Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: boikot


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:
boikot


apa pendapat korang tentang penghinaan islam oleh negara BELANDA...
aku rasa mari kita sama2 boikot barang buatan belanda..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

boikot?????//...apakah itu tindakan yg terbaik????minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove..ini adalah contoh produk belanda.......

berikut adalah petikan yg aku dpt dari internet:

Filem yang lebih bersifat dokumentari itu perlu dijawab dan diberi penjelasan maksud sebenar ayat dan sebab turunnya ayat berkenaan. Di sinilah aku merujuk kepada perlunya seorang ustaz ataupun yang lebih mendalam ilmunya tentang perihal ini.

Jika kita sekadar mengutuk Geert Wilders itu tanpa menjelaskan maksud sebenar ayat yang dirujuk itu, kita seolah-olah sekadar menafikan, tetapi tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan kepada umum.

Contohnya sebahagian ayat 60 Surah Al-Anfaal yang dirujuk dalam dokumentari berkenaan:

"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu..."

Ayat ini diambil sebahagian dan digambarkan pula dengan tragedi 11 September. Seolah-olah Islam menghalalkan perbuatan 11 September itu.

Sedangkan sehingga hari ini masih tidak dibuktikan siapa pesalah atau individu yang benar-benar terlibat dalam tragedi ini. Cuma yang timbul adalah pelbagai persoalan adakah insiden itu benar berlaku seperti mana dakwaan Amerika atau tragedi ini merupakan satu dari siri 'lakonan' sepertimana yang cuba didedahkan oleh beberapa pihak.

Sepatutnya ayat itu perlu dilihat secara keseluruhan dan dilihat kepada sebab musabab turunnya ayat berkenaan. Di sana kita akan tahu orang yang bagaimanakah yang mesti diperangi, dan apakah pula batasan atau penyebab musuh itu boleh dimaafkan. Penerangan sebegini aku rasa perlu dan wajar dilakukan juga manerusi internet.

Jika ayat 60 surah Al-Anfaal itu dilihat kepada ayat sebelumnya iaitu ayat 55, 56, 57, 58 dan 59 sudah tentu pemahaman kita terhadap 'memerangi' musuh sebenarnya bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Jika ayat 60 itu disambung pula dengan beberapa ayat kemudiannya, maka di situ terletak kemaafan dan pengecualian bagi mereka yang perlu diperangi




__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Jangan takut ICU.... aku dah pun hantar surat pembaca ke Forum Utusan Malaysia.... insya Allah, kalau surat aku diterima... mungkin disiarkan dalam ruangan forum tu.... aku ada kasik idea yang penggiat filem Islam perlu bersatu seluruh dunia untuk menerbitkan filem yang menjawab berkenaan filem dajjal fitna tu... yang buat demonstrasi... biarkan kita berdemonstrasi dan boikot... tapi yang lebih bagus.. penggiat filem islam perlu berjihad dengan menerbitkan filem yang menyangkal dakwaan mereka dan menerangkan perbuatan terkutuk diorang.....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

itulah maksud aku, sepatutunya kita wat sesuatu dalam bentuk penjelasan bukannya sekadar menafikan apa yang dibuat oleh Geert Wilders...mungkin mereka(golongan bukan islam) x paham maksud sebenar tentang Islam....maka disinilah pentingnya para cendiakawan kita menerangkan maksud sebenar samada dalam bentuk filem,dokumentari mahupun apa2 saja bahan yang boleh mmberikan penjelasan sebenar.........

pada pandangan peribadi aku,boikot ni merupakan sesuatu tindakan yang kurang bijak serta tidak releven memandang jalinan @ kepesatan ekonomi negara kita sekarang.....tp jika ada kalangan kita yg benar2 ingin mmboikot barangan belanda aku alu-alukan......






__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH


Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Walls - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Ladys Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

*Ni antara produk Belanda y ptt kita boikot.

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

Asslamualaikum dan salam sejahtera..

Pertama sekali sebagai warga muslim,aku mengambil kesempatan untuk mengutuk sekeras-kerasnya apa yang dilakukan oleh Geert Wilders yang juga seorang ahli parlimen dan juga ahli majlis perundangan Belanda dalam menghina agama Islam.

Aku berpendapat tindakan memboikot barangan belanda seperti Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove(sekadar menyebut beberapa contoh) merupakan satu tindakan yang paling lemah.

Lalu timbul persoalan di benak aku yang teramat cetek pemikiran ini,kenapa bila ada sesuatu isu yang membabitkan Islam dan negara kita Malaysia kita mesti memboikot barangan tersebut?Kita selalu mengutuk perbuatan-perbuatan dan isu-isu yang dibuat oleh golongan bukan islam dalam menjatuhkan agama Islam tetapi kita sekadar mengutuk semata-mata. Disini aku berpendapat jalan yang terbaik dalam isu ini adalah kita memberi penerangan apa itu islam yang sebenarnya? Penerangan ini bolehlah dibuat dalam dalam bentuk yang paling mudah untuk disampaikan samada dalam bentuk dokumentari mahupun filem.

Selagi penerangan ini tidak dilakukan dengan penuh hikmah selagi itulah masyarakat bukan Islam akan terus memandang serong ajaran Islam yang dilabelkan sebagai pengganas.

Sebagai Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka kita adalah menjadi tanggungjawab kita bersama bagi menerangkan situasi sebenar kepada golongan-golongan terbabit dan bukannya sekadar memboikot barangan @ produk Negara terbabit.

Ini adalah pendapat aku semat-mata,jika ada kesilapan tolong tegur..

-unit rawatan rapi-


-- Edited by unit rawatan rapi at 16:22, 2008-04-02

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

ye...ye.ye biskut sokong ngan pendapat icu....betul tu....

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 127
Date:

pokcik pon nak menyokong gak kenyataan icu tu....

boleh juga nak boikot tp bak kata icu, itulah selemah2 cara..
dengan buat penerangan, barulah laknatullah2 nie akan tau apa itu islam sebenarnya.. bukan sekadar hanya pada nama tapi meliputi keseluruhan hidup nie...

peace.gif
just me 2 cent
adzha mss

__________________
~i yem meself...~ :devilish:


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

Kalau setakat boikot barang mereka,aku rasa tak memberi kesan apa2 pun.Kalau berperang sekali pun,kita pasti tewas.Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa jika kita sendiri tidak mengubah nya.Kita kena ubah mentaliti kita.Canang kan ke seantero dunia bahawa islam bukan agama keganasan.Nabi kita tak pernah ajar.Buddha juga tak pernah ajar.Dewa2 kepercayaan hindu juga tak ajar.Nabi Isa tak ajar.Yang ajar ialah BUSH dan konco2 laknattullah je.Mereka sentiasa mencari peluang biar sebesar pasir sekali pun untuk menghancur kan islam.Orang2 islam pun banyak yang tak bersatu.Mereka bersatu bila Nabi kita dihina saja.Lepas tu senyap.Sambung gaduh balik.Sepatut nya umat islam berusaha tanpa jemu menaik kan darjat keagungan islam baik dari segi fizikal,jiwa,roh,hati,perangai,ekonomi.ilmu,ibadah dan mcm lagi.Fikir2 kan lah....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

Mister Rie wrote:

Jangan takut ICU.... aku dah pun hantar surat pembaca ke Forum Utusan Malaysia.... insya Allah, kalau surat aku diterima... mungkin disiarkan dalam ruangan forum tu.... aku ada kasik idea yang penggiat filem Islam perlu bersatu seluruh dunia untuk menerbitkan filem yang menjawab berkenaan filem dajjal fitna tu... yang buat demonstrasi... biarkan kita berdemonstrasi dan boikot... tapi yang lebih bagus.. penggiat filem islam perlu berjihad dengan menerbitkan filem yang menyangkal dakwaan mereka dan menerangkan perbuatan terkutuk diorang.....



Macam maner nak terbitkan filem2 berunsur islam, sedangkan pengarah, penulis skrip dan yang sewaktu dgn nya tgh sebok dok terbitkan filem2 alam korporat, drama cinta tangkap nangis dan yang sewaktu dgn nya....?

Mmg betul cadangann itu bangus, tapi kita perlu lihat pada asasnya. bukan pada apa yang patut dibuat selepas terkena, ibarat "sudah terhntuk baru terngadah" (betul ker nie?)... sepatutnya kita "Sediakan payung sebelum hujan"

Yang paling penting sekarang, kita musti bertekad untuk tanamkan iman dalam setiap diri yang muslim... bila iman sudah ada, datangla hapa pun, pasti kita takkan tergugat...

Bab2 terbitkan filem nie, dah kira peringkat atas dah nie.... kalu pun diterbitkan beratus2 filem berunsur islam, kalu tiada jiwa islam, agak2 korang sapa nak tengok filem itu?



__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku dr smlm tak phm apa bnda yg korang sembangkan..... dok kutuk2 brga belanda.... pastu ada la sorang makhluk nirrajim ni menyedarkan aku bhw ada st makhluk dr belanda ni telah mengekplotasikan islam dia mata dunia.... pastu aku bukak la apa ke bndanye... yela dikesibukan kota yg penuh pancaroba smpai aku tak sempat mengetahui pkembangan semasa dunia.... nauzubillah... ada lagi makhluk yg bertopengkan syaitan begitu memporak perandakan keamanan dunia.... dulu kes yg diaorg lukis katun nabi muhammad S.AW., pastu kes buat filem kapal nabi nuh.... ni latest buat lagi..... ulat la jadiknye mereka di akhirat nanti....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

td aku bru tgk video Fitnah tu... aku sedih sbb seowg yg bangang lg bangang lg suwei mghina islam... n den raso nk jo masuk kn bom atom dlm perut owg yg wt cito ni... biar lotup bom tu kasi bekecai... mmg ptt pn kite boikot barangan drg.. bkn stakat boikot barangan, org2 belande xpayah nk dtg sini... geraaaammmm yeeeee akuuuuuuuu!!!!!!

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

aku nak tgok gk..
uhuhu..
ape dia yg korg marah2 ni?
aku nak tau gak..
yg pasal diaorg lukis katun nabi muhammad S.AW tu jer aku tau..
yg pasal kes buat filem kapal nabi nuh tu pun, aku xtau sgt citer die..
yg latest ni mende ape eh?
aku nak tau gak..
nak cari gak pasal tu..
gtau rrr aku nak carik katne..


__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

hush butui tu...butui tu....kte jgn boikot je...tp... wat tindakkn sewajarnye... melalui filem adelah salah satu jln yg terbaik dn melalui laman web jugak perlu ade.....

Marilah kite reramai berdoa kpd Allah supaya kite idup aman damai dn musnahkn si dajjal2 yg porak perandekn keamanan yg telah di bina....huhuhu....

erkk...cik ita try la...tgk video tu kat Url ni....:-

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8307


-PEACE-

__________________
Biso Bonar


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

perlu ke boikot barang belanda?....

kat malaysia nih yg keje kat kilang dutch lady... yg keje kat shell...byk gak org melayu...org Islam... apa nak jadi pada diorang kalo kita boikot brg2 tu sumer... mestilah beliau sumer takder keje... saper nk bagi nak bini diorang makan.... produk2 tu sumer buat kat malaysia kan?...

perlu ke boikot negara belanda?....

lebih kurang sejuta rakyat belanda tu beragama Islam. (kalo korang pernah baca statement salah sorang imam kat sana....). takkan la kita nk boikot diorang gak kot.....kita boikot jer pengarah yg buat filim tu.....  

Pengarah (ntah hapa ntah nama beliau...) tu sebenarnyer mmg suka cari pasal dan suka buat org Islam marah.... kira macam provok la.... bila ada sesetengah dari kita yg mula buat rusuhan ke... bantahan secara ekstrim ke... tu menunjukkan lagi yg Islam ni kononnyer ganas... tu la tujuan dia gaknyer....
jangan dilayan la org giler camtu.... sajer nk porak peranda kan umat Islam sedunia.... sajer nk membangkitkan api kemarahan kita... sajer nk suruh kita bertindak ganas.....huh!!.. nyampah i......furious

boikot makan nasik.....nak diet ar.....biggrin

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 268
Date:

JOM BERSATU HATI... BOIKOT BARANGAN BELANDA... TAPI BUKANKAH LEBIH BERKESAN KALAU NEGARA BUAT EMBARGO TERUS TERHADAP BELANDA? TAPI SAPALAH ELI NI NAK KATA MACAM TU KAN?

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

true....true....mari kite boikot belanda....sume yang ada kene mengena gan belanda harus di boikot....

Radin : Mat meh la join aku makan buah durian BELANDA nie..

Mat : Hoh!! boikot..boikot...

ICU : yang nie ko mesti nak....sate ayam BELANDA...layan nie....

Mat : boikot...boikot....

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 127
Date:

chek_am8848 wrote:

 

Macam maner nak terbitkan filem2 berunsur islam, sedangkan pengarah, penulis skrip dan yang sewaktu dgn nya tgh sebok dok terbitkan filem2 alam korporat, drama cinta tangkap nangis dan yang sewaktu dgn nya....?

Mmg betul cadangann itu bangus, tapi kita perlu lihat pada asasnya. bukan pada apa yang patut dibuat selepas terkena, ibarat "sudah terhntuk baru terngadah" (betul ker nie?)... sepatutnya kita "Sediakan payung sebelum hujan"

Yang paling penting sekarang, kita musti bertekad untuk tanamkan iman dalam setiap diri yang muslim... bila iman sudah ada, datangla hapa pun, pasti kita takkan tergugat...

Bab2 terbitkan filem nie, dah kira peringkat atas dah nie.... kalu pun diterbitkan beratus2 filem berunsur islam, kalu tiada jiwa islam, agak2 korang sapa nak tengok filem itu?

 




pokcik menyokong kenyataan nie... tgk la skang nie....filem2 yg diterbitkan lebih kearah yg tak tahu mana hala tujunya,.. takder nilai2 yg leh diserapkan untuk dilihat dari segi positifnya...

bila tengok pembikinan cerita tu, siap ada cakap.. "nilai2 murni yg ingin diterapkan dalam filem ini adalah bersifat kekeluargaan.." bagaimana dimengertikan dengan nilai2 keluarga kalau dalam filem tersebut penuh dengan aksi2 bergaduh, pergaulan bebas, etc..

kalau ada antara rakan2 yg da tgk filem "ANAK HALAL &  AKHIRAT"... Nilai la sendiri cerita nie...

salam peace.gif,
pokcik adzha mss



-- Edited by adzha_mss at 18:35, 2008-04-10

__________________
~i yem meself...~ :devilish:
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard