nk mengadu kt siape..??
YB...?? ketua menteri..??
sia2...cry
durang2 nie hanya tahu menabur janji tp janji kosong...
tp hairan...?? knapa BN masih menang d Sabah...??confusedconfused
nk tahu knapa...??
sbb rakyat Sabah masih d takuk yg lama...
parti mn yg bg beras 10kg tiap kali time mengundi tu lah yg d pilih jd peneraju..
tp, percayalah 1 ari nti...Sabah akn berada d bawah kuasa parti bebas...

siapa parti bebas tue...???
anak jati sabah, yg memahami keadaan rakyatnya sendiri yg slu tertipu dgn janji manis org luar....!!






ooo... yer ker sisie... hmmm.. maknanya sarawak je la yang tak kisah dengan harga barang ni... sebab, aku penah duk sana... rata-rata semua pun marah ngan harga barang.... nak buat cam mana... kaum 'C' banyak kat sana... kaum 'C' tak banyak pun bunyik pasal harga ni... cuma kaum2 pendalaman je...

Aku ada cakap kat member aku, kalau cam tu ko undila pembangkang.... biar harga turun sikit...

Pastu dia balas cam ni.... Bandar Kuching pembangkang yang menang... situlah tempat paling mahal di sarawak... lebih mahal dari KL...

so... sama je la...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard