Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kenapa cuka cium ek???


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
kenapa cuka cium ek???


UNTUK MEREKA YANG ADA ANAK YEEKK....

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak berkata;

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti?
"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab...


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Ko tau x nape org x bls ko punya post?aku bleh bagitau.Sbbnya ko buat bndealah ni panjang benor.Agaknya mase ko skool dlu ko dpt 100% dlm karangan ye?

__________________
MyHotComments.com
MyHotComments Br0k3n H34RT


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

ehh uncle secretary, ko jangan nak kurang ajar dengan senoir geng ni. cube ko cek umur encik amirshah dan berapa beliau punya posting.538 tau.. dah tahap super member. aku pun budak baru jugak tapi masih hormatkan senior2 kita tu. walaupun kebanyakan atau sumer veteran atau super member kat forum ni, tapi aku tengok sumer jenis reti bahasa n hormatkan orang lain. ye laa walaupun mulut mereka dan bahasa mereka amat nirrojim wal-ifrit sekali. tengok laa dulu isi apa karangan encik amirshah tuu...orang tua cakap jangan nak menyampukkkkkk...

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

true....true.... dan aku rase post nie takde la panjang. sangat...macam dah lepak lapan tahun jer kat GC nie bagi pendapatan macam tu....Ungke Sekeers, ko baru lepak kat sini,tak perlu la ko wat komen yang memburukkan posting orang lain.... dah lame kat sini, baru la kot taw macam mane sifat-sifat terpuji dan terkeji ahli-ahli GC nie....forum nie tak macam forum lain... kami lebih suke mengarut...walaupon kadang kala aku tensen gak gan dorang-dorang nie...namun slalunye aku hepi...lebih hepi dari hepi meal mc'd....

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

ntah laaa mat oiii aku nak cakap pasal budak sorang ni.. aku buka posting dia ni asyik dok mengarut jer. cakap merapu, kelakar pun tidak..duk komen posting orang lain jer. padahal baru dapat dua bintang tapi nak lawan orang 5 bintang..(hehe..padahal aku baru 3 bintang tp bukan komunis bintang 3)..ni memang kes budak ubun2 lembik lagi..

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

biase la tu Cik Awan...budak hingusan...budak baru nak up....budak baru akil baligh...budak yang baru nak kenal dunie....baru-baru nak tunjuk taring... die ingat die dah besar... biar la beliau gan angan-angan beliau.....tak perlu la kite sibuk pasal die...baik kite sambung bersembang pasal kite.... errr...agak-agak bile kite leh kapel??

__________________





Veteran Member

Status: Offline
Posts: 98
Date:

haah ada hati nk komen posting orang
posting dia berterabur citer sana sini
dah macam cakar lembu dia punya citer kt satu topik tu
aku pun baru gak..tp at least hormat la kan..
orang lama cni..tak nak hormat manyak
hormat sikit pun ok la kan..hhaha
apa aku merepek dah ni..

__________________
entah la..mana aku tau!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

apapaaaaa? encik mat nak ajak aku main kapal? nak main kapal layar untuk belayar ke nak main kapal selam untuk menyelam? kita main kapal terbang laaa baru ada kelasss

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

ko tampar je pakcik sketeri tu matematik...

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

waaaa.....aku pun nak tampar jugakkk...

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

true..true...
aku stuju..
en amirshah ni aku tgk bnyk post artikel ilmu-ilmuan ni...n teramat jarang skali bg komen kat post org lain wapun post to tahap nirrrajimmmm.....
ini menunjukkan bhwa en amirshah amat berkaliber dan bertoleransi dalam perhubungan sosial sesame insan dmana beliau menjage budi pekertinya...posting2 beliau juga mengandungi bhasa yg amat indah sekali mengalahkan downy 4x...hebat kan en amershah ni..
lenkali komen la isi posting org, jgn plak komen pasal masakan org lenn uncle seeker....
eh , btl ke ape aku ckp ni..
en amershah. blanja aku makan jom...penat aku puji ko ni...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

true true true..
encik amirshah tu kalu posting banyak yang bermanfaat untuk kita. tengok je la kat ruangan agama, banyak posting yang dikonker oleh beliau..posting beliau amat baik sekali untuk diikuti oleh segenap lapisan masyarakat. posting untuk menjadi anak yang soleh, posting untuk menjadi suami isteri yang baik, posting untuk melayari rumah tangga, posting citer teladan dll. maka dengan ini encik amirshah sepatutnya dijemput oleh pihak media prima untuk memberi ceramah dalam program halaqah d tv9. encik amirshah, aku pun nak mintak dibelanja jugakk..nak makan free jugakk....boleh laa

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard