Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bertuah sape2 dapat suami mcm ni


Senior Member

Status: Offline
Posts: 234
Date:
bertuah sape2 dapat suami mcm ni


Lebih kurang tiga  minggu yang lepas saya membawa
isteri ke  'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada  saya kepalanya pening, rasa mual dan  badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya  dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh  kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia  jumpa doktor dan ternyata.... isteri  saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak  dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan  sejarah masa
depan akan pastinya berubah  lagi.

Dia akan  merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang  baginya, termasuklah bau badan saya.  Morning
sickness yang teruk sekali bagi  isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja  sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak,  apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya  semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu  asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak  dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat  luarlah sebab dia tak boleh bau badan  saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang  macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan  saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan  insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca  Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang  kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan  membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri  sebelum tidur
sehinggalah dia  terlelap.

Sekarang  saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai  ubat tidur bagi isteri dan anak  dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3  jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa  bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya.  Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya  ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu  iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada  pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah,  kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis.  Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan.  Segarang-garang harimau pun tak makan
anak,  apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku  pada
kemudian hari adalah diluar bidang  kuasa
saya. Siapa saya untuk  mempersoalkanya.

Saya  bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat,  asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita  kepada diri saya. Adayang  menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu  mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang  mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak  tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang  mempunyai hubungan rapat dengan  kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami.  Bagaimana?

1.  Semasa anak atau isteri kita sedang tidur  inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya  diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah  sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling  optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah  conscius mind (minda  sedar).

2.Sentuhkan  ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian  sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun -  ubun orang yang ingin anda  nasihati.

3. Semasa  ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas  junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah  al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir  didalam
hati dan jangan putuskan zikir  anda.

4. Angkat ibu  jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan  zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara  yang agak perlahan agar tidak  sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang  ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan  menasihati
isteri saya agar tidak selalu  melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak  bersabar.

Nasihatilah  orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja  nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan  zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama  dengan  nasihat
anda

5.  Anda akan dapat melihat reaksi yang dia  sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak  matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan  diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah  ini.

Pernah di  zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man),  seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu  Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab  bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40  tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar  pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan.  Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan  sudah di didik. Namun apa yang  ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu  Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh,  manakala isterinya juga
sudah di didik dan  Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari  kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal,  acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan  kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan  isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri  kita
sendiri.

Saya  bacakan kisah ini kepada janin yang  sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya  sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan  dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara  Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan  nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim  kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul,  para nabi,wali songo, tujuh wali  melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati  agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang  didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka  nanti.

Dalam  kepekatan malam, isteri saya sudah pun  yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca  surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap.  Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit  malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil  semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya  bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar.  Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani  saya disini, kami
akan bercerita tentang  segala-galanya, tentang masa
depan, tentang  anak, tentang cinta, tentang  tuhan.

Saya terus  merenung langit malam, saya anak yatim
piatu  yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa  ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah.  Bermula dari saya akan wujud
salasilah  keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati,  Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak  akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia  tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah  kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit  seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang  teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air  mata ini mengalir lagi. Mudah benar  ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah  terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah  biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan  guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan  sia-sia.

Saya tidak  mahu terus melayan perasaan,segera  saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri  saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah  'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa  bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi  harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada  saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu  'bintang timur kecil' dalam hidup saya



__________________
aku manusia takut ke neraka...
namun aku juga x pantas ke syurgaMU..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

haii...... sapa la yg pandai2 bukak citer haku nihhh.............!! huh.....!! sungguh siddiq dan fathonah skali perlaku haku tu.....!!

eh...!! terangkat bakul sendri plak.... kui kui kui.............!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

err..sedehnyer citer ni..mengajar kita utk menghargai kehidupan kita sekarng..bak kata pujangga omputeh "b hepy wt wat u hv; there's sum1 in this world without it"..

err..ko anak yatim gak ke asbestos?

__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

asbestoz ni ank kepada pak yatim bukannye anak yatim..

aku slalu berdoa, agar suami aku dapat melengkapkan segala kekurangan yg
ada pada aku n aku dpt melengkapkan segala kekurangan yg ada pada dia..insyaallah..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard