Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: aku x mau keje...gaji ciput


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:
aku x mau keje...gaji ciput


Sudah lama aku ingin perkatakan hal ini.Kenapa ramai sangat graduan lepasan IPTA dan IPTS yang menganggur...Adakah ini kerana kerajaan kita tidak proaktif dan tidak peka dalam menyediakan ruang pekerjaanJawapannya tentu sekali tidak,ini adalah kerana sikap kita sendiri yang malas dalam mencari pekerjaan. Begitu ego dalam memilih pekerjaan..aku lepasan U,layak jadi engineer xkan nak kasi gaji 1500 je.Ini adalah contoh ungkapan yang selalu kita dengarterlalu ego ngan ijazah yang ada..Apa salahnya jika keje dulu walaupun gajinya tidak setimpal dengan kelayakanKeje dulu dalam mencari pengalaman..

 

 

Lagi satu kenapa graduan kita terlalu payah hendak mendaftar nama kat KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.Begitu juga, betapa susahnya ggraduan ini mengisi boring SPA8 yang hanya mengambil masa 5 minit untuk dilengkapkan.Tetapi sanggup menghabiskan byk masa dlam berchatting..

 




__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

siannye la takde sape reply...... ke sbb ramai yg menganggur?????.......

berchatting???????? berchatting takpe... asalkan mendapat kelebihan hasil dr chatting tu.. mn tau bila chatting dpt lak keja.... dr situ bmcm2 peluang ada di depan mata..... kalu betul dlm berchatting akan meramaikan kawan.... dri kawan akan terbuka byk peluang pekerjaan.... kalu tersilap chatting akan binasa diri..... n paling bagus dr chatting akan dpt juga pekerjaan tetap di depan mata.... SURIRUMAH SEPENUH MASA.... kerja jugak kannn

(riepan... jgn la ko dera bini ko kat umah tu... sian puan gabriella.... ko ingat dia kat umah tu tak buat keja ke.... pagi petang dok buat keja umah... mlm lak nak kerja ngan ko lg..... jgn la hina beliau ngn kata nista begitu sekali.... sian aku tgk muka tembok beliau tu kesedihan)

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

aku tak nak keje..
aku tak nak wat pa2..
tp aku nak duit..
apa jak aku nak..semua ada...
mcm mana???????

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 122
Date:

itula mentaliti ank muda skrg..bile da grad..da ad ijazah, ingt trus bole dpt gaji riban2 ke??
jgn harap la ad kompeni yg nk bg gaji tggi..
jgn pilih kerja.... kerja dulu ape2 pun..biar dpt pengalaman....yang penting korg x menganggur....
pengalamn kerja 2-3 bulan tu lg bermakna drpd korg duk menganggur menghabiskan reta mk bpk korg.. walaupun korg ank org kaye skali pun... korg x kn xde pride...xkn ko rela makbapak ko tanggung ko...
wahai para graduan baru, sila la ubah mentaliti anda, jgn terlalu demand sdngkn value korg x tggi mane pun.. 0 experience....kalo kompeni nk byr gaji tggi baik die amik org yg berpengalaman....

__________________
kalo kail panjang sejengkal, pi mancing parit je la......

suRveyor cAbuk.....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

itulah masalahnya sekarang ni..segulung ijazah bukanlah tiket untuk kita mendapat sesuatu keje yang gajinya ribu-ribu..tetapi pengalaman yang membuatkan nilai kita menjadi tggi..tidak kiralah apa jua bidang anda ceburi, pengalaman adalah penting..walaupun pengalaman keje dulu tidak bersangkut paut ngan bidang anda tetapi sekurang-kurangnya anda boleh aplikasi pengalaman tersebut....

Akhir kata marilah kita sama-sama memajukan perut sendiri dengan meminum air sirap sebanyak mungkin...kerana perut itu melambangkan kesejahteraan hidup...

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 122
Date:

bile terlalu memilih kerja, kerja xdpt korg yg tah kemane...
bile nanti dh xde kerja, br la korg meminta2....
ijazah segulung di jaja2... gaji sikit merungut sje...
dr korg pening kepale, baik korg pi carik keje..
bersyukur la dgn ape yg ad...insyaallah, ad rezeki x kemane..
jgn korg lupe berusaha, Allah dh janjikan rezeki kite...


__________________
kalo kail panjang sejengkal, pi mancing parit je la......

suRveyor cAbuk.....


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

huh....aku stuju sgt kau ICU bukak topik ni.....kekadang tu aku naik meluat nenguk bebudak yg so called ada "Paper" ni.....berlagak....sombong....bongkak....takabur....ujub....dll...ahakz

Aku dulu x de camni....mungkin sbbaku ni sekolah pondok jerrr kut....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Kisah Celup Dari Senior Aku...
(Lebih Kurang La... Tokok tambah sikit bagi jalan cite die best...)

Jam menunjukkan 8.50 pagi.... Alamak... Dah lambat nie... Intervier jul 9.00... Aku berlari-lari anak... Kaki ku baru melangkah ke pintu gate Jabatan XXXXX.... Ini kali ke berapa aku cube untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerajaan... Aku melangkah dengan penuh harapan berbekalkan Diploma yang aku ada...

Nasib Baik.....
Nasib Baik aku sempat... Walaupun aku bernasib baik, tapi disebabkan kelewatan aku, maka aku diletakkan senarai last sekali... "Haizzzzzz.... Kul bape la aku masuk nanti" kataku di dalam hati...

Tengahari....
Alamak, dorang suh rehat sejam... Dalam separuh orang dah lepas interview.... Dan sesi tersebut ditangguhkan sebab pegawai yang menemuramah nak gi lunch....

Petang...
Dalam kul 5.00... Akhirnya giliran aku sampai... Aku yang terakhir... Aku melangkah masuk dengan penuh harapan... Baru jer aku melabuhkan punggungku tiba-tiba... Pegawai tersebut berkata "Ermmm... Jam dah kul 5 nie... awak balik jer la..."... Apa!!!! Aku baru duduk nie, interview pn belum da suh balik... Giler ape... "Kenapa Encik??? Saya tak layak ke??" balasku... "Bukan tak layak.. Kami nak balik dah nie.. Jam pn dah kul bape... Sebenarnya kekosongan ade 3 orang jerk.. Sume dah ada orang isi.... Salah sorangnya, Anak Pemandu Pengarah.... Tak yah la awak buang mase... Balik jer laaa"....

Kalo korang tak hangin ker?? Dari pagi smpi ke ptg melangut tak buat ape.... last2 kene halau... siutttttt jerk....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

Dihari yang lain pula..

Berbekalkan sekeping diploma yang ada, terdapatlah seorang insan yang berbekalkan semangat yang membara melangkah keluar dari rumah kerana mendapat panggilah temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan dalam salah satu jabatan kerajaan.

Lebih kurang jam 8.00 pagi...
Temuduga dijalankan, temuduga ini merangkumi akamedik dan juga fizikal. Maklum la kerja yang dipohon memerlukan kekuatan fizikal. Seramai lebih kurang 76 orang yang menghadiri temuduga tersebut bagi mengisi 5 kekosongan. Ini belum dicampur permohonan seluruh negara lagi yang mana kekosongan adalah sebanyak 40 orang sahaja.

Lebih kurang jam 4.30 petang...
Temuduga yang dijalankan pun berakhir, para pemohon dijanjikan jawapan dalam masa terdekat.

Lebih kurang 2 bulan kemudian...
Aurat jawapan telah pun diperolehi..dan hasilkan bolehlah dijadikan harapan yang mana isi kandungannya berbunyi lebih kurang macam ni "Tahniah, permohonan anda bagi mengisi kekosongan telah diproses dan anda diletakkan sebagai calon simpanan".

Maknanya x berjaya la tu...

Di satu masa yang lain lagi..
Kesemua peserta yang berjaya menjalani kursus yang diwajibkan. Jika dilihat pada fizikal kebanyakan peserta ini amatlah tidak menepati piawaian bagi mengisi jawatan yang ditawarkan..

Lebih kurang pertengahan kursus...
Dalam tempoh masa ini, terdapat lebih kurang 7 orang cabut lari kerana tidak tahan menjalani kursus. Bila diselidik rupanya ketujuh-tujuh mereka ini menggunakan "kabel" ataupun orang dalam bagi mendapatkan jawatan tersebut..

Jadi persoalan aku disini, kenapa tiada ketelusan dalam melakukan temuduga??..kenapa manusia hari ni terlalu mementingkan kroni??..kenapa perkara ini terlalu berleluasa dalam sektor kerajaan??...kenapa dan kenapa dan kenapa ini semua boleh terjadi??..

Rupanya inilah reliti sebenar kehidupan...amatlah perit tanpa keadilan yang sewajarnya...

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

sepurnama di masa dulu...

aku masih ingat lagi mcmana susahnya nak interbiu masuk keja... ikut nasib..kalu ada rezeki dapat la keja tu.... aku juga la slh seorg di antara org yg penah interbiu yg memerlukan beberapa saringan... ingat sng ke nak masuk keja wp org kata tmpat aku keja ni nmpak gah... tp realitinye ada juga kwn aku yg dua thn slps aku msk keja dgn sngnye dia dapat masuk trus dgn mgunakan kabel letrik kot... tp huh... kualiti yg mmg tidak memenuhi piawaian aku.. syuh..syuh... buat keja mcm haprak je... baik aku ngular2 pun bos puji keja bagus (bukan angkat bakul sndiri... tp realiti)... so dlm kerajaan ni mmg tak dinafikan ramai yg spt apa yg icu atau mat ceritakan.... sbb tu jgn tkejut kalu korg dpt layanan teruk bila berurusan di kaunter jabatan kerajaan... tp aku tak kata semua... tp kebanyakannye.... muka msm.. aku rs moncong tu boleh buat sangkut hanger suar jeans aku kot....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

Mengimbas ke masa lalu...Kejadian berlaku di kaunter pertanyaan..

"Cik, boleh saya tanya sikit tak".dengan lembut seorang warga emas bertanya. "hah, tanya la.." dengan gaya angkuh pertanyaan itu dijawab. "makcik ni nak isi borang tapi x tau macam mana cara nak isi..boleh cik tolong tunjukkan". "tu kat depan tu ada panduan, makcik pegi la tengok panduan tu.." sambil menunjuk borang panduan dengan muncung mulut.."tapi makcik ni x pandai menulis"balas warga emas itu lagi..."lain kali kalau tak tau menulis, bawak la nak ke, cucu ke datang sini"dengan gaya yang agak bongkak percakapan itu dimatikan...

Disini aku merasakan kebanyakan pekerja sektor awam ini agak tidak pandai ataupun penuh dengan kesombongan menjawab persoalan dari orang awam yang mahukan layan yang baik..aku kembali merenung slogan yang telah dicanangkan oleh kerajaan iaitu "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"..aku berfikir kembali, dimana silap slogan yang amat indah ini...adakah ianya diaplikasikan????...persoalan ini biarlah menjadi persoalan sahaja, anda semua boleh membuat penalaian yang sewajarnya...

Kebanyakan kerja-kerja disektor awam kini dimonopoli oleh meraka yang bagi aku kebanyakannya amatlah tidak layak menjawat jawatan tersebut...Jadi, dimana nasib graduan-graduan yang benar-benar layak ini....di sini aku melihat pelbagai pro dan kontra..pelbagai kerenah birokrasi..dan pelbagai lagi penyebab sampingan.....




__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

memaklumbalas kepada otai-otai...

sebagai penjawat awam, telah disediakan peraturan yang telah
berkuatkuasa pun...

peraturan khidmat pelanggan yang tertulis di dalam..
Panduan Pengurusan Pejabat Bahagian V
 -Sistem Penyampaian Perkhidmatan -
peraturan 5.1. Perkhidmatan Kaunter
subperturan (j):   memastikan pegawai yang bertugas di kaunter sentiasa mesra, berbudi bahasa dan memberi senyuman semasa berurusan dengan pelanggan. Mereka hendaklah diberi latihan sewajarnya

tanggungjawab front liner terletakkat individu yang menjalankan t/jawab..
org yag ICU jumpe tu.. patut diberi latihan... dan ketua jabatan
mungkin terlepas pandang dengan pelaksanaan tugas oleh peg itu...

peti cadangan dan peti aduan ada disediakan
sebagai orang awam boleh membuat aduan melalui borang disediakan..
dan peg boleh diambil tindakann sewajarnya..

bagi pengambilan jawatan pula...
kuasa terletak kepada panel temuduga...
selagi calun menepati kelayakan sebagaimana iklan...
memang perlantikan boleh dibuat...

soal main kabel letrik .. jika cukup bukti... aduan boleh dibuat kepada pihak yang
SPRM...(Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia)...
biar mereka menjalankan tugas....

Peraturan -Peraturan Pegawai Awasm (Kelakuan dan Tataterib 1993)
Bahagian II Tatakelakuan peraturan 4...
boleh digunapakai untuk mengendalikan kes2 bagi
pegawai awam yang menggunakan kedudukannya untuk
kepentingan diri, keluarga handai dan taulan..

kesalahan boleh dibendung jika kita sebagai orang awam..
atau pihak yang tak berpuas hati ... membuat aduan melalui saluran yang betul
dan mepunyai bukti kukuh...
pelaksanaan undang-undang dan peraturan boleh mengadili mereka ini...

kerajaantelah lengkap menyediakan apa yang sepatutnya ada dalam jabatan
kerajaan...
cuma sikap dan mentaliti penjawat awam itu sendiri...
mengubah spek orang aam kepada jabatan kerajaan
sapa yang rugi?

(aku bukanla bijak... bijak lagi cik puang raddinaz.. bijak lagi bro blues... tapi masalah tak selesai jika penyembangan begini terbaca oleh mereka yang berkenaan.... aku bukan x pernah jumpa dengan pegawai yang haprak maacam nie... sombong x menyudah.. macam dia sorang jerk yang keje kerajaan... dalam ati menyumpah sakan... tapi ramai jugak aku berjumpa dengan kakitangan keraaan yang berbudi bahasa serta ramah tamah...kalu kat johor... ko pergi lah jabatan kerajaan terutama kat johor bahru (nusaajaya..) ko akan jumpa orang yang berbudi bahasa... front liner yang mesra.. cun... tersenyum... sebab negeri johor ke arah menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan penyampaian khidmat pelanggan yang berkualiti...)

cik puang raddinaza... cik ICU.. cik mat matematik...
aku bukan nak menyangkal pengalaman korang...

ada lagi ..... pasal sesi temuduga... dari pagi sampai ke petang...
aku  sebagai pihak urusetia temuduga di  tempat aku..
panel kami x pernah berbahasa sedemikan rupa...
dan jawapan balas dari hasil sesi temuduga dimaklumkan beberapa hari
kemudian melalui jawapan bertulis....


pemberian maklumbalas ini sebenarnya cik puang radin danbro blus serta icu juga telah maklum... aku mengingatkan diri aku jek...

sekian adanya, terima kasih.

(baddarsila/baaddarudin/badar azmi/badariah/baddam/)







-- Edited by baddar on Wednesday 30th of June 2010 07:03:56 AM

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Pengalaman aku sendiri

kul nam pagi
Bgn laju2 g mandi x sempat gosok gg. nk g intebiu. takut telambat.

kul nam suku.
smyg subuh

kul nam sengah
smyg sunat

kul nam 45
baca yasin

kul 7 sengah
tetido d sejadah

kul 8
mak kejut2 suh bangun

kul 8 seminit
Aku bingkas bgn naik bot terus g tpt intebiu

kul 8 sengah
sampai je x de org. Upanyer aku salah ari daa.. Cis! terus aku lepak kat kedai mamak sambil pekena teh piat telinga.



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku mmg tau perangai huduh ko aliza... tido mcm bdk berendam... org simbah air pun ko tak rasa apa....

berbalik pd topik di atas....

wp aku kakitangan kerajaan gak... tp aku takde la rs nak tunjuk riak dgn keja aku.. tu semua rezki tuhan beri... tp yg aku tak leh terima yg buat muka sombong... lagi2 yg front liner..... ada la kdg2 client dtg nak jupe staf atas... bleh mamat client tu tnggu sampai 1-2 jam... yg diaorg ni leh la berchatting...siap fb tuh... kdg2 ada yg siap downlod lagu tu.... ni keja ke.. buat2 keja... lain la kalu ko mmg tgh free takde keja nk buat tu lain la citer... tp spjg aku tgk keja2 kuli batak tu staf2 mcm aku gak yg buat.... staf2 bawahan ni boleh lak claim itu bukan tugasan mereka... pdahal kita amik keja diaorg utk meringankan beban keja kita.... kena time mcm ni mmg la free skit... kena time yg sibuk...gc pun aku lgsg tak jengah....aku pun xtau apa yg dh ada dlm kepala diorg ye... kang aku sebut diaorg keja apa... nanti mcm lak mnjatuhkan maruah... tp aku rs skrg ni level keja diaorg mcm setaraf bos...boleh lepak2... lennggang kangkung.... bos pun nmpak je lepak.. tp dlm kepala byk bnda pikir... meeting sana sini...

dah la... aku nak siapkan sirap2 yg customer aku order td... dh nasib aku... pekerja2 aku mogok lapar sbb bos tak naik2kan gaji.... dtg keja 2 jam je ada ati nak mintak naik gaji.... keja..keja...

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

erm... bila citer pasal keje ni aku setuju ngan beberapa senior kat topik ni....
mmg kerajaan susah nak dpt keje tetambah klau xde kabel car... aku pernah alami benda ni...
kalau mohon jawatan tinggi xpe gak ni aku mohon jawatan biasa2 je xde kaitan ngan ijadah aku, aku mohon atas lesen spm.. pun xdpt... cuba ngan ijazah plak.. pun xdpt gak... pastu sebarkan kat media elektronik n cetak " ada banyak peluang pekerjaan di sektor kerajaan tp para graduan xpernah hdk memohon" ini satu penipuan..., aku boleh bg rakaman suara n gambar masa aku mohon kat D.KL, klau yg xde kabel kena interview mcm biasa ikut giliran klau ada kebel kena tunggu... pastu bila aku tanya kat sorg staff D.KL, dengan selamber mengkarung jer cakap "kalau xde kabel susah nak dpt jawatan ni...."

arghhh.... menyampah.....!!!

__________________

staydo gembo-gembo,totap den.......



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

bagi laluan eh untuk aku merespong lagi...

sebenornya ..tak dinafikan pun apa yang korang sembang kat atas tu...
nak keje kerajaan niee.. kalu ada kabel memang mudah larr..
lebih-lebih yang berkait mait dengan sedara ngan panel temuduga...
lebih larr.. mudah...
banyak dah aku jumpa... ada sedara... leh dapat keje
x kira jawatan kecik atau beso...
tapi tak dinapikan juga...
kalu dah rezeki seseorang tu... tak ada kabel...
x ada kaitan sedara ngan panel... dapat jugak keje..

dan pengalaman aku sendiri...
aku dapat kerja x ada sedara..
x ada kabel...
tapi lama sikit  baru dapat keje yang macam niee..
Alhamdullilah.,.. ada jugak rezeki Allah bagi..

Cume yang kesian tu ler... calon-calon temuduga...
dari pagi sampai ke petang...

(aku : pengalaman aku sebagai urusetia temuduga...
x pasal-pasal aku menanggung beban dan tuduhan mereka
yang x berpuas hati... kerana mereka atau anak atau
sedara x dapat keje di tempat aku ... sedangkan aku x ada kuasa
pun dan aku bukanlah ahli panel temuduga .. lagi haru........)

__________________

make me feel it



Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

orang sekarang ni hanya menang atas nama sijil aje macam Diploma, Degree tapi pengalaman kerja takde...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

hmmm aku ni sekrg ngah mencari kerja,, p interview sana nie.. aku xkisah keje ape pon tp cukup sush nk dpt keje.. adoii la...

__________________

"mencari ketenangan"

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard