Belum selesai masalah pembuangan sampah-sarap yang dilakukan sewenang-wenangnya di muka bumi, kini muncul pula kes membuang sampah di ruang angkasa.
DALAM tempoh 20 hingga 30 tahun, pelanggaran yang menyebabkan letupan boleh menambah lebih banyak jumlah sampah sarap di angkasa.
SAMPAH-SARAP angkasa lepas, kotoran atau buangan ruang angkasa. Panggil sahaja apa-apa nama yang anda mahu tetapi yang pasti ialah bahan buangan ini telah mengundang masalah besar kepada ruang angkasa planet Bumi. Ini termasuk nat, kepala bolt dari satelit atau Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), bahan binaan stesen, pelbagai bahan yang dibuang secara tidak sengaja seperti sarung tangan angkasawan dan kamera.
Tidak mengambil kira badan kapal angkasa yang meletup dalam kemalangan, ia sudah pasti menambah jumlah sampah di angkasa. Jika dibiarkan, isu ini boleh membangkitkan masalah besar pada masa akan datang. Pusat Operasi Angkasa Eropah baru-baru ini mendedahkan beberapa imej yang mengejutkan berhubung isu ini. Gambar-gambar ini sebenarnya menunjukkan objek-objek yang dapat dikesan mengelilingi bumi pada orbit rendah iaitu kira-kira 35,786 kilometer (GEO).
Di antara tempoh masa pelancaran Sputnik pada 4 Oktober 1957 dan 1 Januari 2008, kira-kira 4,600 pelancaran telah dilakukan sekali gus meletakkan 6,000 satelit di orbit. Sebanyak 400 daripadanya mengelilingi planet Bumi. Daripada 5,600 satelit yang lain, hanya 800 yang berfungsi dan 45 peratus berada di atas LEO atau kawasan berawan di bumi dan GEO atau lebih jauh daripada 35,786 km.
Kira-kira 50 peratus daripada benda-benda yang dikesan ini dipercayai boleh meletup atau berlanggar di antara satu sama lain. Seorang pegawai dari program perkhidmatan angkasa lepas Amerika Syarikat berkata, stesen angkasa kerap berlanggar dengan bahan buangan dan lebih daripada 80 tingkap perlu diganti setakat hari ini.
ISS sendiri kadang-kala terpaksa digerak untuk mengelakkan pelanggaran teruk. Satelit Envisat umpamanya, mempunyai halaju di antara satelit dan sampah-sarap pada 52,000 kilometer sejam. Jika objek ini melanggar satelit, ia boleh meninggalkan kesan kerosakan yang buruk dan mungkin menyebabkan bencana.
Selepas sesebuah misi berakhir, bateri, sistem dan tangki minyak yang meletup meninggalkan banyak bahan buangan yang hanya menambah bilangan buangan di orbit. Ada yang sebesar mikro meter dan sehingga 10 sentimeter atau lebih.
Letupan pertama pada 1961 meningkatkan bilangan objek buangan di ruang angkasa. Dalam dekad-dekad yang lalu, kebanyakan bilik operasi menggunakan kaedah pasif yang menghapuskan sumber tenaga yang berkait-rapat dengan bateri, tangki minyak dan lain-lain. Tetapi ini belum cukup baik.
Dalam tempoh 20 hingga 30 tahun, pelanggaran yang menyebabkan letupan boleh menambah lebih banyak jumlah sampah sarap di angkasa. Salah satu cara yang dipertimbangkan ialah mengurangkan misi membawa objek. Pendekatan lain ialah mengadaptasikan mesin membersih ruang angkasa lepas. Soalnya, adakah usaha ini berbaloi?
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Setuju.. 2 belum lagi sisa kumbahan semua angkasawan yg naik kat atas tu... Ko ingat demo2 tu x der melepas ker? ada.., kalo x korang bayangkan ler.., betapa kembungnyer perut masing2.., dah tu x leh nak senyum sbb leka menahan sakit perut.. sebab knp mereka semua boleh tersenyum.., sebab dah berjaya mengangkasa lepaskan semua sisa2 mereka.. kesian kita yg kat bumi ni..., menunggu hari sisa2 tu jatuh kat kita..
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...
biarla sampah sarapan banyak kat muke bumi nie, asalkan jgn jadi sampah masyarakat.... bile dah jadik sampah masyarakat, akan dipandang hina dan diperkotak katik sesuka hati oleh masyarakat.... kui kui kui...............!!
woit asberon.. gtukar muka ko ler.. naik takut aku tengok.. asal ler muka ko merah giler.., siap pakai lipstik unggu makwe ko.. ntah apa2 ntah.. ko nipun dah sm mcm alienze tu dah.. cuma tanduk ko tu jer yg frekiee lg 1.., taring tu ori ker @ palsu..hahahha gigi ko x der kan..? aku dgr citer,.., ko x gosok gigi..pastu dokter dah cabut semua gigi ko..
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...