Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Loloq... Lagu : Aduh Saleha Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir Penulis Lirik : Rosli Khamis ADUH SALEHA // Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan // Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat rindu berahiku pada kasih yang jauh // Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya jauh bukan jarak dan tempat // bukan jauh jarak atau di mana aku berada jauh nama dan pangkat // tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya Mana penggantimu hendak ku dakapkan // Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung dendam asmaraku pada cinta yang luruh // Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad luruh bukan daun dan bunga // Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit luruh jiwa dan badan // tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad Bertahun ku sandar percaya // Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya (adakah ia hanya disandar bukan dikandar?) tak mungkin padam cahaya // dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya cintamu bagai rembulan // Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada hilang dipandangan kala langit dilindung awan // Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima) Aduh mahkota terhempas // Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa) barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca // Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya
Sesudah berdarah barulah ku sedar // Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan
jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang // Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha // Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat) Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha // Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha // Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri ohh......... saliha // Tolonglah aku orang-orang yang soleh
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat penulis lirik ini, Rosli Khamis atau Loloq. Semoga rohnya dirahmati dan diberkati-Nya.
Nota : Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti. Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa ( sudah tiada).
Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.
Izinkan aku bertanya , sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ? Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ? Fikir dan jawab sendiri !!!
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Mmmm.. Kalo amir shah rukh khan x translatekan melodi ni mungkin x berapa nak perasan. Dah translatekan baru keperasanan tu jelas dan makin nyata. Tahaniah diucapkan.
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...