Dahulu, sebelum kita datang ke dunia ini, kita adalah hampir dengan Allah di alam arwah..
Sekarang di dunia, antara kita dan Allah sudah ada dinding pemisah yang menyebabkan kita tak nampak Allah, dan hanya hati sahaja satu saluran yang boleh menghubungkan kita dengan Allah, tapi bila hati ada kecintaan pada selain Allah, maka makin jauhlah kita dari Allah..oh!
Tahukah korang, apakah tandanya kita jauh dari Allah? Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah, kejap lagi aku cerita..
****
Dalam kedingan subuh itu, aku memulakan aktivitiku dengan membuang air besar, selepas membasuh air besar aku sebenarnya di wajibkan oleh Allah untuk terus mandi kerana hadasku juga sudah besar,
Ku berus gigiku, ku sabun tubuhku, ku shampoo rambutku, ku kencing dan ku berak
Hari ini aku mandi sendiri, esok esok orang akan mandi mayat aku, perut mayatku akan di tekan dan tahik akan keluar, hari itu pasti akan datang!!
Hari aku menjadi mayat, di baringkan dalam lubang kubur yang sempit, dan di alas dengan sehelai kain putih..
*****
Maka sebagai seorang islam, dalam kedinginan subuh tetap kena pergi solat subuh berjemaah, sampai bila nak solat subuh berjemaah? sampai jadi mayatinsyAllah
Namun, masjid tak ramai orang islam datang solat subuh berjemaah, macam kat kedai emas saje bilanganya , takde 'duit' ke nak beli 'emas'? bilakah masjid akan di banjiri manusia macam jom heboh atau perkampungan hadhari?
Berbalik pada tiga perkara yang menunjukkan kita jauh dari Allah :
Pertama: Kita suka menangguhkan taubat (aku ler ni..isk)
Kedua: Kita tidak berpuas hati dengan kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit..
Ketiga: Kita beribadat dengan malas
Dan tahukah korang apakah yang menyebabkan kita mendapat ketiga tiga perkara di atas? Jawapanya, kerana kita melupakan maut, melupakan mati dan melupakan mayat..
******
Pada awal Pagi itu, manusia telah berpusu pusu keluar dari rumah menuju ke tempat kerja masing masing, kenderaan mulai sesak di beberapa persimpangan, di hujung jalan kenderaan di laporkan merangkak rangkak dan ada tempat yang jam gile.., dan aku adalah seorang dari mereka bukak radio sambil drive, dengar laporan kesesakkan lalu lintas..
Sayang pada waktu yang fresh, dan pada waktu keupayaan minda dan jasad berada di tahap optimum, kita menuju ke arah dunia yang sementara dengan sungguh-sungguh, sementara petang nanti pulang dari kerja setelah penat dan letih, barulah kita (aku ler ni) menuju ke rumah Allah.., sampai tertidur-tidur time ceramah..oh! hinanya aku..
*****
Tahukah korang pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju kepada korang, datangnya bala tentera yang berjumlah 500 ini adalah untuk menamatkan riwayat korang, langkahnya tidak pernah henti, semakin hari semakin dekat, dan hentakkan kakinya boleh menggocangkan jantung korang, sedangkan T-rex yang mara boleh mengkocakkan air di cawan, angkatan tentera ini jauh lebih dahsyat hentakkanya yang boleh mengkocakkan hati!!!..
TUNG! TUNG! TUNG!
Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah korang, tujuannya hanya satu, untuk 'membunuh' korang. Tiada seorangpun yang dapat menghalangnya. . Tiada mana mana bala tentera pun yang dapat menghalangnya. . Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya. .
Itulah tentera Malaikat maut yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan korang kerana AKU DAN KORANG sebenarnya, telah DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEBELUM KITA LAHIR LAGI!!!!
KITA TELAH DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEMENJAK DALAM PERUT IBU..
Tapi manusia, di waktu tengahari, ketika azan zohor berkumadang, mereka memenuhi Bank islam, zoo islam, pasaraya islam, kedai makan islam, muzium islam, perpustakaan islam, sedangkan rumah tuhan orang islam masih banyak saf kosongnya..
***** Apa-apapun yang korang buat. Malaikat maut dan tenteranya sedang mara..
Dan.., Angkatan tentera malaikat maut ini telah mematahkan leher orang orang yang zalim dan kuat dengan MATI, dan telah mematahkan pinggang raja raja di singgahsana dengan MATI.
Dengan perintah Allah, malaikat maut telah tamatkan cita cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat dengan MATI.
MAUT akan menghantar korang dari mahligai yang tinggi ke lubang kubur di bawah bumi.
MAUT akan menghantar korang dari tempat yang bercahaya letrik ke lubang kubur yang gelap gelita.
MAUT akan menghantar korang dari dunia yang penuh pembantu, pekerja, kuli yang taat, namun kini korang terperangkap dengan ulat dan cacing di ruang yang sempit.
MAUT telah menukar makan minum yang lazat kepada debu debu yang akan menerjah ke mulut yang di penuhi air busuk..
Tidak ada lagi kawan kawan sebaliknya terpengkap dalam kesunyian yang menakutkan..
******
Matahari mulai tergelincir, manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing, ada yang cedera di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi, ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi..
Pernah tak kita cedera kerana ugama? Dan jika kita bergaduh di masjid kerana berbeza fahaman ugama, kenapa terus tak datang masjid?
******
Wahai korang yang tidak bodoh, tahukah korang siapakah yang paling bodoh? Benar!! orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat, Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh dan hodoh..
Maka sebelum jadi mayat yang bodoh dan hodoh, aku dan korang kena sangat masukkan isu kematian dalam kehidupan korang..
Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan dunia, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia hilang., Jika di bincang tentang matipun, maka akan di bincang tentang keburukkan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, kehilangan harta tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia,
Maka pesan Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu(lebih kurang maksud)
Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati.
Dalam majlis majils kamu,harus di adakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.
Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.
Tapi manusia masih perasan sibuk..di petang hari, setelah pulang dari kerja-kerja dunia yang memenatkan, manusia mulai menambah penat dengan bersukan sehingga maghrib, dengan alasan nak hilangkan stress..
Dan di waktu malam, manusia mulai bergerak mencari hiburan, juga untuk menghilangkan stress
Tengok wayang, tengok TV, lepak kedai kopi, berkaraoke dan lain lain.. nak hilangkan stress bang, dah sehari suntuk bekerja.., lantaklah..
Sesungguhnya sekiranya korang di ancam bunuh oleh sekumpulan gangster, apakah korang masih boleh berhibur dengan lagu? Masih boleh berseronok di pusat hiburan? Masihkah??? Tak boleh tidur aku rasa,..
Ingatlah tentera malaikat maut tak pernah undur, langkahan mereka adalah langkaham maut, datang untuk 'membunuh' korang Namun korang di tika ini (dan aku), masih berhibur di sini sana oh!
Di kubur sana, ada yang pandai menyanyi tapi sekarang senyap membisu.., ada yang melupakan mati tapi sekarang sedang menjadi mangsanya..
Dan yang takutnya, pada ketika ini, adalah kerana, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA..
Apakah alamat tetap kita?
Shurgakah?
Atau Nerakakah?
*****
Ps: Pesan orang alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum jadi mayat, hantarkanlah( sedekah, zakat, jihad) harta kita ke akhirat sebanyak banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka bila harta telah di hantar ke kehidupan selepas jadi mayat, maka hatipun rindu untuk jadi mayat.., insyAllah.
******
Tambahan:
Orang Yahudi lupa pada mati kerana sibuk dengan politik (rujuk Israel yang mempolitikkan dunia di palsetin)
Orang Majusi lupa pada mati kerana sibuk dengan sukan (rujuk sukan terbesar di dunia yang menyalakan api besar)
Orang Nasrani lupa pada mati kerana sibuk dengan hiburan (rujuk rumah ibadat mereka, ada alat muzik dan lagu lagu)
Orang Islam lupa pada mati kerana apa pula?, sibuk 'berdakwah' melalui politik, sukan dan hiburan???
******
Mata sudah mengantuk, kena tidur pulak.. Sekian, maaf kerana membebel macam mak nenek.., selamat malam!
Ps2: Orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat, Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
betul cakap abg tuh...skrang org da tak nak ckp pasal kematian...macam macam komen kuar kat paper bila ada yg cadangkan supaya disiarkan sajak kematian kat TV........................................
kang kalu cakap sal kematian org kate buang tebiat
ya arrr... btul kata PUAN TULIPAN tue knapa yeee... akau ada sorang kawan tu takut sangat aku cakap dia dah nak mati.. pedahal mati tu memang kita akan hadapi juga.. tak akan kita dpt lari dari kematian... tengok macam cik emma is death slambe je.. hikhikhikkk