Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Masyarakat Melayu Kini...Inikah Bakal Halatuju Anak2 Kita Nanti...?


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:
Masyarakat Melayu Kini...Inikah Bakal Halatuju Anak2 Kita Nanti...?


Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web
sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan
kehidupan orang-orang Melayu yang murtad di Malaysia.

Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta
Disiarkan pada 28/06/2006
http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim_women_who_share_a_secret_love/

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada
kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu
pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang
masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN
ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.

Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad
pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina,
dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita
berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi
dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia
datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia
iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa
Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut
Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut
definisi. Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,
katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah
masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka
keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor,
pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh
190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama
layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn).
Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan
Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku
antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah
spekulasi. Di internet ramai orang Islam
tertanya-tanya samada Mansor yang tidak lagi menetap
di Malaysia benar-benar keluar dari Islam. Dan
banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian.
Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di
laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian
muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal
apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam
pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari
Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan
Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan
Islam pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut,
bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan,
tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah mahkamah di
Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran
Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah
apabila hakim berkata , Memandangkan plaintif
seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islam
sehinggalah dia mati.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan
rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan
ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa
perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari
Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. Benar untuk
agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin
keluar dari Islam. Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun
adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja
antarabangsa. Ramai orang Melayu Kristian
menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia,
menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan
sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah
akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan.
Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya
termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat
nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan
prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan
perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan
ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi
masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut
hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang
Islam yang lain.

Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu
mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas
kertas masih lagi seorang Islam, menurut wanita muda
tadi. Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang
Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan
kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita
ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku
tanpa masalah. Mahkamah Syariah boleh membuat
keputusan untuk memenjarakan saya, kata Kamariah.
Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk
berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia
hidup seperti kebanyakan yang belum berkahwin di
Malaysia bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka
tidak tahu anak mereka seorang Kristian. Di sini saya
harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap,
menurut Kamariah. Ada orang Melayu yang toleran
tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan
menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka
tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir
mereka bersubahat untuk melindungi saya dan itu
adalah tidak baik dalam Islam.

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua
tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina
Kristian. Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai
hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh,
tidak boleh dicapai, katanya lagi. Doa dia dijawab.
Doa saya tidak. Jadi Kamariah pada satu hari
menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak
telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai
Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di
rumah. Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat
Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga,
katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak
perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. Saya harap
lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah
masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara
terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam
masyarakat kita.

*********************************
Apa pandangan kengkawan semua...

__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

Komen ak:
"Org Islam blum tentu die beriman, tpi org beriman sudah tentu die Islam"

Ni ambo nak ghoyak skik nih, iman itu asas pertalian tali hubungan kte dgn Pencipta kte... Iman kalo meningkat maka teballa tali pertalian kte dgn-Nya, jika iman menurun maka nipis tali pertalian dgn-Nya, takut2 nnt bleh putus... itu lagi bahaya... jdik iman itu perlu dijaga, nak menunjukkan kte dpt nikmat iman dan Islam, yg xdpt oleh org2 kafir... jgn syirik dan murtad.... ALL THE BEST MUSLIM AND MUSLIMAH, GET MUKMIN AND MUKMINAH

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

Assalamualaikum,
sekadar berkongsi, sy sekarang ni menetap di Cardiff, UK. Insya-Allah untuk 3 tahun lagi.
Bile dengar berita2 begini tersangat la pelik dah hairan. konon nya mereka yg telah memeluk Islam tiba2 terjumpa dgn agama yg konon lebih baik dr Islam. Untuk berkongsi dgn anda semua, di Uk, Islam merupakan agama ke2 terbesar selepas kristian. dan ia makin membersar. kenapa? sebab mereka di sini diddidik supaya bersopan santun dan hormat menghormati antara satu sama lain tetapi usaha mereka tak sam[ai klimaks. buat baik tp tiada panduan agama. jadi mereka mengkaji dan menjumpai 2 agama yg memberikan ketenangan dan terasa akan kebenaran ayat2 iaitu agama Islam dan Kristian. setiap kali agama Islam diketepikan dahulu atas dasar keganasan. apabila mereka membaca bible, ada terasa kebenaran(sebab asalnya mmg merupakan mahyu Allah) tetapi apabila disambung kajian didapati bahawa isi di muka 3 bercanggah dgn isi di muka 1(sebab telah diubahsuai oleh paderi2 supaa menurut keperluan nafsu manusia). Mereka takda pilihan lain melainkan mengkaji Islam. Seleah mengkaji al-Quran, juga mereka merasakan kebenaran dan aneh serta ajaibnya, tiada apa2 percanggahan sehingga akhir al-Quran. Sebab itu mereka pilih Islam.
Di Malaysia pula terbalik, org melayu lebih suka mencari agama yg mudah dan sesuai dgn gaya hidup mereka(ini juga adalah kesalahan ustaz2 di Malaysia yg suka menyukarkan agama padahal Islam itu sgt mudah). Apabila nafsu diutamakan, tinggallah Islam. Pernah sy terfikir akan tanda2 besar hari kiamat ialah terbitnya cahaya dari barat. adakah ia bermaksud terbitnya cahaya ISlam dari alam barat? wallahualam... Allah Maha Kuasa, Dia boleh lakukan apa2 sahaja.
sekadar berkongsi lagi: pernahkah sesiapa di geng lawak ni nampak org poskan gambar2 pelik gambar buddha ke, gambar jesus ke, ade ke? yg selalu ada awan bentuk Allah... dalam buah ada bismillah, kalimah laailahaillallah...semuanya Islam... tak terase pelik ke? sepatutnya ia dah cukup untuk kita kalau kita benar2 berfikir. pernahkah kita sebgai Islam terfikir, mengapa perlu ucapkan kalimat 1. Tiada Tuhan selain Allah 2. Nabi Muhammad pesuruh Allah?
pada saya: kita ucap "tiada tuhan melainkan Allah" sebab semua agama tidak mempercayai Allah sebagai tuhan melainkan Islam dan kristian.
kemudian kita ucap "Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" sebab kristian tidak mempercayai Muhammad sebagai Rasul.
Jadi perlu ada kedua2nya barulah complete pengakuan Islam itu.
dan ingat...Islam itu bukan hanya untuk dianuti, fikirkan mengapa dan mengapa dan dapatkan jawapan, lebih2 lg kita yg dah Islam sejak lahir, kita tak pernah berfikir tentang itu. berbeza dgn mereka2 yg mencari2 agama, mereka perlu berfikir dan membanding untuk bertemu agama sebenar.
Wallahualam.
p/s: maaf sedikit panjang, tp huraian tentang agama sukar untuk dicompresskan...

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard